"Jadi macam mana Fiya?"
Wardah merenung wajah wanita dihadapannya itu.
'Aku kena tebus salah aku. Insya Allah..semuanya akan okay..' desus hati Wardah.
"Saya..terima lamaran makcik." ringkas padat mampat dari Wardah.
Jelas terpancar pada wajah Puan Madihah cahaya kegembiraan. Wanita itu tersenyum lebar sebelum mengenggam tangan kanan Wardah.
"Terima kasih Fiya..makcik bersyukur sangat. Terima kasih banyak-banyak ya.." ujar Puan Madihah yang hampir mengalirkan air matanya.
"Eh, sama-sama makcik. Insya Allah, saya tak buat pilihan yang salah. Saya dapat jawapan dari istikharah saya. Tapi..Umar tahu pasal ni?" kata Wardah untuk menenangkan Puan Madihah.
"Dia belum tahu lagi. Makcik risau kamu tak terima, jadi makcik tak nak bagitau dia awal-awal. Makcik tak nak dia terluka lagi macam dulu..
"Tapi, lepas ni makcik akan bagitau dia memandangkan kamu dah beri jawapan. Bila makcik boleh jumpa keluarga kamu?"
"Insya Allah..kalau Umar pun terima, saya akan bagitau keluarga saya. Nanti biarlah mereka yang tetapkan tarikh untuk makcik datang ya." ujar Wardah lembut.
"Apa-apa kamu call makcik semula. Pasal Umar tu, makcik akan pastikan yang dia akan terima.."
Dia tersenyum nipis di sebalik purdahnya.
"Tapi makcik..sebelum itu, ada benda yang makcik perlu tau pasal anak saya..Uwais." kata-kata Wardah itu membuatkan wajah tua itu berkerut.
"Apa dia?"
Tarik nafas..
"Sebenarnya..
FLASHBACK 2 TAHUN LEPAS
"Alhamdulillah..berjaya dah kak ngah buka taska tu. Ibu bangga sangat!" ujar Puan Asma kepada Wardah.
"Alhamdulillah bu..tercapai juga impian kak ngah..berkat doa ibu dengan abah juga. Erm ibu, kak ngah nak cakap sikit boleh?"
"Nak cakap apa tu?" soal ibunya kehairanan.
"Er..sebenarnya..kak ngah nak ambil anak angkat. Tapi ibu jangan risau..kak ngah tak ambil dia direct dari parents dia. Kak ngah nak ambil dekat rumah anak anak yatim. Boleh ya ibu?" lemah lembut Wardah berkata.
Puan Asma berfikir sejenak.
"Dari ambil anak angkat, baik kamu kahwin. Ada anak sendiri, laaagi bagus.." kata Puan Asma sambil tersenyum lebar.
Wardah mengerutkan dahinya apabila mendengar kata-kata Puan Asma itu.
"Ish ibu ni..tak nak la! Kak ngah muda lagi..tak ada masa nak fikir pasal kahwin. Kak ngah cuma nak kan anak. Boleh la ibu..kak ngah nak ambil anak angkat tu..please.."
Pujuk rayu Wardah itu membuatkan hati ibunya hiba. Puan Asma terdiam lama untuk memikirkan hal itu.
"Haih..kalau itu yang kamu nak, ibu ikut je. Boleh ibu dapat cucu express..hahaha. Settlekan semua urusan ambil anak angkat tu..dah siap, ibu nak tengok cucu ibu."
"Okay ibu! Terima kasih!" seraya itu dia mendakap tubuh badan ibunya.
END FLASHBACK
Mulut Puan Madihah hampir terbuka dek kerana terkejut dengan apa yang dikatakan oleh Wardah tadi
"Jadi kamu..tak pernah berkahwin sebelum ni? Yang..Uwais cakap haritu?" tanya wanita itu kebingungan.
"Ya, saya tak pernah berkahwin sebelum ni. Uwais anak yatim piatu..ayahnya meninggal dunia masa dia belum lahir lagi sebab kemalangan..
YOU ARE READING
DENDAM CINTA ✧
RomanceMengisahkan tentang Wardah Safiyya, seorang gadis berpurdah yang dulunya pernah menolak cinta seorang lelaki semasa di bangku persekolahan. Tahun berganti tahun, mereka bertemu semula dan pertemuan itu membuatkan dendam Umar Haziq kembali menyelebun...