BAB 40

195 16 0
                                    

Seoul Primary School,

Kelas 1-1,

Soobin p.o.v

   " Hai soobin. Awal datang?" Soobin mengangkat muka mendengar suara seseorang menyapanya mesra sebelum kerusi di sebelahnya ditarik. Ryujin lah seperti biasa. Jarang orang nak tegur dia kecuali ryujin seorang je.

   " Hai ryu. Awak pun datang awal hari ni? Oh ye, siapa ambil report card awak hari ni?" Tanya soobin. Ryujin tersenyum dan mengeluarkan buku latihan bahasa inggeris. Walaupun hari ni hari ambil report card, tapi pelajaran tetap perlu diutamakan juga. Lebih-lebih lagi mereka nak ambil peperiksaan tak lama lagi.

    " Hari ni? Entah. Appa kot. Omma hantar adik pergi tadika. Awak soobin?" Soal ryujin kembali sebelum dia mengambil sebatang pensel dalam bekas pensel soobin. Mereka berdua dah biasa meminjam barang-barang ni. Nak buat macam mana kalau dulu pun pernah main rebut-rebut botol susu. Ryujin pun pernah tolak soobin sampai jatuh dari tilam ketika mereka masih kecil.

    " Omma rasanya. Appa nak kena pergi office dulu. Katanya nak siapkan sikit kerja sebelum ke tadika jeongwoo." Balas soobin. Mereka berdua sama-sama membuat kerja sekolah yang diberi cikgu semalam semenatara menunggu kehadiran ibu bapa masing-masing. Jarang mereka nak membuang masa berlegar-legar kat luar kelas.

Sementara itu, kelas 2-1,

Yeji p.o.v

    " Apahal sampai bergaduh ni?" Jisu menarik tangannya dari rambut pelajar di depannya apabila melihat yeji, chaeryeong dan yeonjun memasuki kelas. Yeji terus mengeurnya tadi. Agak terkejut sebenarnya melihat pergaduhan jisu dan pelajar kelas mereka, Jeon Ji Ah. 

    " Ichu? Kenapa gaduh? Ichu? Baejin! Kenapa diaorang berdua gaduh?!" Apabila jisu tak menjawab soalan yeji, yeji geram dan bertanya pada salah seorang pelajar kelas mereka juga. Bae Jinyoung. Teragak-agak lelaki itu nak menjawab apabila melihat jelingan tajam dari jisu dan ji ah.

    " Er.. Tadi Ji Ah ejek jisu. Dia kata appa jisu yang akan datang hari ni sebab omma jisu dah takde. Lepas tu dia ejek  jisu anak yatim. Lagi, dia ejek yeji dengan chaery juga. Dia kata korang perasan cantik je padahal tak cantik mana pun." Jawab Baejin perlahan. Jawapan lelaki itu membuatkan Ji Ah menerima tatapan tajam dari yeji, jisu dan chaeryeong serentak. Namun belum sempat apa-apa, cikgu memasuki kelas membuatkan mereka pergi ke tempat masing-masing. Walaupun mereka bergerak ke tempat masing-masing, masih ada lagi sisa kemarahan dalam diri jisu akibat ejekan Ji Ah tadi.

    " Sabarlah ichu. Diaorang tak tahu kita dah jumpa omma kita. Sabar eh.." Chaeryeong menenangkan kawan baiknya itu. Seketika kemudian, ibu bapa Ji Ah datang. Disebabkan itu, Ji Ah mula nak berlagak yang dia masih ada kedua-dua ibu bapanya tapi jisu, chaeryeong dan yeji masih ada ayah je. Dah takde ibu. Dia tak berani mengganggu yeonjun kerana dia tak tagu kisah yeonjun pula.

   " Omma, appa.. Tulah budak yang Ji Ah cakap. Diaorang anak yatim piatu. Lepas tu, perasan cantik je padahal diaorang manalah cantik sangat pun.." Suara Ji Ah sengaja dikuatkan sedikit sebelum menunjukkan pada yeji, chaeryeong dan jisu. Mereka mengetap tangan dengan geram. Rasa nak bagi layang satu penumbuk kat muka Ji Ah ni. Boleh tak?

   " Oh.. Tapi mereka cantik juga Ji Ah walaupun tak secantik kamu. Agak-agak kan mungkin mereka anak luar nikah kot.." Kata Puan Jeon. Yeji masih menahan geram. Kalau tak disebabkan ramai ibu bapa kat sini dan Puan Jeon ni lagi tua dari dia, memang dia dah memarahi Puan Jeon dan Ji Ah kat sini.

   " HWANG YEJI!" Suara seorang wanita mengejutkan yeji dari lamunannya. Dia tersenyum melihat dua gerangan yang berdiri di muka pintu kelas 2-1 itu. Laju dia berlari sebelum memeluk wanita yang berada di situ.

I'M SORRY FOR HURTING YOU..Where stories live. Discover now