Bab 58

2.4K 55 0
                                    

Perlahan-lahan Wardah turun dari tangga untuk ke dapur. Otaknya tak habis-habis memikirkan tentang aiskrim yang dibelikan oleh Umar semalam.

Peti ais terus dibuka dan ya, 2 mangkuk aiskrim itu seperti sedang merenung ke arahnya.

Pantas dia mengambil aiskrim perisa coklat mint itu dan tak lupa juga sudu. Dengan hati penuh riang dia berjalan ke ruang tamu dan menjamah makanan kegemarannya itu.

Umar yang melihat gelagat isterinya itu menggeleng perlahan. Tanpa disedari senyuman kecil terukir di bibir.

"Haih..comel betul. Semalam jual mahal sangat. Wardah..Wardah.." dia tidak mahu mengganggu kebahagiaan isterinya jadi dia terus masuk ke dalam bilik.

*****

Puan Asma menghidangkan minuman untuk suaminya yang ralit bermain dengan telefon bimbit. Lantas, dia terus mengambil tempat di sebelah Encik Sufian.

"Bang, esok kan Waiz nak balik dari Jepun tu sebab dah habis belajar. Saya ingat, nak ajak dia pergi rumah kak ngah..lama saya tak jumpa dia. Tak silap saya dah masuk 7 bulan kan dia mengandung.."

"Herm..boleh juga tu. Nanti kita ajak Waiz pergi. Iyalah..sedar tak sedar, saya ni dah nak dapat pangkat tok abah balik..terasa tua sangat kita ni. Hahaha.." Encik Sufian tergelak kecil.

"Ehh abang je yang dah tua. Saya awet muda lagi.." bantahnya.

"Perempuan.."

"Apa abang cakap?! Ish! Malaslah saya layan abang..pergilah main candy crush tu. Baik saya pergi masak.." Puan Asma berangkat ke dapur.

"Aih..tu pun nak merajuk. Apa-apa jela.."

🌺🌺🌺🌺🌺

Wardah sedang sibuk menyapu di ruang tamu itu. Sudah sekian lama termenung, dia terasa bosan tidak buat apa-apa. Tiba-tiba kepalanya terasa sakit lalu penyapu tadi terjatuh ke atas lantai.

"Ya Allah..sakitnya.." Wardah memicit kepalanya.

"Wardah, awak kenapa?" Umar muncul di hadapan Wardah.

"T..tak ada apa.."

"Kepala tu kenapa? Macam sakit je..biar saya tengokkan." Umar sudah cuak.

"Saya cakap..tak ada..ap..

Wardah rebah di situ dan mujurlah Umar sempat menyambutnya.

"Ya Allah! Wardah..bangun Wardah.." Umar menampar lembut pipi Wardah.

Dia mencempung Wardah dan dibaringkan di atas sofa. Telefon pantas dikeluarkan dan nombor Doktor Ayu didail.

"Hello Doktor! Tolong datang rumah saya sekarang."

*****

"Encik jangan risau..ni semua sebabkan pembawakan budak. Isteri encik perlu sangat rehat yang cukup dan makanan yang seimbang. Maklumlah, nak carry 3 orang punya nutrien.." Doktor Ayu berkata.

Umar mengerutkan keningnya. Carry 3 orang punya nutrien?

"M..maksud doktor? Saya tak berapa faham.."

"Puan sedang mengandungkan anak kembar sepasang. Jadi, nutrien pemakanan dia merangkumi the twins and mommynya.." jelas Doktor Ayu sedikit pelik.

'Twins?! Serius ah?! Ya Allah..alhamdulillah..'

"O..oh baru saya faham. Maaf ya doktor.." Umar menggaru lehernya yang tak gatal.

"Tt's okay. Kalau tak ada apa, saya beransur dulu ya? Apa-apa, boleh telefon saya.."

DENDAM CINTA ✧ Where stories live. Discover now