"Assalamualaikum.."
Wardah menutup semula pintu setelah dia selamat masuk ke dalam rumah.
"Kau pergi mana?" soal Umar senada tanpa menjawab salam Wardah dan hanya duduk di sofa yang membelakangi gadis itu.
Wardah berjalan perlahan mendekati Umar.
"Kan saya dah bagitau awak saya nak pergi beli barang? Awak lupa ek?" jawab Wardah.
"Kau tipu! Baik kau cakap betul-betul kau pergi mana?!" tempikkan Umar itu membuatkan bahu Wardah terhincut-hincut.
Umar sudah bangun dari duduknya dan merenung tajam ke arah Wardah.
"A..apa yang saya tipunya? Betul la saya cakap. Kenapa nak kena marah-marah ni?" Wardah cuba berlembut.
Lelaki itu mengambil telefon pintarnya dan menunjukkan gambar tadi kepada Wardah. Automatik, matanya membulat setelah itu.
"Ni apa? Kau beli barang ke main jantan belakang aku?! Ohh patutlah kau beria tak nak pergi dengan aku. Rupanya kau nak curang! Kau ni memang perempuan tak ada maruah!"
Amuk Umar sambil menepis segala beg plastik yang dipegang Wardah sehingga semuanya bertaburan di lantai. Isterinya itu berkali-kali menggeleng kepala dengan tindakan Umar itu.
"Astaghfirullah hal azim..awak ni kenapa Umar? Awak dah salah faham..saya boleh explain.." Wardah membela diri.
"Kau tak payah nak explain apa-apa. Semuanya dah terbukti! Kenapa Wardah? Kenapa?!
"Bila aku dah boleh terima kau, kau buat aku macam ni! Aku silap..silap sebab buka hati aku untuk maafkan orang macam kau!"
Wardah terasa ingin menangis apabila dia langsung tidak diberi ruang untuk menerangkan hal sebenar.
"Awak tolong percaya saya..saya tak buat macam apa yang awak fikirkan tu! Saya bukan perempuan tak ada maruah macam yang awak cakapkan! Semua ni sebab tadi.."
"Argh, kau diamlah! Aku tak nak dengar apa-apa dari mulut kau! Hergh!!"
Umar menolak badan Wardah dengan kasar sehingga terhempas di dinding. Dia mencapai kunci keretanya untuk keluar dari rumah itu tetapi..
"Argh!! Ya Allah..d..darah!! Allahhuakbar..ya Allah sakitnya!" rintihan Wardah itu membuatkan Umar kembali berpaling ke belakang.
Wardah yang sudah terduduk dan sekelilingnya di basahi darah itu membuatkan matanya terbuka luas.
"W..Wardah! Kau kenapa ni? Kenapa ada darah ni? Wardah! Bangun Wardah!" Umar menampar lembut pipi gadis itu yang sudah pengsan di pangkuannya.
Umar menjadi gelabah dan segera meletakkan semula kepala Wardah ke bawah.
"Tunggu sekejap! A..aku start kereta kita pergi hospital..bertahan sekejap Wardah." lantas Umar berlari membuka pintu seluas-luasnya dan menuju ke kereta.
Dia kembali ke arah Wardah dan mencempung badan isterinya itu dan letakkan di dalam kereta. Setelah memastikan pintu di kunci, pantas dia memecut ke hospital.
'Ya Allah..selamatkan isteriku ya Allah..maafkan aku Wardah..' rintih hati Umar.
Sekali-sekala, matanya memandang Wardah melalui cermin keretanya.
🌺🌺🌺🌺🌺
Sudah 30 minit Wardah berada di dalam bilik pemeriksaan itu. Umar masih belum menerima sebarang berita dari doktor dan itu membuatkan dirinya semakin gelabah dan risau.
Pintu di buka dari dalam dan dengan pantas dia menuju ke arah seorang perempuan yang berbaju kot putih itu.
"Doktor, isteri saya tak ada apa-apa kan doktor? Dia okay kan?" Umar menyoal cemas.
YOU ARE READING
DENDAM CINTA ✧
RomanceMengisahkan tentang Wardah Safiyya, seorang gadis berpurdah yang dulunya pernah menolak cinta seorang lelaki semasa di bangku persekolahan. Tahun berganti tahun, mereka bertemu semula dan pertemuan itu membuatkan dendam Umar Haziq kembali menyelebun...