BAB 36

193 16 1
                                    

Yujin p.o.v

    " Gyu tolong ambikkan tepung gandum kat sana boleh? Ambil dua je." Arah yujin. Beomgyu mengangguk sebelum mengambil dua pek tepung gandum. Yuna yang tadi mencari air kembali dengan empat tin pepsi. Walaupun mereka hanya shopping bertiga, ayah tetap tak dilupakan.

    " Omma, yun nak tolong omma masak hari ni boleh? Yun tak pernah tolong omma masak." Tanya Yuna memandang sang ibu yang leka memilih sayur-sayuran. Yujin memandang yuna sebelum tersenyum manis. 

    " Gyu pun nak tolong! Kita buat kari hari ni! Okey omma?" Sampuk Beomgyu yang tiba bersama dua pek tepung gandum. 

   " Boleh sayang. Dua-dua pun boleh tolong omma. Nanti kita masak sama-sama ye.." Balas yujin. Pek lobak diambil dan diletakkan di dalam troli. Secara tiba-tiba, seseorang menyentuh bahunya dan membuatkan dia sedikit terkejut. Hampir je dia nak menjerit. Dia memndang belakang dan terkejut melihat siapa yang berdiri di belakangnya ketika itu.

    " YEOJIN! Lamanya tak jumpa!! Kau sihat tak? Makin cantiklah kau ni!" Yeojin tersenyum sebelum memeluk yujin. Kawan lama tak jumpalah katakan. Mereka meleraikan pelukan beberapa minit selepas itu. Mata yeojin memandang yuna.

    " Yuna.. Kamu dah besar dah.. Dulu, masa kali terakhir auntie jumpa kamu, kecik je lagi tau. Adik kamu pun takde lagi.." Rambut yuna diusap lembut. Yuna tersenyum manis apabila kepalanya diusap lembut. Beomgyu juga tersenyum apabila yeojin memandangnya.

   " Seorang je ke yeojin? Kau ni dah tahu mengandung, datang seorang diri. Apalah.." Belum sempat habis yujin membebel, yeojin meletakkan jari telunjuknya di bibir yujin menyuruh dia senyap. Dia melambai seseorang di belakang yujin yang membuatkan yujin pelik. Lagi pelik apabila lelaki tak dikenali mendekati mereka.

    " Perkenalkan ni Eric. Suami aku. Nama panjang dia Son Youngjae. Chagi.. Ini kawan uni yeojin dulu. Yujin. Ahn.. Eh salah. Kim Yujin. Dialah yang yeojin cerita selalu buat masalah kat uni. Kadang-kadang bergegar bilik kuliah bila dia tak siap assignment dia. Ni pula Kim Yuna dan Kim Beomgyu. Anak dia." Lelaki bernama eric tu tersenyum manis pada yujin sebelum memandang yuna dan beomgyu.

   " Anneyounghaseyo ahjussi. Jeonun Kim Yuna imnida. Ini adik yuna, Kim Beomgyu. Appa takde hari ni. Appa kerja sibuk. Nama appa Kim Seungmin." Ucap gadis kecil itu sambil memegang tangan yujin. Eric seperti teringat sesuatu mengangguk dengan senyuman.

   " Jadi, betullah kamu Ahn yujin. Perempuan yang selalu seungmin sebut. Oh, saya kawan seungmin masa dia kat Sydney dulu. Pernah tanya kat dia kenapa dia belajar kat Sydney sedangkan dia asal korea. Dia cakap semua kerana Ahn yujin. Gadis yang dia dah sakiti." Terang Eric. Yeojin di sebelah yang memegang lengan Eric hanya tersenyum dan mengangguk.

    " Aku tahu cerita pasal kau dengan seungmin lepas kitaorang kahwin. Kebetulan dia tengok gambar kelas kita. Dia tanya pasal kau sebab dia kata macam pernah nampak kau. Aku ingat kau Ex dia." Gelak yeojin mengenangkan tentang sifat cemburu dia bila eric tanya pasal yujin.

   " Awak cemburu betul. Saya cuma cintakan awak seorang je. Mana ada orang lain lagi. Cuma awak seorang yang mampu membuat jantung saya berdegup kencang." Ucap Eric sebelum mencubit pipi yeojin. Sekali tengok macam pasangan baru kahwin je. Yujin menjeling yuna dan beomgyu yang pura-pura tak nampak adegan romantis pasangan suami isteri di hadapan mereka itu. Ayah dengan ibu mereka tak pernah romantik macam tu.

   " Umm, I guess kitaorang pergi dulu eh? Takut nanti lambat balik, tak sempat masak. Yeojin, ni nombor baru aku. Call lah kalau kau perlukan apa-apa eh." Yujin menghulurkan kadnya. Yeojin menyambut dan mengangguk.

   " Jalan baik-baik yujin. Bye, Yuna, beomgyu.. BYE!!" Bakal ibu itu langsung tak malu untuk menjerit di tengah-tengah mall manakala suaminya di sebelah yang malu hanya menggelengkan kepala. Dah nak jadi ibu pun masih perangai keanak-anakan isterinya yang seorang ni.

I'M SORRY FOR HURTING YOU..Where stories live. Discover now