"Kami balik dulu ya..terima kasih lah bagi kitorang tumpang rumah kamu ni.." kata-kata yang keluar dari mulut Puan Madihah.
"Ehh apa cakap macam tu mama ni..rumah ni pun rumah mama ayah juga. Datang je kalau rasa nak datang. Pintu ni sentiasa terbuka..kecuali untuk budak kecik ni la.." balas Umar seraya memandang adiknya.
Umairah mengecilkan matanya tanda protes.
"Awak ni tak habis-habis lagi. Nanti dia tu yang rindu lebih dekat Maira sebab adik awak tu nak sambung belajar dah.."
Umar pantas menggeleng.
"Haih..ada jela kamu ni. Yela kami gerak dulu ya..assalamualaikum."
"Waalaikumussalam..baik-baik drive tu Maira." pesan Wardah.
"Okay kak! Nanti ada masa, adik datang lagi! Bye!!"
Kereta dipandu keluar dari perkarangan rumah itu. Umar dan Wardah pun beransur masuk ke dalam.
"Huh..nasib baik semua okay je..lega rasanya.." Umar merebahkan badannya di sofa.
"Alhamdulillah..haa sekarang ni awak tak boleh rasa lega lagi.."
"Eh kenapa pula? Kan semua dah settle?" Umar mengangkat kepala memandang Wardah.
"Amboii! Awak kena lah tolong saya alih balik barang-barang saya tu masuk dalam bilik saya balik. Mana boleh saya nak buat sorang.." Wardah berkata.
"Oh, tu je? Alaa tu nanti pun boleh..biar jela kat situ dulu.." balasnya.
"Mana adil macam ni..erm yela. Tengahari ni awak nak makan apa?"
Mendengar itu, Umar terus bangun dan mendekati Wardah yang berada tidak jauh darinya.
"Kita makan kat luar nak? Kau tak payah penat-penat masak.."
Wardah mengerutkan dahinya.
"Kenapa? Saya masak tak sedap eh? Sebabtu awak tak nak makan dekat rumah. Tak apalah..nanti saya belajar masak dengan ibu.." katanya pasrah.
"Ehh bukan tu maksud aku..kau ni. Aku tak nak kau penat je..kalau makan luar kan senang? Kau masak seeedap sangat..mana pernah tak sedap..tak payah lah belajar bagai.."
"Erm..yela..nanti lepas zohor kita pergi. Dah tolong ke tepi sikit ya saya nak buat kerja lain.." Wardah bangkit setelah menolak wajah Umar yang berada di depannya tadi.
"Alaa..nak buat apa lagi? Kau ni tak tau penat ke?"
Umar membiarkan Wardah berlalu dari situ. Dia mencapai alat kawalan jauh itu dan mula mencari siaran televisyen.
🌺🌺🌺🌺🌺
"You ni memang tak reti nak fikir idea-idea yang bernas sikit ke? Setiap kali yang buat je mesti fail..bosan i." Danial membentak.
"You cakap senanglah..i sorang je yang fikir semua tu. You tu buat apa? Tunggu success je.."
"Kalau i punya idea, i nak buat dekat Umar, bukan Wardah. Boleh ke?"
Iris menurunkan tangan ke atas meja.
"No! You jangan berani apa-wapakan dia. Mission i ni perempuan tak guna tu..bukan Umar!"
"See? You tu selfish..kalau macam tu, i pun tak nak you apa-apa kan isteri dia."
"Up to me la! You siapa nak halang i? Kalau i benci someone tu, sampai mati pun i akan benci dia."
Danial memutarkan bola matanya.
"Kita hold dulu lah. Nanti-nanti baru cakap pasal ni..malas nak serabutkan kepala i ni.."
YOU ARE READING
DENDAM CINTA ✧
RomanceMengisahkan tentang Wardah Safiyya, seorang gadis berpurdah yang dulunya pernah menolak cinta seorang lelaki semasa di bangku persekolahan. Tahun berganti tahun, mereka bertemu semula dan pertemuan itu membuatkan dendam Umar Haziq kembali menyelebun...