Keesokannya, Uwais dibenarkan keluar dari hospital kerana kondisinya yang sudah mula stabil. Dia hanya memerlukan rehat yang secukupnya untuk kembali sihat.
"Fiya, tengok ni." Safa menunjukkan telefon pintarnya ke Wardah.
Wardah mengamati wajah-wajah yang ada di dalam telefon itu
"Weh, Dee! Perempuan ni la yang datang kat taska aku haritu! Tapi, apa hubungan dia dengan Umar?" kata Wardah bernada sedikit terkejut.
"Aku rasa, perempuan tu girlfriend Umar la. Kau tengok la tu sampai pegang tangan bagai. And, instinct aku mengatakan apa yang jadi dekat Aish tu angkara dua manusia ni." t
Safa menebak sambil menyuapkan roti jala ke dalam mulutnya.
"Eish! Tak baik la sangka buruk. Tapi..apa yang Aish cerita haritu..argh biarkan jela. Insya Allah, tak ada apa akan berlaku lepasni.." kata Wardah yang cuba untuk positif.
"Kau ni baik sangat la Fiya. Kes ni melibatkan nyawa anak kau tu tau tak? Haih..okay kalau kau tak nak ambil tindakan, aku tak ada hak nak halang..
"Cuma, aku nak kau berhati-hati lepas ni. Jangan lepaskan Uwais tu sorang-sorang.." pesan Safa lagi.
Wardah hanya mengangguk perlahan.
*****
Kring Kring Kring
"Eh siapa pula call ni?" tanya Wardah sendirian. Kerja mengemasnya terhenti seketika.
'Bismillahirrahmanirahim'
"Assalamualaikum.."
'Waalaikumusalam ni Fiya ya?' soal orang di dalam talian itu.
"Ya..ya saya. Ni siapa pula?"
'Ohh ni makcik Madihah, tokma Amir. Ingat tak?'
'Madihah? Jiran aku ke? Tokma Amir?' Wardah tertanya-tanya di dalam hati.
Ohhh
"Oh ya, kenal makcik. Maaf saya loading sikit tadi..hihi. Ada apa ya makcik?" jawab Wardah diselangi gelak tawa.
'Haa baguslah kalau ingat. Macam ni, bila kamu ada dekat taska kamu tu? Makcik ada benda nak bincangkan..'
Wardah kaget.
Haa sudah..
"Er..insya Allah, lagi dua hari saya masuk balik kerja. Nanti apa-apa kita jumpa dekat sana jela ya?"
'Haa okay la kalau macam tu. Kita jumpa nanti ya..assalamualaikum.'
"Waalaikumussalam.."
Talian di'dead'kan.
'Ada apa pula mak si Umar ni nak jumpa aku?Haih..' rintih hati Wardah.
Dia menyambung semula kerjanya yang tergendala tadi.
*****
Umar semakin serabut memikirkan apa yang perlu dilakukan untuk membalas dendam. Beberapa tektik dia sebelum ini sudah gagal dek kerana kesilapan Iris sendiri. Dia tidak tau mahu mengharapkan siapa lagi.
"Haih..serabut betul la! Aku takkan puas hati selagi aku tak dapat kau Wardah! Aku akan seksa kau macam mana kau seksa perasaan aku dulu.."
Kunci kereta dicapai. Langkah penuh kebencian dihayun keluar dari rumahnya. Perasaan marahnya semakin membuak-buak di hati membuatkan dia tidak dapat berfikir dengan waras.
🌺🌺🌺🌺🌺
"Assalamualaikum Fiya.."
"Waalaikumussalam makcik. Er..mari kita cakap dekat dalam." jemput Wardah.
YOU ARE READING
DENDAM CINTA ✧
RomanceMengisahkan tentang Wardah Safiyya, seorang gadis berpurdah yang dulunya pernah menolak cinta seorang lelaki semasa di bangku persekolahan. Tahun berganti tahun, mereka bertemu semula dan pertemuan itu membuatkan dendam Umar Haziq kembali menyelebun...