3 bulan kemudian..
"Morning!" tersentak Wardah mendengar sapaan itu.
"Eh, selamat pagi. Meh makan.." Wardah menceduk sedikit nasi goreng tomyam yang dimasaknya ke dalam pinggan untuk Umar.
"Erm..sedapnya bauu. Eh..
Umar mendekatkan wajahnya ke arah nasi goreng itu dan tiba-tiba dia rasakan sesuatu. Pantas dia berlari ke singki dapur dan..
Uwerk uwerk
"Ya Allah! Awak kenapa ni?" Wardah mengurut lembut belakang Umar untuk memudahkan dia muntah.
"Erm..entahlah. Aku rasa tak sedap badanlah..baru bau je nasi tu tadi dah termuntah.." balas Umar setelah pili air ditutup.
"Aik? Salah nasi goreng saya tu ke? Erm..tak payahlah pergi kerja harini. Nanti apa-apa jadi kat sana kan susah..awak rehat je kat rumah kay?" Wardah memujuk.
"Erm..mana boleh. Harini aku ada meeting penting yang tak boleh tunda..aku rasa sikit je ni..jangan risaulah.." Umar kembali duduk dan menikmati nasi goreng tadi dengan hanya 3 suap.
Wardah menjadi risau akan keadaan Umar itu tetapi dia hanya berfikiran positif.
"Kalau tak larat sangat, jangan terus balik tau. Minta tolong Danial ke hantar awak balik. Kalau awak yang drive, bahaya nanti. Ingat tuu."
"Iye ingat..aku okaylah. Aku pergi dulu..bye, assalamualaikum.."
Kereta dipandu meninggalkan perkarangan rumahnya walaupun Umar masih rasa tidak selesa dengan keadaannya sekarang.
*****
Tok tok tok
"Encik?"
Safa mencari kelibat Umar di dalam bilik itu namun dia tiada. Kedengaran sesuatu yang aneh dari dalam tandas dan Safa terus pergi mendapatkan Danial untuk membantu.
"Wei kau okay tak ni? Kenapa macam lembik semacam je?" Danial menyoal setelah Umar keluar dari tandas.
"Entahlah..kepala aku ni sakit..tekak aku ni tak habis-habis nak muntah je. Kau tolong ganti aku meeting nanti boleh? Aku rasa aku tak larat lah.."
"Dah tau tak larat, kenapa datang juga? Aku boleh tolong gantikan kau. Ni nak aku hantar balik ke?" Danial menyoal.
"Nanti aku balik sendiri..kau gerak la dulu dengan Safa. Good luck bro.."
Danial dan Safa hanya menurut. Mereka berlalu meninggalkan Umar sendirian sementara Umar memicit-micit kepalanya yang asyik berdenyut itu.
"Adoh apahal dengan aku ni? Erm..nak balik la. Tapi, kena tanya dulu Wardah ada dekat rumah ke tak.." telefon dikeluarkan dan didail nombor isterinya.
"Assalamualaikum.."
'Waalaikumussalam..ya kenapa? Awak dah sihat ke ni?'
"Tak..kau ada dekat rumah ke? Aku rasa aku nak balik lah..tak larat nak kerja harini.." ujarnya lemah.
'Saya ada je dekat rumah ni..saya tak kerja. Saya pergi ambil awak kat sana ya?'
"Eh, tak payah..aku drive sendiri. Tunggu aku balik tau..aku nak gerak terus ni. Okay, assalamualaikum.."
Talian dead. Umar berjalan lemah keluar dari bilik itu dan terus pulang ke rumah.
*****
Umar membuka pintu rumah dan terus menuju ke arah Wardah yang sedang duduk di sofa sambil menonton televisyen. Kepalanya diletakkan di atas peha Wardah itu.
YOU ARE READING
DENDAM CINTA ✧
RomanceMengisahkan tentang Wardah Safiyya, seorang gadis berpurdah yang dulunya pernah menolak cinta seorang lelaki semasa di bangku persekolahan. Tahun berganti tahun, mereka bertemu semula dan pertemuan itu membuatkan dendam Umar Haziq kembali menyelebun...