Jadi.. Hari ini..
Satu lagi hari untuk aku tempuhi..
Tanpa aku duga.. Setelah sekian lama satu notification yang sudah lama tidak pop up.. And today.. I look into my phone.. Sometimes i just curious.. This path that I choose.. Is this really the right paht.. Or the wrong path that lead to the right way.. I don't care which path that Allah has decided for me.. I believe it will be the best for all.."Is there any love to human that will make our love to Allah.. Increase??" I asked.
"Cintailah Rasulullah SAW.. Bacalah sirah baginda.. Contohi akhlak baginda.. Moga terbalas dengan kebahagiaan dan ketenangan.." his answer really make me feel like I wanna crying.
Seperti biasa dia adalah seseorang yang mampu memberi atau meninggalkan satu kesan dalam hati aku. Aku tidak tahu, kadang aku buntu kadang aku tertanya, apakah yang Allah nak aku belajar daripadanya?
"Kau termenung apa tu?" Tanya Safwa
Suria menggaru kepalanya yang tidak gatal. "Aku tengah throwback chat aku dengan Rayyan ni.."
Lama Safwa memandang Suria, "Kau tak move on lagi ke?" Tanya Safwa ringkas namun mampu mematikan senyuman lebar di bibir Suria.
Suria tidak menjawab malah lebih suka mendiamkan diri apabila ditanya soalan yang sebegitu.
Bukan dia tidak mahu orang lain mengetahui apa isi hatinya yang sebenar namun baginya biarlah hanya dia dan Allah yang mengetahui apakah yang sebenarnya hatinya rasa.
"Suya, kau ni suka termenung kan, orang nak bayar tu," Teguran Safwa menyentakkan lamunan Suria.
Baru berumur 16 tahun tapi kehidupan Suria tidak ubah seperti seseorang yang telah banyak makan garam.
Pelbagai perkara yang telah dia lalui di sepanjng kehidupannya dan kebanyakannya dia berjaya lalui semua itu dengan tenang kecuali satu hal itu iaitu cinta.
Benar, Suria masih belum menang dalam melawan perasaannya sendiri. Dia buntu, sudah tidak tahu apa yang perlu dia lakukan.
Kemunculan lelaki itu dalam hidupnya bukanlah sesuatu yang dia jangka. Langsung tidak ada dalam fikirannya bahawa dia akan kenal dengan lelaki itu, perkenalannya dengan lelaki itu memberi kesan yang sangat mendalam dalam kehidupannya.
"Eh, Suya tahu tak nanti ada persembahan dari kumpulan Yusran?" Mata Suria bersinar-sinar. Dia sangat meminati kumpulan itu, bukan kerana suara mereka yang mampu mendebarkan jiwa perempuan-perempuan yang mendengarnya tapi disebabkan seorang lelaki yang berada di dalam kumpulan itu.
"Haa sudah, sengih sorang2 tu teringat Hamez laa tu," Safwa menjangka hatiku.
Tidak pula Suria menyangka, usikan Safwa itu akan menjadikan senyuman di bibir Suria makin lebar.
Kadang dia merasakan ingin tertawa sehabisnya apabila kawan-kawannya mengenakan dia dengan Hamez, walhal dia tidak mempunyai apa-apa rasa terhadap lelaki itu. Lucu!!
"Safwa bila? Nak tengok.. Dah lama craving nak dengar nasyid Yusran ni.." Suria membuat senyuman nakal.
"Kau ni nak tengok Yusran ke nak tengok sape?" Tanya Safwa curious barangkali.
"Apoo.. Nak dengar diorang nasyid laa dowh," Suria berkata sambil tersengih-sengih seperti kerang busuk.
"Nanti diorang buat persembahan masa anual dinner MPP," Terang Safwa.
Suria mengeluh kecil, "Herm, MPP MPP MPP haih, macam takde benda lain, serabut laa MPP ni," Omel Suria sendirian, nasib tidak didengari Safwa.
Takut juga andai didengari Safwa kerana dia juga merupakan sesorang MPP.
Jam yang hampir menunjukkan pukul 12.30 tengah hari dipandang.
"Safwa jom ah tutup koop, nak gi makan pulak nanti," Safwa hanya mengangguk kecil dan membantu Suria mengemas barang2 dia dalam koop.
"Thanks tau Safwa, teman aku jaga koop hari ni," Kata Suria pada Safwa apabila mereka berjalan bersama-sama menuju ke arah aspuri.
"Bereh, no hal la, bukan ada kerja pun hari ini," Jawab Safwa sambil tersenyum memandang Suria.
Mereka berjalan menuju ke arah dewan makan, memandangkan perut mereka sudah mula berbunyi menyanyikan lagu seolah meminta untuk diisi.
🌷🌷🌷🌷🌷
Macam mana setakat ni, ada peluang tak untuk cerita ni jadi best haaa.. Thanks pada yang membaca.. Teruskan membaca untuk cerita yang bakal mengusik jiwaa.. Vote okeyhh love you guys
Ceyhh🤣🤣
KAMU SEDANG MEMBACA
Coretan Cinta Terindah
RandomKejadian yang berlaku dalam hidupnya membuatkan dia begitu membenci lelaki. Namun tiada yang tahu, jauh di sudut hatinya, dia mengharapkan ada seorang lelaki yang akan membuatkan dia kembali kepada cinta. "Lelaki hanya tahu menyakiti, muktamad!!"...