*****
Wardah berpaling ke arah Umar kemudian kembali pada orang itu.
'Aik? Macam pernah tengok je perempuan ni..kat mana ek?' desus hati Wardah.
"Hai, i'm Iris.." dia menghulur tangan untuk bersalam dengan Wardah.
Lambat-lambat gadis itu menyambut hulurannya. Dia semakin bingung apabila raut wajah Umar terus berubah 99% menjadi macam mencuka.
Tanpa sekelumit rasa malu, Iris menarik kerusi di sebelah Umar untuk duduk tetapi segera ditahan lelaki itu.
"Iris, hormat isteri i. Kalau nak duduk, dekat sana. Tak pun, banyak lagi meja lain kat sini.." kata Umar tegas.
Iris mendecit perlahan sebelum berjalan ke kerusi di sebelah Wardah. Dia menjeling sebelum melabuhkan duduk.
"Er..Iris, order la dulu..kita makan sama." sapa Wardah sopan.
Dia mengeluh perlahan lantas berpaling ke arah Wardah dengan senyuman penuh keplastikan.
"Okay.." simple.
Tangan di angkat dan pesanan pun dibuat. Sementara menunggu, Iris cuba untuk bersembang dengan mereka berdua agar suasana tidak menjadi kekok.
Tetapi tiap kali Iris mahu bersuara, Umar memotong kata-katanya.
"Nah." Umar menyuakan sesudu nasi lemak tadi ke arah Wardah.
Isterinya itu mengerutkan dahinya dan kening di angkat beberapa kali.
"Makan la..cepat buka mulut.." Umar seakan-akan mendesak.
Tanpa banyak soal, Wardah ikutkan saja. Niat Umar sebenarnya ialah untuk membuatkan Iris menjadi 'panas' di situ dan berharap agar perempuan itu cepat beredar.
'Ey! Menyampahnya aku dengan diorang ni! Main suap-suap pula depan muka aku ni! Ergh! Sepatutnya aku yang dapat semua tu!' Iris bermonolog.
"Er..so cutelah korang ni. Order pun sama je..sweet couple sangat.." Iris berkata.
"Memanglah sweet..nama pun suami isteri. Asalkan tak tagih cinta orang lain..kan sayang?" bidas Umar tanpa memandang wajah Iris.
Pandangannya tertumpu pula pada Wardah yang sudah tersipu malu di situ.
Zap..
Iris sangat terkesan dengan kata-kata Umar itu.
'Biadap betul! Kau layan aku macam sampah ye! Saja lah tu nak bagi aku terasa! Geram betul!' bentak Iris di dalam hati.
Satu perbuatan jahat melintas di fikirannya. Dia tidak mahu terseksa seorang diri jadi, dengan sengaja dia menolak air Milo panas milik Wardah tadi hingga ia tertumpah pada pakaian gadis itu.
Umar terus berdiri setelah isterinya menjerit kecil tadi lantas memandang Iris dengan pandangan maut.
"Oh my God! Sorry Wardah..i tak sengaja. Sorry ya..biar i lapkan.."
"You jangan nak berdalih Iris! You saja cari pasalkan? You bangun sekarang!" Umar memarahi Iris tanpa memikirkan orang lain yang sedang memerhatikan mereka.
"No, Umar! I betul-betul tak sengaja. I..
Tanpa sempat dia menghabiskan ayatnya, Umar menarik tangan Iris untuk menjauhi Wardah.
"Disgusting! Stop your acting Iris!" Umar terus mendapatkan Wardah yang sudah tak senang duduk di situ.
"Awak, janganlah bising-bising. Malu orang tengok..sabarlah sikit.." bisik Wardah.
YOU ARE READING
DENDAM CINTA ✧
RomanceMengisahkan tentang Wardah Safiyya, seorang gadis berpurdah yang dulunya pernah menolak cinta seorang lelaki semasa di bangku persekolahan. Tahun berganti tahun, mereka bertemu semula dan pertemuan itu membuatkan dendam Umar Haziq kembali menyelebun...