Umar tersedar awal sikit dari biasa. Dia banyak menghabiskan masa di dalam tandas..entah apa yang dilakukannya. Setelah bersiap, dia turun ke bawah untuk bersarapan pagi.
"Morning mama!"
"Eh awal bangun? Kamu demam ke Umar?" perli Puan Madihah.
Umar berdecit.
"Bangun lambat salah..bangun awal salah. Amende mama ni?"
"Haha mama gurau je..meh la makan."
Umar mengambil tempat duduk di meja makan itu.
"Selamat pagi tokma, uncle Umar." tegur Amir yang baru keluar dari bilik.
Mereka berdua berpaling ke arah si kecil itu. Lantas, Umar membuat muka pelik.
"Eh along tak balik lagi ke ma?" soal Umar sambil menyuapkan roti sardin ke dalam mulutnya.
"Haah..dia minta mama tolong jagakan Amir about dua minggu lagi rasanya. Oh ya, ni mama nak minta tolong kamu hantarkan Amir pergi taska boleh? Ayah ajak mama dating pagi ni..tak sempat nak hantarkan dia.."
Puan Madihah tersenyum lebar ke arah Umar. Lelaki itu membuntangkan mata setelah mendengar permintaan ibunya itu.
"What?! Umar mana tau dia sekolah dekat mana..yang mama dengan ayah ni sibuk nak dating pula. Umar nak pergi kerja la ma.." rintih Umar.
Puan Madihah memandang wajah anaknya itu lalu menggeleng kepala.
"Tak apa uncle, Amir boleh tunjukkan. Amir dah hafal jalan nak pergi taska tuu." sampuk Amir yang hanya diam dari tadi.
Umar memusingkan bola matanya.
'Ergh! Sibuk la nak kena hantar budak ni pula..' rungut hati Umar.
"Ergh! Yela-yela. Cepat makan..kita pergi sekarang." ujar Umar seraya bangun untuk mencuci tangan di dapur.
Dia mencapai beg bimbitnya lantas menuju ke pintu utama kediaman kedua ibu bapanya itu.
🌺🌺🌺🌺🌺
"Ha uncle masuk line ni lepastu belok kanan.."
Umar hanya mengikut arahan Amir tanpa membantah. Setelah hampir 6 minit 20 saat perjalanan, mereka tiba di tempat itu.
"Okay dah sampai, jauh juga sekolah kau ni.." kata Umar apabila selamat memberhentikan kereta di hadapan taska itu.
"Amir masuk dulu ya. Bye!" pamit Amir sebelum keluar dari perut kereta. Umar menghantar pemergian Amir dengan pandangan mata.
Tiba-tiba..
Matanya tertancap pada satu susuk tubuh yang berada di pintu pagar taska itu. Umar perhatikan semua budak kecil yang baru sampai, terus bersalaman dengan orang itu..
Umar cuba mengamati gerangan orang itu. Perlahan-lahan dia mendekat untuk melihat dengan lebih jelas.
"Macam.."
*****
"Eh Amir? Kenapa sorang-sorang? Tokma berhentikan Amir dekat mana?" soal Wardah apabila menyedari anak muridnya itu datang seorang diri.
"Harini Amir datang dengan uncle Amir. Uncle berhentikan kat belakang sana tu. Tokma kata dia nak pergi dating hihi." ujar Amir sambil tergelak kecil.
'Uncle? Tak pernah pula aku tengok pakcik dia yang hantar..biasanya, tokma atau parents dia je. Eh buat apahal kau pula sibuk ni Wardah?' kata Wardah di dalam hati.
"Ohh yeke? Okay, Amir masuk dalam dulu ye.."
"Baik ustazah!" Amir bersalaman dengan Wardah sebelum masuk.
YOU ARE READING
DENDAM CINTA ✧
RomanceMengisahkan tentang Wardah Safiyya, seorang gadis berpurdah yang dulunya pernah menolak cinta seorang lelaki semasa di bangku persekolahan. Tahun berganti tahun, mereka bertemu semula dan pertemuan itu membuatkan dendam Umar Haziq kembali menyelebun...