"Pakcik faham..semua ni bukan salah kamu. Kamu sendiri tak tau pasal tu. Pakcik yakin, isteri kamu tu faham keadaan kamu..usaha ya untuk pujuk dia..jangan putus asa." Pak Zam menepuk lembut bahu Umar.
"Insya Allah, pakcik..saya pun harapkan benda yang sama. Tapi, saya nak pujuk dia macam mana? Saya cuma ikut je dia datang sini..saya tak ada apa-apa rancangan lagi.."
"Pakcik rasa kamu bagi dia masa untuk bertenang dulu. Dia tengah mengandung, hormon dia tak stabil lagi..macam-macam benda buruk boleh jadi. Kamu perhatikan saja dia untuk pastikan keselamatan dia terjaga.."
"Insya Allah, pakcik.." Umar mengangkat kepala memandang ke hadapan setelah lama tertunduk.
Tiba-tiba..
Kelihatan Wardah yang keluar dari rumah untuk menyidai baju di ampaian luar itu. Umar terus memerhatikan Wardah lalu mengerutkan dahinya.
"Ya Allah!"
"Eh, kenapa ni Umar?" soal Pak Zam terkejut apabila Umar kata begitu.
"P..pakcik..saya lupa yang rumah isteri saya duduk sekarang..dekat depan ni je.."
"Laa baguslah kalau macam tu. Eh? Depan rumah ni, isteri kamu?" soalnya kembali.
"Ya, pakcik..dia isteri saya.."
"Masya Allah..Fiya tu isteri kamu rupanya. Dia rajin datang sini tolong Mak Mah tu dekat dapur..selalu hantar buah tangan ke rumah pakcik. Baik betul dia tu..beruntung kamu jadi suami dia.." ujar Pak Zam ceria.
"Tak pakcik..saya tak layak jadi suami dia..dia patut terima lelaki yang lebih baik dari saya ni. Saya jahat..saya seksa perasaan dia..saya jahat pakcik.." balas Umar perlahan.
Hampir saja air matanya menitis.
"Kamu jangan cakap macam tu. Semuanya ketentuan Allah..jodoh kamu dengan Fiya, tak akan ada yang dapat halang. Pakcik yakin sangat kamu akan dapat tawan balik hati dia..jangan mengalah Umar.."
Pak Zam menarik Umar ke dalam dakapannya.
Sementara..
Wardah mengemas rumahnya dengan menyapu lantai dan menyusun segala barang yang ada di situ. Sesekali dia terduduk kerana kepenatan ataupun apabila perutnya terasa sakit.
'Sampai bila nak macam ni? Aku tak larat la nak hadap semua ni sendiri..aku perlukan bantuan..ya Allah, engkaulah sebaik-baik penyokong, salurkan kekuatan dalam diriku ini..'
"Apa umi ni nak sedih-sedih? Anak-anak umi ni kan ada..yela, umi tak menangis lagi. Erm..mesti laparkan? Umi tak makan lagi ni..umi dah janji dengan nek Mah nak masak sama-sama harini.."
Wardah bangun dari duduknya dan bersiap sedia untuk ke rumah Mak Mah dan Pak Zam.
*****
"Umar.."
"Eh, ye..makcik." Umar lantas berdiri tanda hormat.
"Apa yang kamu tenungkan tu? Kamu ada masalah ya?" soal wanita tua itu lembut.
"Er..tak ada apa lah makcik..saya okay je.." satu nafas berat dilepaskan.
"Tak payah berdalih..pakcik kamu tu dah ceritakan dekat makcik. Apa kata kamu pergi je pujuk dia? Makcik rasa, kejap lagi mesti dia datang sini sebab dia kata nak masak dengan makcik nanti.."
Umar terus berpaling ke arah Mak Mah.
"B..betul ke ni makcik?"
"Iya, betul..kalau kamu nak minta maaf dekat dia nanti, makcik boleh bagi kamu ruang. Pujuk dia baik-baik ya? Jangan give up..makcik tau kamu suami yang baik.." katanya.
YOU ARE READING
DENDAM CINTA ✧
RomanceMengisahkan tentang Wardah Safiyya, seorang gadis berpurdah yang dulunya pernah menolak cinta seorang lelaki semasa di bangku persekolahan. Tahun berganti tahun, mereka bertemu semula dan pertemuan itu membuatkan dendam Umar Haziq kembali menyelebun...