Bab 17

1.8K 79 10
                                    

Genaplah 6 bulan tempoh pertunangan. Segala ujian-ujian ditempuhi dengan penuh kesabaran. Namun, Umar dan Wardah langsung tidak pernah bersua muka selama itu juga.

"Kak, tinggal berapa hari je majlis kau..semua persiapan pun dah siap..tinggal nak akadnya je..

"Tapi, kenapa aku tengok kau ni asyik moody je? Macam..tengah fikirkan something. Cer cerita kat aku." tegur Waiz sambil menarik kerusi di sebelah kakaknya itu.

Wardah memandang wajah Waiz tanpa sebarang reaksi.

"Haih..tak ada apa la..aku okay. Tak fikir apa apa pun.." dalih Wardah.

Waiz masih tidak berpuas hati dengan apa yang dikatakan Wardah itu.

"Haa memang baru semalam aku kenal kau. Aku bukan kawan kau kak..aku ni adik kau. Kau tu dah la tak pandai nak menipu..

"Yela..kalau rasa benda tu membebankan, better kau share. Tapi, aku tak paksa kau.." ujar Waiz bernada lemah.

'Aku tak boleh cerita pasal ni dekat family aku..aku tak nak diorang susah hati. Tak apa Wardah..everything gonna be okay..' kata Wardah dalam hati.

"Eh apa pula macam tu? Aku sedih sikit..yela nanti dah kahwin, tak dapat jenguk ibu abah selalu. Tak dapat aku nak buli adik aku ni.."

Tipu Wardah sambil meletakkan tangannya di atas bahu Waiz.

"Laa pasal tu je ke? Jangan risau la..pandai lah aku jaga ibu dengan abah tu. Kau tu..jaga Aish elok-elok. Dah ada suami, jaga makan pakai dia..

"Nanti, boleh la bagi aku the real one anak buah hahaha." kata-kata Waiz itu membuatkan dia menerima satu cubitan dari Wardah.

Waiz mengaduh sakit sambil menggosok lembut lengannya itu.

"Eish kau ni! Baru je nak kahwin, dah fikir pasal anak buah lagi. Kalau kau nak, pergi la kahwin! Herm!" balas Wardah seraya itu berlalu dari situ.

"Eh kak ngah ni..sensitif betul. Baru cakap sikit jee." kata Waiz sendirian lantas itu mendapat Uwais yang sedang bermain di laman rumah.

🌺🌺🌺🌺🌺

"Umar, kamu dah cuba baju nikah yang mama dah gantung dalam bilik tu? Kalau ada apa-apa masalah, nanti kita settlekan cepat."

Puan Madihah berkata kepada Umar yang sedang ralit menonton televisyen sambil makan kuaci itu.

"Eish mama ni! Orang tengah sibuk ni kan..nanti la Umar cuba baju tu.." jawab Umar kasar.

Puan Madihah menggeleng kepala melihat perangai Umar.

"Kamu ni..dah nak kahwin pun, masih tak berubah. Esok lusa, jadi bapak orang dah..fikir masa depan keturunan kamu nanti Umar..

Nafas berat dilepaskannya.

"Kalau kamu tak berubah dari sekarang, macam-macam akan jadi nanti. Haih..mama dah tak larat nak nasihatkan kamu ni.." bebel Puan Madihah.

Umar hanya mengajuk kata-kata mamanya itu sambil membuat memek muka mengejek.

'Semak betul! Aku yang nak kahwin! Suka hati aku lah!' getus hati Umar.

Tiba-tiba..

Plastik kuaci di tangan kirinya itu dirampas kasar oleh seseorang. Dengan pantas, Umar memalingkan kepalanya ke sisi.

"Woi kau ni apahal?! Selamba otak kirimu je rembat kuaci abang! Bak sini balik!" Umar cuba merampas semula kuacinya dari genggaman Umairah.

"Eleh abang ni. Kedekut!" Umairah melemparkan plastik kuaci itu di muka Umar.

Umar mencebik lantas tangannya sibuk membuka telefon pintarnya dan bermesej dengan seseorang. Sesekali, dia tersenyum semasa menghadap telefonnya.

Umairah curi-curi menjenguk ke arah telefon itu untuk melihat apa yang membuatkan abangnya itu tersengih-sengih dari tadi.

"Ohh mesej dengan kak Fiya ekk?" kata Umairah.

Umar menghadap adiknya lalu menjeling.

"Heh tak ada masa la abang nak mesej dia. Ada baqnyak lagi la orang yang lagi penting abang nak mesej.." jawab Umar sambil mata tetap merenung telefon pintarnya.

"Apa abang cakap ni? Dia kan bakal isteri abang..abang jangan macam-macam ehh. Jangan main kayu tiga pula belakang kak Fiya nanti. Lupakan jela girlfriend abang tu."

Umairah lantas memalingkan badannya menghadap Umar sambil menunjukkan reaksi marah. Lelaki itu menutup telefon pintarnya dan melakukan perkara yang sama.

"So? Adik ingat abang kisah ke? Suka hati abang la. Lelaki boleh kahwin empat..apa ada hal?" selamba saja Umar berkata.

Umairah menggeleng lemah.

"Sampai hati abang kan! Abang sanggup buat kak Fiya macam tu! Abang tau tak dia tu sebaik-baik manusia yang pernah adik kenal..abang jangan nak buat perangai pula.." Umairah memberi amaran.

"Heh! Adik sibuk fikir pasal dia ni dah kenapa? Apa yang abang nak buat, it's nothing effect to you. So, let me do what i want. Jangan nak menyibuk!" marah Umar.

Umairah sudah mula geram dengan perangai abangnya itu. Dadanya berombak menahan kemarahan.

"Jangan sampai abang menyesal dengan apa yang abang buat nanti! Adik berani jamin yang kak Fiya tu la satu-satunya orang yang ada semua kebahagiaan yang abang nak. Mark my words!" bilang Umairah sebelum berlalu ke tingkat atas.

Umar membiarkan saja pemergian adiknya itu.

"Heh. Do i care?"

🌺🌺🌺🌺🌺

"Umi, Aish legaa sangat yang umi dah nak kahwin. Nanti, ada la yang boleh jaga umi lepasni! Aish minta maaf ye umi..sebab Aish tak mampu nak jaga umi..

"Lepas dah ada baba nanti, baru la Aish rasa tenang nak tinggalkan umi!" ujar Uwais secara tiba-tiba.

Wardah terkejut apabila mendengar kata-kata Uwais itu. Lantas dia bangun dari baringnya.

"Ish! Kenapa Aish cakap macam tu? Aish nak tinggalkan umi ke? Aish nak pergi mana ni sayang? Jangan buat benda bukan-bukan.." kata Wardah sambil memegang kedua-dua bahu Uwais.

"Aish tak nak tinggalkan umi sebab Aish saayang sangat kat umi! Tapi, Aish rasa yang umi mesti susah nanti kalau Aish ada..

"Sebabtu, Aish nak doa dekat Allah, biar Allah ambil je Aish..asalkan umi bahagia."

Kata-kata Uwais itu membuatkan air mata Wardah berlinangan.

Setitis..dua titis..tig..

"Ya Allah, Aish! Jangan la cakap macam tu lagi! Umi tak pernah rasa yang Aish ni menyusahkan umi. Umi sayang Aish..jangan buat macam ni ya sayang..umi tak suka la.." ujar Wardah dalam esakkan.

"Sorry umi.."

Wardah mendakap tubuh kecil Uwais. Dia merasakan ada 'bad instinct' apabila mendengar apa yang dikatakan Uwais itu.

Bersambung woi!

Best ke best?

{1 Bab 1 Ilmu}

Semoga bermanfaat 🌺

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Semoga bermanfaat 🌺

DENDAM CINTA ✧ Where stories live. Discover now