Bab 61

3.3K 71 32
                                    

Umar sibuk melayan anak-anaknya di dalam bilik mereka berdua sementara menunggu Wardah bersiap. Rancak kedengaran suara Ulya dan Umair yang mengeluarkan bunyi seakan-akan tertawa apabila diagah Umar.

Mereka semua akan bergerak ke satu tempat untuk majlis yang sedikit istimewa kerana telah mendapat jemputan dari rakan-rakan mereka semasa belajar dulu.

"Saya dah siap. Jom kita gerak.." Wardah memasukkan telefonnya ke dalam beg lantas mendekati Umar dan anak-anaknya.

Umar melihat isterinya lama. Wardah menjadi pelik dan lama-kelamaan perasaan malu timbul.

"Awak ni kenapa tenung saya macam tu? Tak ada kerja?!" Wardah meninggikan suara sambil mencekak pinggang.

"Umi tu lah..pakai cantik-cantik macam nak pergi nikah lagi je. Kalau ada orang mengorat awak nanti macam mana?"

Umar menayangkan riak tak puas hati. Dia mula berdiri sambil mendukung kedua anaknya.

"Apa lah awak ni..awak kan ikut saya sekali. Lagipun, kita dah ada anak pun. Buat apa awak nak risaukan?" Wardah menggeleng perlahan.

"Promise eh umi tak pergi jauh dengan baba nanti? Jaga ikhtilat, jaga sikit hati baba ni.."

"Iyaa..kalau awak nak saya berkepit je dengan awak nanti pun boleh. Jangan risau sangatlah. Come Umair..meh kat umi.." Wardah menghulurkan tangan kepada Umair.

"Ehh! No, tak boleh! Baba nak bawa diorang turun..umi turun dulu.." Umar melarikan anaknya.

Wardah menunjukkan wajah cemberut.

"Mana adil macam ni! Awak saja nak anak saya tu rapat dengan awak sorang! Please Umar.."

"Umair..Umair nak dekat umi ke baba?" Umar bertanya kepada anaknya.

"B..ba..ba..ba." Umar dan Wardah berpandangan.

Itu adalah kali pertama Umair menyebut perkataan itu. Wajah Wardah semakin masam mencuka.

"Hik! Ba..ba!" Ulya mula menyahut kata-kata abangnya itu.

"Oh my God! Pandainya anak-anak baba ni. See? I'm win..anak kita panggil baba dulu.."

"Eyy awak main kotor! Herm!" Wardah pantas menuruni tangga itu.

Umar memandang anaknya silih berganti.

"O..o..umi dah merajuk. Habislah kita hihihi.."

*****

Mereka berdua, eh berempat mula melangkah ke dalam dewan yang gah itu. Perhiasan yang ada di situ sangat menarik perhatian mereka.

'Masya Allah..cantiknya..' desus hati Wardah.

"Umi, jom duduk sana tu. Ada meja kosong.." Wardah hanya mengangguk.

Mata Wardah berkeliaran seperti mencari seseorang atau sesuatu di situ. Tidak lama kemudian..

"Fiya!!"

Panggilan kuat itu menyentakkan Umar dan Wardah lantas mereka berpaling. Dan ya, itu Safa..

"Kau ni kan Dee! Sini ramai orang..malulah sikit terjerit-jerit macam budak kecik..haih.." Wardah berkata kepada Safa sementara dia hanya tergelak kecil.

"Hehe sorrylah..aku excited tau nak jumpa kau. Ehh Ulya! Ingat mama Dee tak? Nak dukung dia boleh?" Safa memegang pipi Ulya sebelum memandang wajah Wardah semula.

Wardah menghulurkan Ulya di tangan Safa. Seronok gadis itu mengagah anaknya sehingga dia mengekek ketawa.

"Saya rasa awak ni dah ready jadi ibu lah Safa. The way awak layan Ulya tu nampak ciri keibuan gitu.." Umar mula bersuara.

DENDAM CINTA ✧ Where stories live. Discover now