Bab 35

2.5K 81 2
                                    

Seminggu kemudian..

Umar masih tidak berputus asa untuk menambat semula hati Wardah. Pelbagai cara dilakukannya agar isterinya kembali menerimanya namun, belum berhasil.

Wardah hanya mengurung dirinya di dalam bilik sepanjang masa. Ada kalanya, dia menangis mengenangkan nasib hidupnya..ada kalanya, dia menyesal dengan segala perkara yang telah dilakukannya.

"Hello, assalamualaikum.."

'Waalaikumusalam. Ha, Fiya kenapa call?'

"Aku..nak ajak kau keluar sekejap. Boleh?"

'Keluar? Boleh sangat! Aku pun cuti hari ni. Eh, tapi kau dah sihat belum ni? Nak aku yang datang rumah kau?'

"Erm..aku okay la. Tak apa..kita jumpa dekat tempat biasa ya. Dalam setengah jam lagi aku sampai. Bye assalamualaikum.."

'Ha alright..jumpa sana! Waalaikumussalam..'

Wardah turun dari katil dan terus bersiap untuk keluar.

*****

Di pejabatnya, Umar tak begitu bersemangat untuk membuat kerja. Matanya asyik merenung ke luar tingkap saja itu dengan sayu.

Kadangkala telefon pintarnya dikerling..namun, hanya gambar perkahwinannya yang menghiasi latar belakang telefonnya itu tanpa sebarang mesej.

Tok tok tuk

Umar tersentak dengan itu. Segera dia membenarkan siapa yang mengetuk pintu biliknya itu untuk masuk

"Ya, kenapa?"

"Woi! Kau tu yang kenapa? Dah lunch ni..asal tak pergi makan? Nanti sakit akuu juga yang susah.." kata Danial.

Umar melepaskan nafas berat setelah mendengar soalan itu.

"Tak nak lah..tak ada selera.." ringkas darinya.

"Laa dah apahal pula kau ni? Tak habis-habis stressnya. Apa kes kali ni?"

"Entahlah..aku dah tak tau nak buat apa lagi..aku buntu. Apa yang dia nak aku buat untuk dia maafkan aku? Aku dah buat macam-macam tapi, dia still ignore aku.." luah lelaki itu.

"Dia tu baru baik lepas gugur..mesti dia stress. Perempuan lepas keguguran ni boleh meroyan kau tau tak? Buat la apa-apa yang boleh release tension dia tu.." cadang Danial.

Dia terdiam seketika memikirkan tentang apa yang dikatakan oleh Danial itu.

"Haih..tengoklah nanti Danial. Aku fikirkan dulu..aku dah habis cara ni.."

"It's okay bro, take time. Jangan pernah putus asa.." Danial menepuk lembut bahu Umar.

Umar hanya melemparkan senyuman nipis. Dia masih tak tahu apa yang hendak dilakukan lagi untuk memujuk isterinya itu.

*****

"Kau ni biar betul Fiya?! Sanggup kau buat Umar macam tu?! Kau tau kan dia tu suami kau? Berdosa kau layan dia macam tu. Apa kena kau ni?"

Wardah hanya mengeluh perlahan mendengar soalan Safa yang bertubi-tubi itu.

"Salah ke apa yang aku buat? Dia dah sakitkan aku sampai aku hilang anak aku..so, fair la. Aku tak rasa yang apa aku buat tu salah.." katanya tak mahu mengaku kalah.

"Astaghfirullah hal azim Fiya..mana pergi akal kau ni? Memanglah itu salah dia..tapi, dia tak sengaja kan? Kau tak boleh hukum dia sampai macam ni..

"Ingat, bukan kau je yang hilang anak tau..dia pun mesti terkesan sebab itu anak dia juga. Kau tak boleh selfish macam ni Fiya.."

"Haih..aku malaslah nak fikir pasal ni..stress kepala otak aku. Tunggulah reda sikit marah aku ni..tapi, buat masa sekarang..memang aku tak dapat terima semua ni.."

DENDAM CINTA ✧ Where stories live. Discover now