Umar berjalan memasuki perkarangan rumahnya itu bersama Iris. Perempuan yang langsung tidak malu itu memeluk erat pinggang Umar.
Tidak lama kemudian, Wardah dan Uwais pula pulang dari taska. Apa yang dilihat oleh Wardah itu sangat menghancurkan hatinya.
"Astaghfirullah hal azim. A..apa awak buat ni Umar?! Kenapa dia ada dekat dalam rumah kita?" Wardah menyoal Umar apabila melihat Iris yang sedang berada di samping suaminya itu.
"Umi, makcik ni la yang datang taska haritu kan?" Wardah memandang wajah Uwais itu sekilas.
"Aish naik atas sekarang..mandi lepastu solat. Jangan keluar bilik selagi umi tak panggil. Go!" Uwais berlalu dari situ setelah diarah Wardah.
Pandangan Wardah kembali kepada dua figura yang menyakitkan mata itu.
"Umar apa semua ni?! Berdosa tau tak bersentuhan dengan orang yang bukan mahram awak. Awak sedar ke tak ni?!" wajah Wardah hanya dipandang kosong.
"Eh, aku tak ada masa la nak dengar ceramah dari ustazah plastik macam kau ni! Ni rumah aku..so what?" balas Umar selamba.
"Sayang..apa ni? Tak syok la ada orang lain dekat sini.." Iris membuat suara gediknya.
Wardah menggeleng kepala berkali-kali.
"Masya Allah, cik. Cik tak ada maruah diri ke? Cik ni perempuan tau tak..jaga ikhtilat antara lelaki dengan perempuan. Cik peluk tu suami saya tau!" Wardah mula meninggikan suara.
"Hey kau ni bising betul la! Cuba diam sikit mulut tu..memekak je! Jangan cakap macam kau tu malaikat.." Iris mula membetulkan kedudukannya.
"You..i nak balik la. Sakit telinga i duduk sini lama-lama..silap-silap boleh pekak pula nanti. Macam mana lah you boleh hadap dia ni hari-hari..i gerak dulu kay.." pamit Iris sebelum keluar dari rumah itu.
Setelah Iris hilang dari pandangan, Wardah kembali berhadapan dengan Umar.
"Awak sedar tak yang awak ni dah kahwin? Awak tak malu ke dekat Aish? Dia tengok apa yang awak buat tadi. Mana pergi iman awak ni?" Wardah menyambung semula tarbiahnya.
Umar mula bangun dari duduknya dan berdiri di hadapan isterinya.
"Yang kau sibuk nak ambil kisah pasal hidup aku ni dah kenapa?! Kau tu siapa nak atur hidup aku?! Apa yang aku nak buat dekat dalam rumah ni, it's up to me! Kau tak payah nak acah alim depan aku!"
Hembur Umar sambil mengetap giginya.
"Astaghfirullah hal azim! Saya isteri awak Umar! Saya ada hak untuk halang awak buat benda terkutuk tu dalam rumah kita ni..
"Saya kahwin dengan awak sebab saya nak ubah balik awak jadi Umar yang kenal dulu..bukan yang ni.." balas Wardah yang cuba mengawal nada suaranya.
"Kau tak payah nak bazir tenaga kau untuk ubah diri aku ni! Aku jadi macam ni semua berpunca dari kau!
"Aku terima untuk kahwin dengan kau ni pun sebab aku nak balas segala dendam yang terbuku dalam hati aku ni!" ujar Umar yang sudah seperti hilang arah.
"Kalau awak kahwin dengan saya semata-mata untuk balas dendam lama awak tu, lebih baik awak lupakan. Sebab saya pun korbankan masa depan saya untuk awak!"
"Kau ingat aku peduli ke hah?! Pergi mampus dengan pengorbanan kau tu! Sekarang aku dah dapat kau..aku boleh buat apa yang aku suka! Tak ada siapa boleh halang aku.." ujar Umar sambil tersenyum sinis.
"Tolong Umar..respect saya as your wife. Saya sedar salah saya dan saya cuba untuk betulkan balik semuanya.." Wardah berkata separuh rayu.
"Buat apa aku nak respect orang macam kau? Buat apa aku nak jilat balik apa yang aku dah ludah semata-mata untuk kau?!
"Setakat barang second hand macam kau ni..aku tak heran sikit pun la. Entah-antah anak kau tu pun dari hasil yang haram. Anak luar nikah!"
Pang!
Umar memegang pipi kirinya yang telah kenyang makan penampar dari Wardah.
"Awak boleh hina saya! Awak boleh caci dan marah saya ikut suka hati awak! Tapi awak jangan sentuh hal anak saya! Dia bukan macam apa yang awak cakapkan tu!"
Wardah mula mengalirkan air mata. Dia tidak boleh terima apabila sesiapa sebut isu berkaitan Uwais.
"And one more thing. Kalau awak nak tau, Uwais tu bukan anak kandung saya! Dia tu anak angkat je. Saya ambil dari rumah anak yatim sejak dia bayi lagi. Parents dia dah lam meninggal dunia..
"And, saya tak pernah berkahwin sebelum ni. Sekarang, puas hati awak?!" Umar membulatkan biji matanya.
Sungguh dia terkejut apabila mendengar kata-kata Wardah itu.
'A..anak angkat?!'
Umar buntu tak terkeluar sepatah pun perkataan dari mulutnya.
"Kalau awak teruskan cara hidup awak macam ni, saya boleh jamin yang awak takkan dapat rasa kemanisan berumahtangga..
"Buat la kalau awak rasa diri awak tu gilakan nafsu dekat perempuan yang langsung tak ada maruah macam tadi!" ujar Wardah sekuat hati.
"Ey, diam la!" Umar sudah mengangkat tangan kanannya untuk dilekapkan pada pipi Wardah.
Tetapi..
"Baba!!"
Uwais turun dari tangga dengan pantas dan mendekati mereka berdua.
"Kenapa baba nak pukul umi?! Aish tak suka baba pukul umi! Baba jahat! Baba jahat!" ujar Uwais sambil menolak dan memukul badan Umar sehingga dia terdorong kebelakang.
Umar terkedu seperti baru tersedar dari mimpi. Dia melihat ke arah tangannya dan segera menjatuhkan semula tangannya itu.
Wardah menarik Uwais yang sudah teresak-esak itu ke dalam pelukannya. Wardah mengerling wajah Umar yang masih menahan kemarahan itu.
"Lepas ni, buat la apa yang awak suka. Saya dah tak mampu nak tolong awak. Jangan sampai awak menyesal satu hari nanti. Saya minta maaf.."
Wardah membawa Uwais naik ke tingkat atas meninggalkan Umar keseorangan. Dia menghantar pemergian mereka berdua dengan pandangan penuh ketidakpuasan hati.
"Argh!!" Umar menyepak kerusi kecil yang berada di ruang tamu itu. Lantas dia mengambil keputusan untuk keluar dari rumah itu. Sementara.
*****
Wardah termenung lama di beranda biliknya itu. Otaknya serabut memikirkan tentang hal yang terjadi pagi tadi. Dia tak suka berada dalam keadaan itu tetapi dia perlu pertahankan dirinya sendiri dan Uwais.
'Ya Allah..segalanya telah aku cakapkan pada Umar. Cuma satu saja perkara yang belum Umar tau..mudahkan urusan aku dalam menangani masalah dalam rumah tanggaku..' adu Wardah kepada yang Maha Esa.
Lamunannya terhenti apabila kereta milik Umar memasuki perkarangan rumah itu. Dengan pantas, dia menutup jendela biliknya itu dan berlalu ke katil.
Bersambunk..
Ha sudah..
{1 Bab 1 Ilmu}
Semoga bermanfaat 🌺
YOU ARE READING
DENDAM CINTA ✧
RomanceMengisahkan tentang Wardah Safiyya, seorang gadis berpurdah yang dulunya pernah menolak cinta seorang lelaki semasa di bangku persekolahan. Tahun berganti tahun, mereka bertemu semula dan pertemuan itu membuatkan dendam Umar Haziq kembali menyelebun...