Bab 26

2.5K 86 1
                                    

Jam sudah menunjukkan pukul 3.45 pagi. Wardah menjadi tak keruan apabila Umar masih belum pulang ke rumah. Hatinya tak henti-henti berdoa agar Allah melindungi Umar dari sebarang musibah.

Cahaya lampu yang menerpa ke dalam rumah melalui pintu kaca ruang tamu itu menarik perhatian Wardah.

Pantas Wardah menjenguk dan kelihatan satu kereta yang tidak dikenalinya masuk di dalam perkarangan rumah itu. Semakin berdebar jantung Wardah dibuatnya.

Pintu dibuka..

Wardah terkejut apabila melihat Umar sedang dipapah oleh perempuan yang pernah dilihatnya itu..

"Eh, kenapa ni? Awak okay ke Umar?" soal Wardah cemas.

Umar menolak Wardah ke tepi.

"Ish! Kau tak payah sibuk la! Pergi sana!"

Umar dan Iris duduk di ruang tamu itu. Umar yang seperti sedang mabuk itu membuatkan Wardah buntu untuk bertindak.

"Sayang..i tidur sini la malam ni..i malas la nak drive balik.." Iris berkata dengan nada gediknya.

Umar tersenyum senget kepada Iris.

"Mestilah bol.."

"Tak boleh! Awak tu perempuan..mana boleh duduk sekali dengan lelaki bukan mahram awak! Lagipun 'sayang' awak tu dah ada isteri..please, respect saya." Wardah mencelah.

"Sayang..tengok la betina tu! Dia nak tarbiah i pula. Malam ni, i nak have fun dengan you..please sayang.." rayu Iris.

Iris sudah memeluk lengan lelaki itu. Wardah mengucap panjang apabila mendengar setiap perkataan yang keluar dari mulut Iris itu.

"Saya takkan benarkan awak buat dosa dalam rumah ni! Lagi-lagi, dengan suami saya! Tau tak haram apa yang awak buat ni? Tak takut dosa ke?" Wardah menarik tangan Iris untuk menjauhkan dirinya dari Umar.

Iris tersentak dengan tindakan Wardah itu.

"Hey perempuan! Kau ni jangan biadap sangat boleh tak?!"

"Siapa yang biadap sekarang ni? Saya minta sangaat awak tolong keluar sebelum saya call polis. Please." Wardah cuba mengawal suaranya semula.

Iris menghentakkan kakinya dengan kuat. Dia mencapai beg tangannya dan terus berlalu keluar dari rumah itu.

Wardah segera menutup pintu dan menguncinya. Pandangannya tertumpu pada Umar pula yang hanya berdiam diri dari tadi.

"Awak ni kenapa Umar? Sanggup awak buat saya macam ni? Sanggup awak nak buat benda terkutuk macam tu dalam rumah kita?!"

Umar hanya mendengar itu seraya menayangkan senyuman yang sukar ditafsir. Lantas, dia bangun dan mendekati Wardah.

"Kau ingat aku kisah ke? Ohh, kalau kau cakap tak boleh buat benda haram tu kat sini. Let's we do in halal way.."

Umar menggenggam kuat tangan Wardah dan menariknya ke tingkat atas. Dia meronta-ronta kerana tidak mahu mengikut Umar.

"Umar lepaskan saya! Apa maksud awak ni hah?!" hampir gugur air mata Wardah apabila diperlakukan begitu.

Umar hanya mengendahkan apa yang dikatakan oleh Wardah itu. Dia menolak pintu bilik Wardah dan menghempaskan badan Wardah diatas katil bilik itu.

Dengan kasar, lelaki itu menarik tudung sarung yang dipakai Wardah.

"Tolong..

🌺🌺🌺🌺🌺

Angin panas yang menerpa leher Wardah itu berjaya mengejutkannya dari tidur. Pantas matanya terbuka dan mendapati muka Umar berada betul-betul di lehernya.

Tangan kanan Umar yang berada di atas perutnya itu segera ditolak kasar. Otaknya kembali mengimbas apa yang berlaku semalam dan aiir matanya luruh lagi..

'Astagfirullah hal azim..ya Allah! Apa yang Umar dah buat ni?! Aku tak rela ya Allah..'

Wardah menutup badannya yang terdedah itu dengan selimut. Dia menangis sepuas-puasnya sehingga tiada suara kedengaran.

Tidur Umar terganggu dengan sedu sedan yang menerjah masuk ke dalam telinganya. Umar membuka matanya perlahan-lahan..

Dia melihat Wardah yang sedang menekup mukanya dengan kedua-dua belah tangan sambil bahunya terhinjut-hinjut itu. Umar terus bangun dari pembaringannya.

"Awak jahat! Awak jahat Umar! Sanggup awak buat saya macam ni?! Awak ingat saya ni hamba seks awak ke?! Awak paksa saya buat benda yang saya tak nak!

Nafas Wardah turun naik menahan marah.

"Awak keluar sekarang. Saya tak nak tengok muka awak dekat sini!" Wardah berkata tanpa menatap wajah Umar.

Umar yang langsung tak rasakan yang dia ada buat salah itu terus turun dari katil dan mengutip pakaiannya yang bersepah di lantai lantas keluar dari bilik itu.

Sebaik saja suaminya itu hilang dari pandangan, Wardah menarik nafas dalam-dalam untuk menenangkan dirinya. Hatinya terlalu sedih sehingga tidak mampu menahan air mata dari terus jatuh.

Perlahan-lahan, dia bangun dan mengemas semula biliknya itu. Wardah masuk ke dalam bilik air untuk membersihkan dirinya.

*****

Pada jam 8.34 malam itu, Umar membuka tudung saji di atas meja makan dan berkerutan dahinya apabila langsung tiada makanan di bawahnya.

Umar menggeledah dapurnya untuk mencari makanan tetapi hampa..

Dia naik angin lalu memanjat tangga untuk ke bilik Wardah. Setibanya dia di depan pintu bilik, tangannya diangkat untuk mengetuk pintu tetapi..

Kedengaran sayup-sayup suara Wardah yang sedang membaca Al-Quran. Tetapi, bacaan itu terhenti dan esakkan pula mengganti. Umar seperti terkena renjatan elektrik apabila mendengar itu. Tangannya kembali diturunkan.

Kunci dicapai dan Umar terus keluar dari rumah itu. Wardah yang mendengar enjin kereta dan melihat ia keluar dari laman rumah itu lantas menutup Al-Qurannya.

Wardah mengambil semua pakaian dan beberapa perkara lagi yang sudah kotor dan segera turun ke 'laundry room' untuk mencuci semua itu.

*****

Umar keluar makan bersendirian kerana dia tidak mempunyai 'mood' yang baik ketika itu. Macam-macam perkara bermain di mindanya.

'Argh! lantak la! Dah memang tanggungjawab dia..dia tak boleh halang aku. Aku tak salah dalam hal ni!' ego Umar masih meninggi.

Dia tidak mahu rasa bersalah kepada Wardah. Umar mendengus kasar apabila dia asyik teringatkan semula apa yang berlaku.

'Ish! Buat apa nak fikir pasal dia lagi? Baik aku pergi kelab..bosan betul la..' desus hati Umar.

Kunci di atas meja itu diragut kasar. Duit diselitkan di bawah pinggan dan dia terus berlalu keluar dari restoran itu.

Ber.......

Haih.

{1 Bab 1 Ilmu}

Semoga bermanfaat 🌺

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Semoga bermanfaat 🌺

DENDAM CINTA ✧ Where stories live. Discover now