*****
Wardah mengecilkan matanya untuk mengenalpasti gerangan di hadapannya itu.
"Ohh Syahir! Sorry lambat pick up tadi hihi.." matanya beralih ke arah seorang gadis di sebelah lelaki itu.
"Ni Ameera, tunang aku." jawab Syahir seperti tahu akan apa yang difikirkan Wardah ketika itu.
"Ohh..dah tunang eh kau? Tak tau pula.." ujar Wardah selepas berjabat tangan dengan Ameera.
"Kitorang buat majlis kecil-kecilan je..nanti kahwin aku jemput la kau. Er..kau ni sorang jeke? Husband tak ikut?" Syahir pula menyoal.
"Haah sorang je..dia kerja harini tu yang tak dapat temankan aku. Eh, penat pula sembang macam ni. Jom la makan-makan dulu ke? Boleh sembang lama sikit.."
Syahir dan tunangnya saling berpandangan sekejap.
"Haa boleh juga tu. Kitorang pun belum lunch lagi.."
Mereka bertiga masuk ke dalam kedai makan yang popular di situ dan mengambil tempat duduk.
"So macam mana life lepas kahwin? Mesti best kan? Maklumlah..kitorang ni pun nak nikah dah..nak tau juga.." Syahir menyoal setelah sesuap makanan masuk ke dalam mulutnya.
Wardah memandang wajah Syahir sekilas sebelum menjawab.
"Oh, erm..alhamdulillah semua okay je. Aku happy dengan hidup aku sekarang. Insya Allah, korang pun boleh bahagia lepas kahwin nanti. Aku doakan yang terbaik untuk korang ye?"
"Aamiin..terima kasih Fiya. Baguslah..finally kawan aku yang 'anti'' sangat dengan lelaki ni dah jumpa cinta hati pengarang jantung dia..
"Haa bila pula aku boleh jadi pakcik ni? Nak juga tengok anak kau dengan Umar..mesti comel." Syahir berkata sambil tertawa kecil.
"Er..tu insya Allah la..ada rezeki, dapat la kau tu jadi pakcik. Kau doakan la untuk aku.." kata Wardah tersipu-sipu malu.
Mereka bertiga bersembang bersama sambil menikmati makanan di situ. Suasana menjadi lebih meriah apabila di selangi dengan gelak tawa mereka.
"Er..awak. Saya nak pergi toilet sekejap tau..nanti saya datang sini balik.." ujar Ameera.
"Oh okay. Saya tunggu kat luar tau.."
Ameera hilang dari pandangan mereka berdua di situ. Syahir dan Wardah berjalan keluar dari kedai makan itu setelah semua habis makan.
"Haa Syahir. Aku rasa aku kena balik sekarang la..lama pula aku keluar ni. Risau tak sempat siapkan makanan untuk suami pula nanti. Aku balik dulu ya.." pamit Wardah.
"Ohh, alright. Elok-elok drive tu..kirim salam kat Umar..assalamualaikum.." balas Syahir.
Wardah mengangguk perlahan seraya menjawab salam Syahir itu.
Tiba-tiba..
Kepala Wardah terasa sakit. Pergerakannya terhenti dan tangannya naik memegang dahinya. Syahir yang perasan akan hal itu mendekati Wardah dengan pantas.
"Weh kau okay tak ni? Kenapa dengan kepala kau?" tanyanya cemas.
"Entahla..tiba-tiba kepala aku pening sangat.."
Wardah hilang keseimbangan diri. Dia hampir terjatuh tetapi sempat disambut oleh Syahir.
"Ya Allah, Wardah! T..tunggu sekejap. Aku call Ameera.."
Tangan kanan Syahir memegang lengan Wardah agar dia tidak terjatuh manakala tangan kirinya sibuk mencari telefon pintar di dalam poket.
At the same masa..
YOU ARE READING
DENDAM CINTA ✧
RomanceMengisahkan tentang Wardah Safiyya, seorang gadis berpurdah yang dulunya pernah menolak cinta seorang lelaki semasa di bangku persekolahan. Tahun berganti tahun, mereka bertemu semula dan pertemuan itu membuatkan dendam Umar Haziq kembali menyelebun...