Umar pulang ke rumahnya setelah seharian bekerja. Tetapi, dia rasakan ada sesuatu yang tidak kena kerana..
Kebiasaannya, apabila dia melangkah saja ke dalam rumah itu sudah pasti Wardah akan datang menjemputnya di muka pintu. Tapi..tidak pada hari itu..
"Eh, apahal sunyi je rumah ni? Mana semua orang?"
"Wardah! Wardah!" Umar memanggil tetapi tiada sahutan.
Umar bangun dan menuju ke dapur untuk mencari Wardah. Setelah itu dia naik pula ke tingkat atas tetapi hampa..
"Haih..diorang ni dah lari ke? Baru marah sikit dah merajuk..mengada-ngada betul.." omel Umar sendirian.
Tiba-tiba..
Telefonnya berdering. Dengan pantas Umar mencapai telefonnya dan melihat nama pemanggilnya.
"Wardah.."
"Hey korang ni dekat mana?! Tak reti nak balik ke?!" herdik Umar.
'Assalamualaikum.'
Umar mendecit.
"Jawab soalan aku."
'Sa..saya ada dekat hospital ni..' Wardah menjawab dengan suara yang terketar-ketar.
Umar membulatkan matanya seraya menukar kedudukan telefonnya ke telinga sebelah kanan.
"Apa kau buat dekat sana? Siapa pula yang sakit ni?"
'A..Aish. D..dia pengsan dekat taska tadi..saya terus bawa dia pergi hospital. Doktor cakap ada something kat kepala Aish tapi tak dapat detect lagi apa benda tu..
'Diorang masih lagi usaha untuk identify penyakit Aish. And sekarang Aish still tak sedar lagi..'
Umar berkerut dahi mendengar segala penjelasan Wardah itu.
"Haih..apa lagi yang anak kau tu buat? Aduh..habistu macam mana ni? Aku penat la baru balik kerja.."
'Tak apa..saya handle sendiri..pandai la saya uruskan. Awak makan la dekat luar ye..maaf sebab bagitau lambat..'
"Heh, suka hati kau la." Umar mematikan talian.
Umar termenung seketika. Tiba-tiba hilang segala rasa penatnya tadi. Dia mengambil kunci kereta dan terus menuju ke pintu utama rumah itu.
🌺🌺🌺🌺🌺
Wardah dari tadi tak henti-henti mengalir air mata sambil terduduk membisu di sisi Uwais.
Dia sangat terkesan dengan sikap Umar yang langsung tidak mengambil berat atas hal itu.'Ya Allah..ampunkan dosaku..aku terima ujian yang Engkau berikan kepadaKu dengan rela hati ya Rabbm Kau sembuhkanlah anakku dari segala penyakit..aku mohon kepadaMu Ya Allah..aamiin ya Allah ya Mujib..'
Wajah pucat lesi Uwais di tenungnya. Runtuh hatinya melihat insan kesayangannya itu terlantar sakit.
"Ya Allah..aku insanmu yang lemah ya Allah..aku tak sanggup lihat anak aku macam ni.." rintih Wardah.
Tiba-tiba..
Pintu bilik itu dibuka dari luar.
"Puan, boleh saya nak cakap sikit?" ujar seorang lelaki berbaju kot putih itu.
Wardah menggangguk sebelum mengikuti langkah doktor itu. Mereka tiba di satu bilik yang tertera nama Doktor Zaim.
"Ya doktor..macam mana dengan anak saya?" soal Wardah setelah masuk ke dalam bilik itu.
"Macam ni puan, sebelum saya cakap apa-apa, saya nak minta maaf kat puan dan diharap puan banyakkan bersabar dan berdoa ya..
Wardah mengerutkan dahi.
YOU ARE READING
DENDAM CINTA ✧
عاطفيةMengisahkan tentang Wardah Safiyya, seorang gadis berpurdah yang dulunya pernah menolak cinta seorang lelaki semasa di bangku persekolahan. Tahun berganti tahun, mereka bertemu semula dan pertemuan itu membuatkan dendam Umar Haziq kembali menyelebun...