Bab 38

2K 69 8
                                    

Iris menolak kasar pintu bilik pejabat Safa dan membuatkan wanita itu terkejut.

"Eh, cik! Mana boleh main masuk je..cik tak ada buat appointment pun untuk berurusan dengan saya." Safa cuba berlagak tenang.

"I tak ada masa untuk semua tu..yang i nak tau sekarang ni, Umar mana? Dah dua hari i cuba contact dia tapi tak dapat-dapat. Mana dia pergi?"

Iris menarik kerusi di hadapan Safa tanpa meminta izin.

'Haih..sabar jela aku dengan perempuan tiga suku ni..'

"Cik..kan saya dah bagitau, Encik Umar ambil cuti seminggu..dia ada urusan kat luar negara. Bukan ke cik kata nak biarkan dia bahagia dengan isteri dia tu? Then, kenapa tanya lagi?" Safa menduga Iris.

"Hey, you tak payah nak sibuk hal i lah! I tanya mana Umar sekarang, then just tell me kat mana dia! I malas nak dengar you throwback-throwback ni!" Iris membentak.

"Sabar cik..saya tak boleh dedahkan kat mana dia sekarang sebab ni atas arahan Encik Umar sendiri. And, cik Iris tak ada hak untuk paksa saya jawab soalan tu!

"Sebelum saya panggil security, cik nampak kan pintu tu? Sila ya.." Safa mendepakan tangan kanannya menunjuk ke arah pintu.

Iris terus bangun dari duduknya seraya memandang tepat ke arah Safa.

"You jangan ingat, yang you tu PA Umar, you boleh layan i ni macam orang luar! I tau yang Umar tu still in love dengan i! Dia takkan sangkut dengan perempuan tak guna tu! I akan pastikan dia akan hidup merana!"

Gadis itu keluar dan menghempas pintu bilik Safa sebelum menghilangkan diri dari pandangan Safa.

"Ya Allah..ada juga manusia macam dia ni? Kok otaknya tinggal bawah katil sih? Orang tu dah pergi honeymoon..sah-sahla diorang dah berbaik..poor you. Tapi, apa yang dia nak buat dekat Fiya ni? Patut ke apa bagitau dia?"

🌺🌺🌺🌺🌺

Wardah tersenyum sorok di sebalik purdahnya itu. Fikirannya memainkan semula rakaman yang sangat bermakna dalam hidupnya.

FLASHBACK

Mereka tiba di bilik hotel bagi menyiapkan persediaan untuk menunaikan solat. Wardah terlebih dahulu meminta untuk membersihkan dirinya.

Setelah selesai, dia keluar dari bilik air dan kelihatan Umar sedang duduk termenung di beranda bilik itu.

"Awak tak nak mandi dulu? Nanti boleh solat sama-sama.." Wardah mencuba nasib.

"Er..a..aku bukan tak nak solat. Tapi, er..aku lupalah..aku tak reti. Kau jela yang solat.." jujur Umar.

Dia menunduk sambil menggaru lehernya yang tidak gatal.

"Alaa apa guna saya ada? Kita cuba mula balik dari awal..mana boleh awak jadikan lupa as alasan. Dah-dah pergi mandi.." Wardah menolak perlahan badan Umar untuk ke bilik air.

Dia keluar dengan sudah siap berwuduk. Wardah mengajarkan cara menjadi imam dan sekaligus itu menjadi kali pertama Umar mengimamkan solat untuk Wardah.

Walaupun pada mulanya susah bagi Wardah untuk mengubah sikap Umar itu, namun dia tidak berputus asa dan sentiasa berdoa agak Allah memudahkan segala urusannya.

END FLASHBACK

'Alhamdulillah..terima kasih ya Allah! Aku bersyukur sangat sebab Kau dah makbulkan doa yang betul-betul aku harapkan..'

"Wardah!"

Panggilan kuat itu mematikan lamunan Wardah tadi.

"Ya, kenapa?"

DENDAM CINTA ✧ Where stories live. Discover now