Bab 1

8.2K 154 2
                                    

"Dee! Cepat la sikit. Nanti kita lambat la!" tempik Wardah Safiyya dari ruang tamu.

"Yela makcik. Dah siap ni. Jom gerak." kata Safa Radhiyah yang akhirnya keluar dari biliknya itu.

"Makcik kau panggil aku?! Kurang asam betul!" balas Wardah seraya mencapai kunci keretanya.

*****

"Nasib baik tak lambat. Lain kali jangan tidur lepas subuh..kan dah terlajak." kata Wardah setelah tiba di kafe universiti itu.

"Haih kau ni Fiya..tak habis-habis bebel dari dalam kereta tadi. Yee sorry..janji lain kali tak buat lagi."

Wardah menghela nafas berat.

"Aku bebel untuk kebaikan kau juga. Aku pun tak nak bazirkan air liur aku dekat kau ni. Kalau aku..."

Kata-kata Wardah terhenti apabila Safa menekup mulutnya. Wardah memerhatikan wajah Safa yang seperti ingin memberitahu sesuatu.

"Ish apa kau ni Dee?! Kau pahal?" soal Wardah setelah menolak tangan Safa pada mulutnya.

"Diam la Fiya. Cuba kau tengok belakang kau tu."

Wardah menoleh ke belakang untuk melihat apa yang ditunjukkan oleh Safa.

"Kenapa?" tanya Wardah yang masih tak faham apa yang hendak disampaikan oleh Safa.

Safa menepuk dahinya.

"Astaghfirullah hal azim Fiya. Lambat juga kau ni. Tu ha! Aku tak pernah nampak lelaki tu. Student baru agaknya. Handsome weh.tergugat iman aku." terang Safa sambil buat muka teruja.

Wardah tidak menoleh semula ke belakang. Tetapi dia menepuk lembut tangan Safa.

"Hey kau ni! Aku ingatkan apa tadi. Jaga sikit pandangan tu Dee..jangan lupa kau tu perempuan." Wardah menasihati rakannya itu.

"Yela sorry. Aku just terkejut and teruja ada student baru kat uni kita ni. Dah la handsome..aku pasti ramai perempuan yang gilakan dia nanti."

"Haih..biar la dorang tu. Jangan kita yang buat macam tu. Benda tu menampakkan betapa murahnya maruah kita as perempuan."

Safa tertunduk mendengar kata-kata Wardah. Memang tak dapat dinafikan bahawa apa yang dikatakan itu benar belaka.

"Okay Fiya..erm jom la kita masuk kelas. Lagi 10 minit nak start." ajak Safa.

"Okay jom."

*****

-Umar Haziq POV-

'Haih malunya..dah la tak tahu kat mana kelas aku kat mana. Nak tanya pun segan..'

Umar merintih di dalam hati sambil berjalan mencari arah tujunya. Hatinya tak berhenti berdoa agar urusannya dipermudahkan Allah.

Dia berhenti di sebuah kafe yang berdekatan setelah penat berjalan. Telefon pintarnya dikeluarkan dari dalam beg sandang untuk melihat jadual kelasnya.

'Ramai juga orang kat kafe ni..tapi macam mana nak tanya ni? Perempuan pula tu yang ada. Aku dah macam lalat je kat sini.' Umar bermain kata dengan hatinya.

Tiba-tiba dia terpandang ke arah dua orang perempuan yang sedang memandang tepat kearahnya. Umar terkedu seketika melihat mereka.

Dengan pantas salah seorang dari mereka memalingkan semula mukanya menghadap yang satu lagi.

'Eh teruk sangat ke muka aku ni? Dah kenapa dia pandang aku lepastu toleh balik? Tapi dia tu..berpurdah? Setahu aku ni bukan uni islam..tapi ada lah bidang agama. Hurm..eh!.'

Umar baru perasan yang dia sudah lama merenung kearah mereka berdua tadi. Dia menundukkan kepalanya untuk menutup malu.

Melihat melalui ekor mata, kelihatan kedua gadis itu bangun dan berlalu dari kafe itu. Umar sudah tak keruan. Dia tidak tahu apa yang perlu dilakukan, jadi dia bangun dan berjalan mengikuti mereka.

🌺🌺🌺🌺🌺

"Fiya, aku nak pergi toilet sekejap. Kau naik la dulu..jaga tempat aku ya. Jumpa nanti!" kata Safa sebelum berjalan meninggalkan Wardah yang terpinga-pinga.

"Eh? Tunggu..aku. Eish Dee ni! Terpaksa lah aku jalan sorang-sorang." ujar Wardah seraya membuka langkah kearah kelasnya.

*****

"Fuh lega..nasib sempat sebelum kelas start." kata Safa apabila keluar dari tandas.

Tiba-tiba..

'Eh ni mamat tadi! Dah kenapa dia duduk depan tandas ni? Masya Allah, dia ni pervert ke?!'

Lelaki itu mendekati Safa dan secara automatik, dia turut melangkah ke belakang.

"Eh maaf. Saya Umar, student baru kat sini. Saya bukan nak apa apakan awak. Cuma nak tanya, kat mana kelas ni ya?" Umar mula bertanya sambil menunjukkan telefon pintarnya pada Safa.

"Ohh ma..maaf saya ingatkan apa tadi. Hurm..ni kelas saya ni. J..jom la kita pergi sekali. Tapi, awak jalan dulu..saya tunjukkan jalan."

Safa yang terketar-ketar berkata perlahan sambil menunjukkan arah yang ingin mereka tuju.

Umar menghela nafas lega kerana dia sudah jumpa apa yang dia cari dari tadi. Dia mengikut arahan Safa sehinggalah mereka tiba di satu pintu dewan yang besar.

"Haa ni la kelas kita..jom masuk." Umar hanya tersenyum dan mengangguk kepalanya perlahan.

Pintu dibuka. Mata tertumpu kepada dua figura dihadapan pintu besar itu. Satu figura yang sangat sebati dengan jiwa mereka. Tetapi satu lagi..membuat mereka yang ada didalam dewan itu terpaku.

"Okay cun! Lecturer tak masuk lagi..awak naik la ambil tempat. Saya naik dulu ya." pamit Safa sebelum menaiki tangga untuk ke tempat duduknya.

Umar hanya melihat sekeliling dan menundukkan kepalanya sambil mencari satu tempat yang boleh didudukinya. Dan..ada di hujung dewan itu sebuah meja yang tidak jauh dari situ.

'Nasib baik ada tempat. Tak, yang semua kat sini tak habis-habis tenung muka aku ni dah kenapa? Seganlah aku..' kata Umar didalam hati.

Semasa berjalan ke atas, Umar melintasi seseorang yang dilihatnya seketika tadi. Tetapi, hampa apabila 'seseorang' itu langsung tidak berpaling ke arahnya.

Wardah mengalihkan pandangan ke arah buku diatas mejanya itu apabila terasa sepeti ada mata yang melihatnya.

'Ya Allah! Kenapa dia boleh sama course dengan aku ni? Janganlah dia perasan pasal tadi..' Wardah merintih di dalam hati.

Pensyarah yang ditunggu-tunggu telah pun tiba dan kelas berjalan seperti biasa.

*****

"Hey bro? Nama kau siapa? Aku Dan, Danial Asyraf."

"Er a..aku Umar Haziq. Panggil Umar je." mereka berdua berjabat tangan.

"Oh Umar. Ha jom la kita lunch sama-sama. Mulai harini aku kawan baik kau. Jom-jom."

Kemesraan Danial membuatkan Umar selesa dengannya walaupun cara dia bercakap macam sudah kenal setahun lamanya. Tanpa berlengah, mereka berjalan menuju ke kafe untuk makan tengah hari.

Bersambung....

Amacam? Kalau suka silalah buat apa yang patut. 💖

{1 Bab 1 Ilmu}

Semoga bermanfaat 🌺

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Semoga bermanfaat 🌺

DENDAM CINTA ✧ Where stories live. Discover now