"Huh..alhamdulillah settle semua kerja! Erm..sepatutnya esok aku balik, tapi harini dah siap, memang nak balik harini juga la! Tak sabarnyaa!"
Umar sibuk mengemas barang-barangnya untuk berangkat dari Penang ke Kuala Lumpur. Dia ingin memberi kejutan kepada isterinya jadi, sengaja dia tidak memberitahu Wardah yang dia akan pulang pada hari itu.
*****
Wardah menguis-guis makanan yang terhidang di dalam pinggannya itu. Seharian dia tiada selera makan kerana banyak perkara yang bermain di mindanya.
"Kak ngah ni kenapa? Abah tengok monyok je..ada apa-apa masalah ke? Nak cerita dekat abah?" Encik Sufian menegur anaknya itu.
Dia kembali ke dunia nyata lantas membetulkan kedudukannya sebelum memulakan bicara.
"Er..tak ada apa la bah..kak ngah okay jela. Cuma tak sedap badan sikit..nak demam kot.." jelas Wardah.
"Laa kak ngah tak sihat ke? Biar abah telefon Umar suruh dia balik..boleh dia bawa kamu pergi klinik.."
"Eh, tak payahlah abah. Dia tengah kerja tu..esok baru dia boleh balik..nanti susahkan dia pula nak ulang alik. Jangan risau, kak ngah okay.." Wardah menghalang.
"Herm..kalau kamu dah cakap macam tu, abah tak boleh buat apa lah. Tapi, kalau kamu ada nak apa-apa, bagitau abah tau. Makanlah sikit, nanti perut tu masuk angin..lagi susah.
"Kesian Umar nanti..balik-balik esok tengok isteri dia sakit.." Encik Sufian mengusap lembut kepala anaknya.
Wardah hanya mengangguk dan tersenyum nipis.
'Aku ni dah kenapa? Rasa tak sedap badanlah..rasa nak marah, nak menangis semua ada. Haih..takkan datang bulan kot? Tapi last aku datang bulan..
"Kak ngah!!"
Laungan kuat itu mengejutkan Wardah. Tersembul figura Waiz di tepi ruang dapur itu.
"Ish kau ni kenapa? Terjerit-jerit panggil orang..malu kat jiran-jiran tu.." marah Wardah.
"Hehe..sorrylah. Kak, aku nak tanya, ada nampak ibu? Dari tadi aku cari tak jumpa..takkan ibu lari kahwin lain pula.."
"Uish! Kamu jangan buat hal Waiz..berani ibu nak kahwin lain.." Encik Sufian bersuara.
"Ish, kau ni! Mulut tu cuba jangan celupar sangat! Ibu ada dekat belakang..tengah sembang dengan jiran belakang rumah tu. Dah kenapa kau cari ibu ni?"
"Betul ibu kat belakang? Kejap abah tengok.." Encik Sufian keluar dari dapur itu.
Waiz dan Wardah hanya melihat gelagat ayahnya itu.
"Ada la! Jangan sibuk! By the way, thanks kakakku yang busuk!" dia ingin berlalu dari situ untuk mendapatkan ibunya tetapi dihalang Wardah.
"Amboi mulut! Aku cilikan nanti tau lah. Eh, aku nak pinjam kereta sekejap boleh? Nak pergi somewhere..please.."
"Kau nak pergi mana? Kan abang tak bagi kau drive sendiri? Jom aku bawa.."
"Alaa sekejap je. Aku nak beli barang private sikit..takkan nak bawa kau..nanti aku share la location. Jangan risau..bak sini kunci." Wardah tetap berkeras.
"Haih..apa-apa jadi, aku tak nak tanggung ye. Ada dekat meja depan tu..dah-dah pergi sana, aku nak jumpa ibu.." Waiz menolak tangan Wardah dari menghalang laluannya.
Gadis itu tersenyum kemenangan. Dia terus bangun dan naik ke atas untuk bersiap.
******
Iris dan Danial duduk berbincang di satu sudut kedai makan itu. Situasi menjadi serius dengan disertai kerutan di wajah masing-masing.
YOU ARE READING
DENDAM CINTA ✧
RomanceMengisahkan tentang Wardah Safiyya, seorang gadis berpurdah yang dulunya pernah menolak cinta seorang lelaki semasa di bangku persekolahan. Tahun berganti tahun, mereka bertemu semula dan pertemuan itu membuatkan dendam Umar Haziq kembali menyelebun...