BAB 12

336 27 0
                                    

Izone p.o.v

   " Seriuslah yujin? Maknanya yuna akan dapat adik tak lama lagi?" Eunbi memandang yujin tak percaya. Sudahlah tadi dah dapat kejutan bila sampai kat rumah baru yang yujin tinggal ni nampak prof irene. Terima lagi berita yang yujin akan kahwin dengan seungmin dan prof irene adalah mak seungmin, lagi mengejutkan. Sekarang ni dapat berita yang yuna bakal ada adik kembar.

   " Ha'ah.. Baru check beberapa hari lepas. Lambat bagitau je.. Yuna bakal jadi kakak lah ni.." Yujin mengusap perlahan rambut anaknya yang masih nipis itu. Yuna sedang tidur berbanding yang lain yang sedang bermain. 

  " Uish.. Memang kena kahwin dengan seungmin tu lah? Kenapa tak bantah je?" Tanya wonyoung pula. Soobin diambil dan diletakkan di atas pangkunya. Sekeping biskut dihulurkan untuk bagi si kecik tu mengigit. Ni kalau tak bagi, habis anak orang digigitnya.

   " Yujin tak nak sebenarnya. Tapi, sebab respect dengan prof irene kan.. Lagipun, prof kata dia nak sangat yujin jadi menantu dia. Dan seungmin adalah anak tunggal dia. Bekas suami dia kan dah takde..." Balas yujin kembali. Sedang mereka mendiamkan diri, tiba-tiba kedengaran satu tangisan yang sedikit kuat dari kawasan budak-budak tu bermain. Semua memandang ryujin dan chaeryeong. Gaduh lagi lah tu.. Ryujin diambil oleh chaewon manakala chaeryeong yang masih menangis ditenangkan oleh chaeyeon.

   " Aduhai.. Nakal betul Kim ryujin ni. Macam omma dia betullah.." Kata eunbi dengan senyuman mekar. Dah kenal perangai ryujin macam mana. Kalau tak chaeryeong yang dikacau, mesti yeji yang dijadikan mangsa. Tak pun yeonjun. Atau jisu. Dia nak kacau taehyun tak boleh sebab taehyun lagi tua. Nanti dia kena balik.

 " Tengoklah siapa omma dia. Omma dia lagi champion dalam menyakat orang.." Perli minju pula. Jisu yang masih bermain dipandang. Walaupun banyak mana ryujin mengacau anak-anak mereka, mereka takkan juga putuskan persahabatan ryujin dengan rakan-rakannya sebab perangai tu memang dah sebati dalam diri seorang kim ryujin.

   " Wei, aku kena balik sekaranglah.. Hari ni ada meeting dengan Ceo Han company untuk projek baru. Balik dulu eh.." Kata chaeyeon. Dia mengambil chaeryeong dan beg yang berisi barang keperluan chaeryeong sebelum keluar. Sempat dia melambai sebelum keluar.

  " Chaeyeon dah balik. Tunggu apa lagi? Marilah kita balik sekali. Dah hampir 2 jam kita lepak kat sini. Nak masak lagi nanti.." Kata yena pula. Dia risau sebab changbin masih kat rumah dia. Masa sebelum dia ke sini dia dah kejut, namun lelaki tu tidur mati betul.

   " Ye lah.. Lagipun yuri kena pergi ke kafe. Shift petang hari ni. So, bye bye.." Kata yuri pula. Yeji didukung keluar dari rumah yujin. Yang lain pun meminta diri sehingga tinggal yujin dan yuna je dalam bilik tu. Irene memasuki bilik itu apabila tiada kelibat kawan-kawan bakal menantunya itu.

  " Yujin nak makan ke? Omma dah siap masak." Tanya irene sambil mengambil yuna yang baru bangun tidur. 

  " Tak kot.. Yujin masih kenyang. Seungmin mana omma?" Tanya yujin kembali. Pelik sebab tak nampak langsung kelibat bakal suaminya itu hari ni.

  " Oh.. Min keluar tadi. Katanya nak jumpa geng dia. Kejap lagi balik lah tu.. Omma nak main dengan yuna ni. Yujin rehat eh.." Yujin hanya mengangguk dan bersandar di katil miliknya. Tak lama dia duduk bilik ni. Sebab dia bakal kongsi bilik seungmin lepas ni.

--------

Stray kids p.o.v

    " Woi! Seo changbin! Mana kau? Puas kitaorang telefon. Pernah diangkat telefon tapi yang menjawabnya gu ga ga.. Entah apa-apa. Kau mamai ke?" Tanya chan sebaik sahaja changbin memasuki kafe itu. Chan, changbin, han, minho, hyunjin dan felix tinggal serumah manakala Jeongin dan seungmin tinggal di rumah keluarga mereka. Maklumlah, maknae kan..

   " Sorry lah.. Aku tertidur kat rumah yena. Rasanya pasal telefon tu, yeonjun tolong jawabkan. Aku tertinggal telefon kat atas meja kopi masa tu.." Balas changbin. Dia duduk di sebelah han melepaskan kepenatan berlari dari rumah yena.

   " Kau tidur rumah yena? Ingatkan kena halau malam tadi sampai merajuk pergi tempat lain.." Perli chan. Tak sangka yena lembut pulak hati dia. Ramai orang kata yena keras hatinya melainkan hanya dengan satu-satunya anaknya, choi yeonjun. Nama sebenar adalah Seo yeonjun. Tapi, yena guna nama family dia..

   " Mungkin sebab dia marah kat yohan kot.. Dengar cite yohan rupa-rupanya dah kahwin. Tapi, dia tipu yena sebab nak jaga hati yenalah katakan.. Sakit hati aku tengok. Kalau aku tau yohan buat macam tu kat dia, memang aku haramkan dia kawan dengan yohan tu." Kata changbin. Bila mengingatkan muka yena masa tu, rasa hatinya marah pulak.

   " Relaklah.. Bukan yena je. Eh, yena je.. Izone yang lain mana ada boyfriend. Kawan baik adalah. Tu pun yang paling baik semua dah pindah dari sini." Kata minho pula. Teringat masa minju merungut wooseok paksa dia sertai tarian untuk majlis prom dan akhirnya lelaki tu pindah.

   " So, kenapa kita berkumpul kat sini hari ni? Ada orang tu kata emergency sangat nak kumpul kat sini.." Kata felix seraya menjeling ke arah hyunjin. Hyunjin lah mesej kat Group ' Stray kids in building' supaya mereka semua berkumpula kat kafe midzy untuk berbincang sesuatu.

   " Ehem.. Aku nak cakap kat korang. Aku nak kahwin." Hyunjin dengan selambanya berkata. Akibat terkejut dengan ayat yang keluar dari mulut hyunjin, air yang baru selamat diminum oleh jeongin selamat melayang ke muka seungmin di hadapan jeongin. 

   " WOI! Habis muka aku yang flawless ni! Bagi tisu!" Seungmin mengambil tisu yang dihulurkan oleh felix kepadanya. Dahlah bukan sebarang air yang diminum, air hot chocolate tu. Nasib dah suam sikit, kalau tak malu dia nak kahwin nanti.

   " Flawless lah sangat. Tak sedar diri dah nak jadi suami orang. Siap dah jadi bapa lagi.. Eh, hyunjin, kau nak kahwin dengan siapa ni sampai kena bagitau kitaorang? Janda belakang rumah tu ke?" Tanya han.

   " Soalan yang bagus, han jisung. TAKKAN LAH AKU NAK KAHWIN DENGAN JANDA?! OTAK TU GUNA SIKIT BOLEH TAK? Aku nak kahwin dengan yuri." Kata hyunjin selepas selesai memarahi han dengan suara yang sangat kuat sampai beberapa orang memandang mereka. Chan dah menutup muka. Aku tak kenal diaorang ni.. Memalukan je..

  " So, kalau kau kahwin dengan yuri, apa kes kena cerita kat kitaorang?" Tanya chan pelik. Hyunjin mengeluh dan duduk semula di mejanya.

   " Yelah.. Bila aku kahwin dengan yuri, korang kena kahwin juga. Chan kahwin dengan eunbi. Minho kahwin dengan minju. Changbin dengan yena. Han dengan chaeyeon. Felix dengan chaewon. Seungmin dengan yujin. Dan ayen dengan wonyoung. Baru adil!" Mereka semua memandang hyunjin dengan muka bengang.

   " Actually, aku dah lama fikir pasal tu, okey? So, kau paling lambat! Aku dah bagitau omma aku and dia akan datang dengan omma felix dari australia ke sini untuk meminang si manis eunbi." Kata chan melawan cakap hyunjin. Tiba-tiba,

   " Wei, aku kena pergi dulu! Aku lupa ada mesyuarat dengan Lee company. Bye, chaw lu!" Kata han seraya mengahbsikan airnya. Kelam kabut dia keluar dari kafe dan terus berlari ke keretanya. Laju kereta dibawa ke Han company.

   " Aku pun nak balik ni. Melekit badan ni lepas kena simbah dengan hot chocolate. Bye.." Seungmin pula balik. Tak lama kemudian, semua pun meminta diri sampai tinggal chan seorang je dalam kafe itu.

    " Kejap. Diaorang tak bayar lagi, kan? Aduhai! Kau kena tipu lagi chan! Diaorang ni kan.. Teruk betullah!" Kata chan. Dia meminta bil dari pelayan tu dan membayar segala makanan dan minuman. Agak mahallah. Maklumlah, selera makan untuk 8 orang bukan sikit.. Terutamanya apabila mereka semua lapar. Nasib dia dah keluarkan duit tadi.

I'M SORRY FOR HURTING YOU..Where stories live. Discover now