Bab 19

2.1K 76 0
                                    

Allah huakbar, Allah huakbar!

Wardah dikejutkan dengan seruan azan subuh yang berkumandang itu. Dia duduk dari baring sebagai tanda hormat.

Dia berkira-kira sama ada ingin mengejutkan Umar untuk solat subuh ataupun dia mahu mandi terlebih dahulu.

Tanpa berlengah, Wardah berlari ke bilik air untuk mandi sebelum mengejutkan Umar.

Krik krik krik

Gadis itu berjalan perlahan mendekati Umar lantas mencuit lembut lengan Umar itu.

"Awak..awak..bangun subuh.." tiada respon.

"Awak, bangunlah! Terlepas subuh nanti.." Wardah sudah meninggikan suaranya.

Umar bergerak sedikit tetapi tidak menunjukkan sebarang reaksi untuk bangun.

'Ya Allah..liatnya nak bangun..' desus hati Wardah.

"Awak..tak takut api neraka ke nak tinggal solat ni?"

"Apa mama ni? Kenapa kejut Umar?" balas Umar sambil mata tertutup.

Wardah tersenyum kecil mendengar kata-kata Umar itu.

"Umar Haziq..bangun subuh. Nanti habis waktu solat.." kata Wardah sambil berlakon seperti ibu mertuanya.

"Erm apahal ni mama?" Umar bangun sambil menenyeh matanya berkali-kali.

Dia berpaling ke arah Wardah yang berdiri di samping katil itu.

"Woi! Kau siapa?!" soal Umar kuat. Wardah pula mengerutkan dahinya.

'Eh? Dia tanya pula aku siapa? Betul ke tak dia ni?'

"Awak takkan tak ingat saya? Baru je nikah semalam takkan dah lupa ." balas Wardah.

Umar terkedu untuk beberapa saat.

"Hish! Amende kau ni kejut aku malam-malam buta ni. Semak betul la!" ujar Umar kasar seraya itu dia menarik kembali selimut menutupi badannya.

Wardah tersentak mendengar kata-kata Umar.

"Er..saya kejut awak untuk solat subuh. Dah lewat sangat ni.." Wardah melembutkan suaranya.

"Kalau kau nak solat, pergi sana! Tak payah nak kejut aku semata-mata untuk benda tu! Dah pergi-pergi!" Umar membidas kata-kata Wardah.

Gadis itu menelan air liur yang terasa kelat.

'Tak apa Wardah..mulai sekarang, kau kena tolong Umar untuk berubah!'

Wardah tersenyum nipis sebelum melangkah keluar dari bilik itu untuk turun ke bawah.

🌺🌺🌺🌺🌺

Setelah 2 hari menetap di rumah ibu bapa Wardah, mereka mula berangkat untuk ke rumah Umar yang kini menjadi rumah mereka berdua.

Wardah sedikit kekok kerana pertama kali menaiki kereta bersama Umar. Dia hanya berdiam diri sepanjang perjalanan itu.

"Baba! Rumah kita jauh ke?" soalan Uwais itu dihiraukan oleh Umar.

Wardah mengerling ke arah Umar kerana dia turut tertanya-tanya tentang hal itu.

"Mesti cantik kan rumah baba tu! Uis..tak sabarnyaa. Baba, nanti Aish nak ada bilik sendiri boleh?" soal Uwais teruja.

Umar hanya mendecit kuat tanpa menjawab soalan itu.

"Aish..kita tunggu je okay? Ba..baba kan tengah drive..jangan kacau tau.." ujar Wardah lembut.

"Ala..okay umi..maaf ya baba.." ujar Uwais lemah.

DENDAM CINTA ✧ Where stories live. Discover now