BAB 28

210 18 1
                                    

Eunbi p.o.v

    " Apa ni? Bila masa saya setuju untuk jadi peguam syarikat Bang?" Kata eunbi tidak berpuas hati melihat kontrak yang perlu ditandanginya. Fail keras itu dihempas ke meja sehingga mengejutkan wakil dari syarikat Bang itu.

    " Tapi CEO kata puan eunbi dah setuju. Ke puan cakap dalam puan tak sedar sebelum ni?" Tanya wakil itu semula sebelum dia menerima jelingan tajam eunbi. Tertelan air liur dia lagi.

    " Huh. Tak guna punya manusia. Entah siapa-siapa lepas tu saya jadi peguam syarikat kamu? Kamu ingat saya siapa? Saya belajar sampai jadi peguam bukan untuk jadi orang suruhan bos kamulah!" Bentak eunbi lagi. Eunjin memandang dari tepi. Mummy nya ni macam budak-budaklah.

    " Err.. Tuan Bang kata dia kenal puan. Puan kenal dia ke?" Tanya wakil itu lagi. Baru eunbi nak memarahi dia, pintu bilik nya tiba-tiba dibuka. Seorang lelaki yang kelihatan berumur melangkah masuk dengan selamba. Eunjin ketakutan melihat dan terus berlari ke arah eunbi. Menyorok di sebalik eunbi. Lebih selamat.

   " Puan, Ni ayah kepada CEO syarikat Bang kami. Tuan, ni lah puan kwon eunbi. Peguam yang tuan chan cakapkan." Kata wakil syarikat itu. Eunbi mengukir senyuman sebelum menunduk hormat. Eunjin turut membuat benda yang sama.

    " Silakan duduk tuan." Eunjin menunjukkan ke arah kerusi di hadapannya. Tuan Bang memandang belakang seperti mencari seseorang.

   " Kim, mana cucu saya?" Lelaki bernama Kim itu memandang belakangnya dan kelam kabut mencari cucu kepada Tuan Bang itu. Dia muncul semula bersama seorang budak lelaki yang dikenali eunbi. Eunbi tak percaya dengan apa yang dilihatnya.

    " Taehyun?" Taehyun mendengar namanya disebut mengangkat kepala. Dia memandang eunbi juga turut dengan muka terkejut. Dia kenal perempuan di depannya. Terus tangan Pembantu Tuan Bang yang dipegangnya dilepaskan.

    " MUMMY!! TAEHYUN RINDU MUMMY! MUMMY PERGI MANA?!" Kuat taehyun bersuara sebelum memeluk eunbi. Eunbi turut memeluk taehyun erat. Tuan Bang melihat perjumpaan ibu dan anak itu semula sebelum mengarahkan wakil syarikat Bang dan pembantunya meninggalkan mereka. Dia duduk di sebuah kerusi.

    " Tuan tahu saya siapa?" Tanya eunbi setelah pelukan dia dan taehyun dilepaskan. Taun Bang mengangguk. Eunjin memeluk pula abangnya itu dan dibalas oleh taehyun walaupun mereka tak mengenali satu sama lain. Sekurang-kurangnya mereka tahu mereka adik beradik sebab mereka merupakan anak eunbi.

    " Ya. Saya kenal kamu eunbi. Chan ada bagi gambar kamu kat taehyun dan taehyun tunjukkan kat saya gambar tu. Bila saya tengok gambar kamu, baru saya tahu kamu adalah peguam yang memenangis semua perbicaraan dekat mahkamah. Kamu memang hebat sampai masuk ke dalam surat khabar. Tapi sayang, chris dan taehyun tak pernah nak baca surat khabar. Jadi, dua-dua tak tahu apa jadi kat kamu dengan this litte girl. Hye darling, what's your name?" Tanya Tuan Bang memandang eunjin.

    " Eunjin. Bang Eunjin." Kata eunjin malu-malu. Tuan Bang tersenyum manis. Taehyun mencubit pipi adiknya yang gebu. Geram dia tengok pipi tu.

   " Ada sebab kenapa saya nak kamu jadi peguam syarikat kami eunbi. Syarikat kami dalam krisis sekarang ni. Terlalu banyak syarikat yang akan masuk campur dalam hal kami. Terutama dalam hal kewangan. Eunbi, saya sendiri buat keputusan ni. Saya tak tanya chris langsung. Jadi kalau kamu nak marah, marah saya. Jangan marah chris. Dia langsung tak tahu." Jelas Tuan Bang. Eunbi mengangguk faham. Fail yang menjadi punca kemarahan dia diambil. Sekilas dia membaca kontrak itu sebelum dia mentandangi perjanjian itu. Fail itu diserahkan kepada Tuan Bang.

    " Apa kata malam ni kamu datang rumah kami eunbi? Bolehlah kamu berkenalan dengan ibu mentua dan adik-adik ipar kamu. Alang-alang tu boleh jumpa chris sekali. Saya pasti kamu akan terkejut melihat penampilan dia nanti." Ajak Tuan Bang. Eunbi tersenyum melihat taehyun dan eunjin.

    " Tengoklah tuan. Saya tak janji lagi. Saya akan datang kalau saya sempat." Kata eunbi perlahan. Tuan Bang mengangguk dan menghulurkan kertas berisi alamat rumahnya. Dia memanggil taehyun untuk balik.

    " Mummy datang rumah taehyun malam ni eh? Nanti taehyun buatkan mummy kek coklat. Daddy mesti rindu mummy juga!" Ucap taehyun. Eunbi hanya mengangguk dengan senyuman manis. Taehyun mengucapkan selamat tinggal pada ibu dan adiknya sebelum mengikut Tuan Bang dari belakang.

    " Mummy, kita nak jumpa daddy malam ni?" Tanya eunjin perlahan. Eunbi hanya tersenyum dan mengelus rambut anaknya tanpa menjawab soalan eunjin.

-----

Sementara itu, Rumah keluarga Bang,

Chan p.o.v

    " Hey my little boy! Macam mana jalan-jalan dengan atuk tadi? Seronok?" Tanya chan apabila anaknya masuk ke bilik kerjanya. Taehyun mengangguk sebelum duduk di depan ayahnya.

   " Tadi kan atuk bawa taehyun jumpa mummy dengan adik daddy! Mummy memang cantik. Sama macam gambar yang daddy tunjuk. Adik pun comel juga daddy. Nama adik kan Bang Eunjin daddy! Sedapkan nama adik?" Chan memandang anaknya datar. Dia menganggap anaknya hanya menipu dia saja. 

    " Yelah.. Mummy taehyun memang cantik. Eh, jom kita turun bawah. Tadi daddy ada bau sesuatu yang sedap. Mesti nenek masak banyak makanan sedap kan?" Kata chan pula. Taehyun mengangguk dan menarik tangan ayahnya ke bawah. Chan terkejut melihat makanan yang dimasak oleh ibunya.

   " Omma, kenapa masak banyak sangat ni? Siapa nak makan?" Tanya chan pelik. Puan Bang mendengar suara anaknya dan tersenyum cantik.

    " Hehehe.. Kita ada tetamu istimewa malam ni chan. Kamu mesti terkejut. Hmm, kejap lagi nanti dia sampailah. Taehyun, tolong letak ni kat meja sayang." Taehyun menurut dan mengambil jag air di tangan Puan Bang. Perlahan-lahan dia membawa jag air itu ke meja makan. Setelah selesai, kedengaran bunyi loceng pintu. Taehyun excited terus ke depan membuka pintu. Chan yang hanya nak mengetahui siapa yang membuat anaknya itu excited semacam terkejut melihat gerangan yang dikenali di depan pintu itu.

      " EUNBI??!" 

      " Chan..."

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

   

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

   

I'M SORRY FOR HURTING YOU..Where stories live. Discover now