BAB 44

170 18 0
                                    

Chaeyeon p.o.v

   " Omma?" Lamunan chaeyeon terhenti melihat chaeryeong di pintu masuk dapur. Muka si anak berkerut melihatnya.

   " Omma okey ke? Kenapa muka omma pucat? Omma tak sihat ke?" Chaeyeon menggelengkan kepala tanda tak apa-apa. Nasi goreng yang sudah selesai dimasak diletakkan dalam mangkuk besar sebelum diletakkan di meja makan. Chaeryeong seperti biasa mencapai teko dan membancuh kopi untuk Han dan milo untuknya dan jihoon. Memang dia dah diajar oleh appa sejak kecil membantu di dapur.

    " Omma okey je. Adik dah bangun ke?" Soal chaeyeon balik. Chaeryeong menggeleng. Adik memng liat nak bangun. Kalau kakak dengan ayah dia pujuk, memang tak jaga dia. Dia tunggu chaeyeon juga yang mengejutkannya. Chaeyeon naik ke tingkat 2 rumah itu sebelum memasuki bilik jihoon. Anak bongsunya itu masih terbaring di atas katil. Dibuai mimpi yang tak tahu indah ke tidak tu.

    " Hoon, bangun sayang.. Nak pergi sekolah ni. Nanti lambat karang cikgu sakura marah nanti.." Chaeyeon menggoyangkan badan anaknya. Perlahan-lahan anak lelakinya membuka mata. Dia tersenyum melihat chaeyeon dan memeluknya erat.

    " Omma, kenapa muka omma merah ni? Omma tak sihat ke? Badan omma pun nampak kurus je.." Soal Jihoon melihat ibunya. Chaeyeon hanya menggeleng. Dia mengambil baju tadika anaknya bersama tuala sebelum suruh dia mandi sendiri. Nasib anaknya tak banyak soal. Apabila jihoon sudah masuk ke dalam bilik air, chaeyeon terbatuk-batuk. Dia menekup mulut dan terkejut melihat darah yang keluar apabila di terbatuk-batuk. Pantas darah itu dilap. Dia tak nak buat sesiapa risau.

     " Hoon, omma turun dulu ye. Dah siap mandi nanti terus turun bawah. Sarapan dulu sebelum pergi sekolah!" Arah chaeyeon. Jihoon hanya menjawab 'ya' sambil dia mandi. Chaeyeon keluar dari bilik jihoon dan terus menuju ke bawah namun di pertengahan tangga kepalanya tiba-tiba berdenyut. Hampir terjatuh sebelum ditangkap oleh Han.

   " Yeon okey ke? Kenapa ni?" Soal Han risau. Chaeyeon hanya mengangguk-angguk sebelum meneruskan perjalanan ke dapur. Han memandang isterinya dengan pandangan risau namun dia hanya berfikir bahawa chaeyeon sedikit penat akibat kerja.

Han p.o.v

   " Boleh hulurkan appa jem tak chaery?" Han mengambil jem anggur yang dihulurkan anak sulungnya itu. Jihoon masih di atas sedang mandi. Chaeyeon di dapur sedang mengemas. Berapa kali mereka mendengar chaeyeon terbatuk-batuk.

    " Omma kenapa appa? Macam sakit teruk je..." Soal Chaeryeong pelik. Han hanya mengangkat bahu tanda tak tahu. Mereka meneruskan makan sehingga jihoon turun ke bawah. Dia mengambil tempat sebelah chaeryeong dan terus mencapai pinggan yang dah diisi nasi goreng. Chaeryeong dan Han tersenyum melihat jihoon yang kelaparan menikmati makanannya. 

    Selesai mereka semua sarapan, chareyeong dan jihoon membawa bekal nasi goreng yang dimasak chaeyeon. Han ke dapur untuk melihat keadaan chaeyeon.

   " Yeon, hari ni tak payah pergi office. Nanti kerja office Lee Company abang uruskan. Yeon rehat kat rumah okey? Abang nak hantar chaery dengan hoon. Lepas tu abang terus pergi kerja. Kalau ada apa-apa, telefon je abang okey? Abang pergi dulu." Kata Han. Chaeyeon menyalam tangan sang suami sebelum cuba tersenyum. Mukanya sangat pucat sehingga membuatkan suaminya takut meninggalkan dia di rumah.

    " Jalan baik-baik abang. Jangan nak pecut laju-laju." Sempat chaeyeon nasihat. Han hanya mengangguk sebelum masuk ke dalam kereta bersama-sama anak-anak. Chaeyeon memandang kereta itu sehingga dia menghilang menuju ke tadika jihoon terlebih dahulu.

Chaeyeon p.o.v

    Kepalanya makin berdenyut-denyut apabila dia start mengemas kawasan rumahnya. Dadanya pun rasa sakit semacam. Tak macam biasa. Namun dia mempedulikan kesakitan itu dan terus sambung mengemas sehinggalah dia rasa betul-betul sakit. Ketika itu dia berada di tingkat dua rumah. Chaeyeon terduduk dan terus rebah tak sedarkan diri di situ keseorangan.

I'M SORRY FOR HURTING YOU..Where stories live. Discover now