"Umi..Aish dah nak pergi ni..umi jaga diri baik-baik tauu. Aish dah tak boleh jaga umi lepasni..Aish harap, baba tak buat umi menangis lagi..Aish tak nak baba pukul atau marah umi lagi..
"Kalau umi sedih, umi doa je dekat Allah tau. Aish tak dapat nak lapkan air mata umi..Aish minta maaf sangat. Kita jumpa dekat syurga ya umi..
"Aish, sayang umi..sangat-sangat.."
Wardah terjaga dari tidurnya sambil dadanya berombak kencang. Mukanya yang sudah basah dek kerana peluh itu dikesat dengan lengan baju. Tanpa berlengah, dia terus berlari ke bilik Uwais..
*****
Pintu dibuka perlahan-lahan sehinggalah dia nampak sekujur tubuh kecil yang sedang terbaring di atas katil itu.
Wardah mendekati Uwais dan mengambil tempat di sebelah kanannya. Jantung gadis itu berdebar kencang apabila teringatkan semula mimpinya tadi..
Dengan segala perasaan yang bercampur baur itu, dia menyentuh tangan kecil Uwais.
'Ya Allah, sejuknya..'
Wardah mengalihkan pandangan ke wajah Uwais yang kelihatan pucat lesi itu. Otaknya sudah memikirkan tentang perkara-perkara yang negatif. Dia meletakkan dua jarinya di bawah hidung Uwais dan..
🌺🌺🌺🌺🌺
انا لله و انا اليه راجعون
Bacaan surah yasin memenuhi segenap ruang rumah itu. Semua ahli keluarga terdekat sudah tiba di rumah Wardah dan Umar. Selepas diberitahu berita itu, mereka bergegas ke sana untuk beri penghormatan terakhir.
Kelihatan Wardah yang tak henti-henti mengalirkan air matanya di sudut ruang tamu itu sambil ditenangkan oleh Safa. Sudah naik bengkak matanya akibat menangis terlalu lama.
"Fiya..kau tak boleh terus macam ni..kalau Aish ada pun, mesti dia tak nak tengok umi dia asyik menangis macam ni..kita kena redha atas ketentuan Allah.."
"Aku tak boleh terima Dee..Kenapa cepat sangat? Aku tak puas lagi besarkan dia..Uwais nyawa aku Dee..aku tak sanggup hilang dia.." Safa mendakap erat sahabatnya itu.
"Kau tak boleh persoalkan kerja Tuhan Fiya. Kalau kau tak sanggup hilang dia, kau sanggup tengok dia menderita tanggung sakit depan mata kau? Ada sebab kenapa Allah ambil dia dari kita. Sabar Fiya.."
Wardah hanya diam tak berkutik. Sejak diberitahu oleh doktor yang datang ke rumahnya tentang pemergian Uwais, jiwanya terasa kosong bagai hilang separuh dari hidupnya.
*****
Umar sibuk mengipas-ngipas wajahnya menggunakan songkoknya itu sambil duduk bersendirian di luar rumah.
"Eish! Lambat lagi ke benda ni nak settle? Dah la panas..rimas betul aku.." rungutnya sendirian.
"Abang tak masuk dalam ke?" satu suara menyapa Umar.
"Eh, Wa..Waiz. Abang..saja duduk luar sekejap..ambil angin." Umar berkata mesra.
Waiz mula mengambil tempat disebelahnya.
"Ohh..hurm. Kalau abang nak tau, kak ngah tu jarang sangat nak menangis..hati dia tu keras sangat..
"Kecuali, kalau melibatkan orang yang dia sayang. Uwais tu rapat sangat dengan dia..no wonder la kak ngah tu sedih sampai macam tu sekali.."
Umar sekadar mengangguk dan tersenyum palsu.
"Waiz harap lepas ni abang tolong jagakan kak ngah tu baik-baik ye? Dia perlukan lelaki yang boleh protect dan layan karenah dia..
YOU ARE READING
DENDAM CINTA ✧
RomansaMengisahkan tentang Wardah Safiyya, seorang gadis berpurdah yang dulunya pernah menolak cinta seorang lelaki semasa di bangku persekolahan. Tahun berganti tahun, mereka bertemu semula dan pertemuan itu membuatkan dendam Umar Haziq kembali menyelebun...