Bab 47

1.5K 60 2
                                    

Setelah perkara yang sama berlaku pada Umar semalam, dia di paksa Wardah untuk ke klinik.

"Alaa..tak naklah pergi klinik. Aku malas nak berjalan lah Wardah.." rungutnya.

"Ah no! Awak dah promisekan nak pergi kalau awak tak sihat lagi harini. Sekarang awak bangun cepat, kita pergi sekarang.." Wardah menarik lengan Umar.

"Erm..please..tak nak.."

Wardah terdiam beberapa saat.

"Haih..awak ni..tak mo gini. Saya paksa awak pergi sebab buatnya awak kena penyakit teruk nanti macam mana? Awak nak saya jadi janda muda ke? Saya tak nak.." Wardah cuba memujuk.

"Oh kau nak aku mati lah ni?"

"Astaghfirullah hal azim..ke situ pula dia. Kan saya cakap saya tak nak?"

"Erm..yela-yela..jom pergi.."

Wardah tersenyum kemenangan. Dia menarik tangan Umar untuk masuk ke dalam keretanya tetapi..

"Tak naklah naik kereta kau. Nah kunci..naik kereta aku.." Umar menghulurkan kuncinya.

"Amboi kekwat betul..yela.."

Mereka memasuki kereta itu dan enjin mula dihidupkan.

"Kau drive elok-elok tau..kalau calar kereta aku, siap kau.." pesannya dalam sakit-sakit itu.

"Oh macam tu ye. Sayang kereta ni lebih dari saya? Okay fine..awak jela drive.." Wardah berlakon seperti merajuk.

"Alaa kau ni..mestilah sayang kau lebih..sikit jela. Drive je kereta ni..biarkanlah pecah ke meletup ke..aku tak kisah. Sorry la.."

Umar meraih semula tangan Wardah. Gadis itu tersenyum di sebalik purdahnya.

"Okay-okay..awak duduk diam-diam..saya nak gerak ni."

Kereta dipandu cermat keluar dari perkarangan rumahnya. Umar menjadi seriau kerana pertama kali berada di dalam kereta yang dipandu oleh isterinya itu.

Namun, dalam masa yang sama bangga dengan Wardah kerana dia sangat serba boleh itu.

*****

Di klinik..

"Umar Haziq bin Abdul Majid!"

Nama dipanggil oleh seorang jururawat di situ. Pantas mereka bangun dan memasuki bilik rawatan itu.

5 minit pemeriksaan dijalankan. Wardah yang turut berada di situ melihat Umar kembali duduk di sebelahnya dan melentokkan kepalanya di bahu gadis itu.

"Er..jadi macam mana dengan suami saya ya?"

"Sebelum saya bagi jawapan, boleh saya periksa puan sekejap?" ujar doktor wanita itu.

Wardah mengerutkan dahinya.

"Er..suami saya yang sakit. Kenapa saya pula yang nak di cek?" soalnya kehairanan.

"Saya nak kan kepastian..sekejap saja puan. Jangan risau.." doktor itu memujuk.

Wardah mengangkat perlahan kepala Umar yang berada dibahunya dan berjalan ke arah doktor itu untuk dibuat pemeriksaan ke atasnya pula.

Seperti yang dikatakan, hanya mengambil masa 4 minit beberapa saat, Wardah kembali semula ke tempat duduknya.

"Jadi doktor?"

Doktor di hadapannya hanya tersenyum manis selama beberapa saat.

"Macam ni puan..semuanya okay saja. Tahniah puan! Puan pregnant dah masuk 9 minggu. Suami puan macam ni pun disebabkan oleh alahan mengandung. Boleh jadi, alahan ini kena pada isteri atau pun suaminya.."

DENDAM CINTA ✧ Where stories live. Discover now