Bab 39

1.8K 72 5
                                    

Umar mengeliat kecil setelah bangun dari tidur. Dia mengiringkan badannya menghadap Wardah yang berada di sisi. Satu senyuman terbit di bibirnya..sungguh dia bahagia dengan isterinya itu.

Rambut yang menutup sebahagian wajah Wardah itu diselak perlahan ke belakang telinga. Di tatap wajah kesayangannya itu dengan penuh kasih.

Wardah yang sedikit terganggu dengan perilaku Umar itu kemudian bergerak sedikit lantas ia menghentikan aktivitinya tadi.

'Kalau lah dulu aku tak buang masa aku untuk dendam bodoh tu, mesti aku dah dapat semua kebahagiaan ni dari dulu lagi. Sayangnya hati aku lambat terbuka untuk dapat terima kau..

'Aku bodoh..aku buat sebab tak nampak betapanya perfectnya kau..kau segalanya bagi aku Wardah..ya Allah, teruknya aku ni..'

Umar memejamkan mata untuk seketika. Dia ingin tinggalkan segala perkara yang telah dia lakukan pada masa lampaunya. Hidayah Allah telah sampai dalam hatinya.

Wardah bergerak kecil sebelum tangannya menggosok-gosok matanya. Betapa terkejutnya apabila melihat Umar yang sedang merenungnya itu.

"Eh, a..awal bangun.." kata Wardah untuk menghilangkan gugupnya.

"Haah..terdengar dengkur kau tadi sampai terjaga aku.." usik Umar.

Wardah membeliakkan matanya.

"Hey, mana ada saya berdengkur lah! Awak tipu kan?" Wardah menidakkan kata-kata Umar itu dalam keadaan masih mamai.

Tersembur keluar semua tawa Umar.

"Hahaha kau ni! Kau tidur kan? Mana kau tau kau tu berdengkur ke tak? Aku tau lah..hahaha." Umar masih tidak mengalah.

Gadis itu mengecilkan matanya memandang Umar yang sedang asyik tertawa.

"Ish! Malaslah layan awak ni..baik saya pergi mandi. Nak masuk waktu solat subuh ni.."

Wardah mengikat rambutnya sebelum turun dari katil. Segala pergerakannya diperhatikan oleh Umar.

"Eh, kejap!" Umar menghalang.

"Apa lagi?" Wardah malas melayan.

"Nak ikut! Boleh jimat air..jimat masa." ujar Umar sengaja memanjakan suaranya berserta dengan senyuman nakal.

Wajah Wardah menjadi merah lalu berpaling dari melihat wajah Umar.

"Kepala otak awak! Awak jangan gedik sangat lah..mandilah sorang-sorang!" Wardah membiarkan Umar disitu.

"Uish! Setepek ea?"

Umar menggeleng sebelum kembali membaringkan badannya sementara menunggu Wardah habis membersihkan diri.

Umar melihat keadaan sekeliling bilik hotel itu. Oleh kerana malas untuk bangun, dia bermain-main dengan bucu katil itu.

Setelah lama berperang dengan kebosanan, Umar mencapai telefon dan mula membuka kotak mesejnya yang sudah beberapa hari tidak ditengok.

142 mesej dari orang yang sama dan sangat tidak disukai oleh Umar. Dia mendecit apabila membuka mesej yang penuh dengan kata-kata romantis yang sudah menjadi sia-sia baginya.

"Apa lagilah perempuan ni nak? Sibuk je kacau life aku..carilah orang lain nak kacau..buang masa betul.." Umar mencampakkan semula telefonnya ke sisi.

"Eh bila pula saya kacau awak?" Wardah yang baru muncul disitu menyoal.

Umar mengangkat tangan yang menutup matanya tadi dan melihat Wardah yang sudah siap mandi.

"Eh, a..aku bukan cakap pasal kau lah. Jangan salah faham Wardah..aku betul-betul tak maksudkan kat kau.." Umar sudah gelabah.

DENDAM CINTA ✧ Where stories live. Discover now