Bab 55

2.5K 59 5
                                    

Umar berjalan perlahan ke arah ruang dapur rumah Mak Mah dan Pak Zam. Niatnya hanya untuk melihat isterinya itu dengan lebih dekat kerana dia masih tak berani untuk meminta maaf kepada Wardah.

"Fiya..kamu tak ada mengidam nak makan apa-apa ke? Kalau nak, Mak Mah boleh masakkan untuk kamu.." soal wanita itu sambil mengupas kulit kentang.

"Er..ada tu memang ada..tapi, saya tak nak susahkan orang untuk dapatkan apa yang saya nak. Saya cuba usaha sendiri kalau saya betul-betul teringin je.." balas Wardah sedikit perlahan.

Kata-kata itu membuatkan hati Umar berkecamuk. Dia berasa serba salah dengan apa yang diujarkan tadi.

"Laa kenapa macam tu pula? Dengan Mak Mah, kamu jangan malu-malu..cakap saja apa yang kamu nak. Mak Mah dah anggap kamu ni macam anak sendiri..kesian dekat anak-anak kamu tu kempunan nanti.."

'Wait. Anak-anak? Apa maksud Mak Mah anak-anak?' Umar tertanya-tanya di dalam hatinya.

"Tak apa Mak Mah..diorang mesti faham keadaan umi dia ni. Saya tak nak dah harapkan orang lain..biarlah saya sendiri tanggung..saya redha dengan qada qadar Allah.." Wardah memberikan senyuman manis.

"Kamu memang perempuan yang baik. Insya Allah, nanti terbukalah hati suami kamu untuk pujuk kamu balik.." Mak Mah menepuk lembut lengan Wardah.

"Cucu-cucu nek Mah dalam tu, nanti dah lahir jangan lupa lawat nek Mah selalu tauu. Mesti comel cucu nek Mah ni macam umi dia ni.." Wardah tergelak kecil mendengar kata-kata Mak Mah itu.

Umar tak sanggup lagi mendengar setiap butir perbualan mereka lalu dia berjalan perlahan menuju ke keretanya.

Dia merancang untuk pulang ke rumah seketika untuk mengambil beberapa barangnya dan kembali ke homestay itu.

🌺🌺🌺🌺🌺

Pengawal keselamatan yang sedang tidur itu membuatkan Iris melompat kegembiraan. Perlahan-lahan pintu yang tidak berkunci itu dibukanya.

Kini, misinya untuk mendapatkan kunci pintu utama pusat pemulihan itu untuk membolehkan dia keluar dari situ.

Dia berjalan mengelilingi pengawal keselamatan itu dan ternampak beberapa gugus kunci di luar poket seluarnya. Perlahan-lahan dia membuka klip kunci itu dan akhirnya dia berjaya.

Dia mencuba satu-persatu kunci pada mangga pintu itu sehingga dia menjumpai kunci yang tepat. Lebihan kunci dicampak ke lantai sebelum dia membuka langkah seribu dengan berlari sekuat hatinya ke rumah.

"You will be mine Umar! I swear you will be mine!! Hahaha!" Iris sudah seperti orang hilang kawalan.

Keretanya yang berjaya di seludup itu dipandu dengan laju ke rumah Umar. Pada awal pagi itu, Umar bersiap sedia dengan barang barangnya untuk ke homestay semula.

Dia sengaja ingin memandu pada waktu selepas subuh itu untuk mengelakkan kesesakkan lalu lintas di siang hari. Iris mengikuti kereta Umar dari belakang tanpa pengetahuan lelaki itu.

Setibanya di homestay itu, Iris memberhentikan keretanya jauh dari situ agar tidak diketahui lelaki itu. Umar terus mengangkut barang-barangnya masuk ke dalam rumah.

Pada masa yang sama..

Wardah keluar dari rumah untuk membuang sampah ke dalam tong sampah besar yang terletak agak jauh dari rumahnya. Perlahan-lahan dia menapak dan berjaya menyelesaikan hal itu.

Tiba-tiba..

"Woi perempuan!" Wardah segera berpaling apabila mendengar jerkahan itu.

Iris datang mengacukan sebilah pisau ke arah Wardah. Dengan pantas dia mengundur ke belakang apabila Iris semakin menghampirinya.

DENDAM CINTA ✧ Where stories live. Discover now