Umar disapa mesra oleh semua pekerja pekerjanya. Senyuman hanya terukir di bibir kerana ada di antaranya yang Umar tidak dikenali lelaki itu.
Dia berjalan terus ke bilik yang tertera nama 'Tuan Abdul Majid' setelah mendapat petunjuk arah daripada beberapa orang.
Tok tok tok
"Assalamualaikum ayah!"
Encik Majid pantas mengerling ke arah pintu. Lantas itu, dia menggeleng perlahan.
"Waalaikumussalam..haih kamu ni Umar. Tunggulah ayah bagi izin masuk dulu..ni main terjah je. Terkejut ayah tau? Ada apa hal datang office pula harini? Dah sihat ke?" Encik Majid memarahi anaknya.
"Hehe sorry ayah. Tak baik tau marah-marah..nanti cepat tua. Saja nak datang sini..lama sangat dah Umar tak masuk office mesti berlambak kerja kat atas meja tu. Umar okay-okay gitu je ayah.."
"Erm..pasal kerja kamu tu, kamu jangan risaulah..semuanya Safa dah settlekan. Dia juga yang ambil alih kerja kamu sepanjang kamu tak ada ni. Kesian dia tu kena overtime selalu.."
Encik Majid mengumpulkan semua kertas di atas mejanya untuk diturunkan tanda tangan.
"Safa? Scandal ayah ke?"
Terbatuk Encik Majid mendengar soalan Umar itu. Seraya tangannya menampar lengan anaknya.
"Ish gila kamu ni! Mau kena parang ayah nanti dengan mama kamu tu. Safa tu kan assistant kamu..,haih ada-ada jela.." Umar tergelak besar melihat wajah cuak ayahnya itu.
"Ohh..tau takut..ingatkan ayah nak pasang satu lagi. Tak ada chan la Umar nak ada mak tiri hahaha.."
"Ish chan belacan! Sudahlah tu cakap pasal ayah..kamu tu macam mana? Dah okay dengan Fiya?" Encik Majid mengubah topik.
"Haa itulah antara sebab Umar nak jumpa ayah ni. Sebenarnya..dia masih marahkan Umar. Umar dah tak tau macam mana nak pujuk dia. Ayah bagilah apa apa tips pujuk perempuan ni..ayah kan power bab-bab pujuk mama."
Umar merapatkan kerusi dengan meja kerja Encik Majid untuk jadikan situasi itu serius.
"Pujuk eh? Erm..kalau mama merajuk, biasanya ayah belikan apa yang mama sukalah..ayah belikan dia coklat. Kamu tau la mama kamu tu gilakan coklat..haa nanti dia okaylah." cerita Encik Majid.
Umar hanya mengangguk tak henti-henti dari tadi.
"Ohh macam tu. Erm..tapi, Wardah tu suka apa ek?"
"Mana ayah tau. Dia tu isteri kamu.."
"Hahaha ayah ni..Umar tengah cakap dengan diri sendiri la. Erm..Umar nak masuk bilik Umar dululah. Kalau ada apa-apa Umar nak, Umar terus cari ayah tau!
"Oh ya, thanks for your advice. I really appreciate it! Sayang ayah!"
Umar terus keluar dari bilik itu dengan senyuman yang melebar. Encik Majid hanya menggeleng sebelum menyambung semula kerjanya tadi.
*****
"Nak ke mana eh? Bilik aku tingkat berapa?" Umar membebel sendirian sambil menunggu lift tiba.
"Encik Umar?"
Pantas dia menoleh apabila mendengar nama diseru seseorang.
"Er..ya saya. Kenapa?" balas Umar segan. Entahlah.
"Saya Safa, assistant encik. Tadi Tuan yang suruh saya datang sini jemput encik..jom saya tunjukkan bilik encik.." Safa melemparkan senyuman kepada Umar.
"Oh..okay."
Tanpa perlu menggunakan lift, Umar mengikuti Safa ke arah biliknya. Dia sedikit terpegun dengan dekorasi bilik itu walaupun dia sendiri yang hias pada awalnya.
YOU ARE READING
DENDAM CINTA ✧
RomanceMengisahkan tentang Wardah Safiyya, seorang gadis berpurdah yang dulunya pernah menolak cinta seorang lelaki semasa di bangku persekolahan. Tahun berganti tahun, mereka bertemu semula dan pertemuan itu membuatkan dendam Umar Haziq kembali menyelebun...