BAB 13

293 22 0
                                    

Chaewon p.o.v

    Pintu yang diketuk berkali-kali itu memaksa chaewon meninggalkan dapurnya sebentar. Sempat api ditutup sebelum dia ke depan dan membuka pintu rumahnya. Ada seorang wanita elegan di depan rumahnya. Tak pernah pula dia nampak perempuan ni..

   " Kamu Kim chaewon?" Tanya perempuan itu sebelum membuka cermin mata hitamnya. Chaewon membuka pintunya dengan lebih besar sebelum mengangguk.

   " Ya, saya. Kenapa puan cari saya?" Dahi chaewon berkerut melihat perempuan itu. Kawan omma ke? Atau mak mina unnie?

   " Saya mak felix. Lee felix. Kamu mesti kenal dia.. Boleh saya masuk?" Balas perempuan itu. Sebaik sahaja mendengar nama felix, chaewon terkaku sekejap sebelum tersedar dan menjemput Puan Lee masuk.

   " Maaflah rumah saya tak berapa besar. Saya buat air kejap ye puan.." Chaewon menghilangkan diri ke dapur. Puan Lee memerhati sekeliling rumah chaewon sebelum terpandang satu figura kecil yang sedang tidur di sebuah tilam kecil. Sayu hatinya melihat ryujin. Dahlah membesar tanpa kasih sayang ayah, ayahnya pun tak dikenali.

   " Puan.." Suara chaewon menyedarkan dia dari angannya. Dia mengelap air matanya yang hampir mengalir sebelum memendang chaewon yang menuang air teh ke dalam sebuah cawan.

   " Chaewon, saya nak cakap dengan kamu kejap. Sila duduk..." Arah puan lee. Chaewon hanya mengikut arahan puan lee.

   " Saya datang bukan hanya untuk melawat kamu. Saya datang ni untuk pinang kamu. Maaf kalau kedatangan saya ni menyusahkan kamu. Anak saya asyik paksa untuk datang dan cakap kat kamu hajat dia. Malu dia nak menghadap kamu lepas semua ni terjadi." Terang puan lee. Chaewon sebenarnya dah dapat mengagak sebab puan lee datang ke sini. Saja buat tak tahu..

   " Puan pinang saya untuk siapa ye?" Tanya chaewon pura-pura tak tahu. Sedangkan dia dah tau felix tu satu-satunya anak puan lee. Takkan nak pinang utuk cousin felix pula, kan? 

   " Panggil je omma, chaewon. Tak payah berpuan-puan sangat. Mestilah saya pinang kamu untuk felix. Takkanlah untuk suami saya.. Kamu ni.. Kamu okey ke? Saya rasa kesian tengok ryujin tu.. Bila kecil lagi memanglah takde sesiapa ejek dia. Nanti kalau dia dah besar, semua kata dia anak yatim, takde ayah dan sebagainya.. Kalau boleh ulangkan balik masa, saya memang dah jaga si felix tu baik-baik. Macam manalah dia boleh liar sangat kat korea ni? Haih.." Puan lee membebel satu persatu tapi tak semua masuk ke telinga chaewon. Dia leka memandang ryujin yang masih tidur.

   " Saya okey puan.. Ops, sorry.. Omma.. Lagipun ryujin okey juga dengan felix." Kata chaewon perlahan. Dia buat ni semua untuk ryujin. Jangan ingat dia dah maafkan felix. Selagi hati dia masih tak maafkan, selagi itulah dia takkan maafkan.

   " Bagulah kalau macam tu, bolehlah saya tidur lena malam ni. Setiap hari asyik berfikir pasal kamu je.. Chae, kalau kamu free nanti kamu call saya. Ni nombor saya. Nanti kita bincang pasal perkahwinan kamu dengan felix.." Kata puan lee. Dia menghulurkan satu kad yang tertulis nombor telefonnya sebelum meminta diri. Chaewon nampak felix yang menunggu ibunya dalam kereta. Dia tersenyum kecil pada puan lee sebelum menutup pintu semula. Dia mengeluh perlahan sebelum menuju ke dapur semula.

----------

Minju p.o.v

    " Siapa unnie?" Tanya minju sebaik sahaja melihat tzuyu membuka pintu rumahnya. Seorang wanita muda berdiri di depan pintu rumah membuatkan dia berkerut. Tak pernah pula dia nampak perempuan ni.

  " Unnie cari siapa?" Tanya minju perlahan sebelum mengelap tangannya di kain dapur. Perempuan itu membuka cermin mata sebelum merenung tzuyu dan minju serentak.

   " Saya Suzy. Kakak minho. Bolah saya bercakap sekejap dengan kim minju?" Kata perempuan itu perlahan. Minju mendekati pintu sebelum bebisik sesuatu pada telinga tzuyu. Tzuyu kembali semula ke dapur.

  " Saya kim minju. Silakan masuk.." Suzy tersenyum dan masuk sebelum duduk di sebuah sofa. Dia dapat rasa tiba-tiba seseorang memegang kakinya. Dia hampir terjerit sebelum melihat ke kakinya. Daa seorang bayi perempuan. Mesti anak minju.

   " Jisu! Hei! Sorry, unnie.. Dia ni aktif sikit.." Minju mengambil jisu dan mendukungnya sebelum dia duduk di sebelah suzy. Senyuman dilemparkan. Suzy melihat minju yang menghulurkan sekeping biskut pada jisu sebelum dia memandang ke suzy semula.

   " Jadi, apa yang unnie nak cakap sampai jumpa saya kat rumah saya?" Tanya minju selepas membuka televisyen untuk jisu. Matanya memandang suzy. Cantik..

  " Oh.. saya nak pinang kamu untuk minho. Dia minta saya datang ke sini semalam. Ingat nak ke universiti kamu je, tapi.. disebabkan hari ni cuti, jadi mungkin kamu ada kat rumah lah, nasib memang ada. Risau juga kalau pergi jalan-jalan.." Terang suzy tenang. Minju terkejut mendengar tujuan kedatangan suzy ke rumahnya. Dia terdiam sebentar sebelum memandang jisu.

   " Kita bercakap pasal Lee minho a.k.a lee know kan?" Tanya minju perlahan. Risau kalau orang lain yang dimaksudkan oleh suzy. Suzy mengangguk dan minju terus mengeluh. Matanya masih memandang jisu. Aduhai, jisu kenapa muka kamu macam ayah kamu lebih dari ibu kamu? Ini tidak adil sayang..

  " Kalau saya tak bagi jawapan sekarang, boleh? Saya kena fikir dulu.." Jawab minju tenang. Suzy mengangguk sebelum meminta diri. Dia bawa kereta sendiri. Minju mengeluh sebelum menutup pintu rumahnya. Muka tzuyu yang melihat di dapur akan memaksa dia menceritakan tujuan suzy datang ke rumahnya.

 Muka tzuyu yang melihat di dapur akan memaksa dia menceritakan tujuan suzy datang ke rumahnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
I'M SORRY FOR HURTING YOU..Where stories live. Discover now