BAB 56

168 23 0
                                    

Han p.o.v

    " Tu.. Adik Chaery dengan Hoon. Comel kan?" Chaeryeong mengerutkan kening. Comel? Kaki dengan tangan adiknya pun belum terbentuk lagi. Tapi bolehlah.. Comel juga adiknya. Kalau lelaki, mesti comel macam Jihoon.

    " Appa, kenapa adik kena keluar dari perut omma? Omma tak nak adik ke?" Soal Jihoon polos. Han tergelak kecil sebelum menggelengkan kepalanya. Mereka hanya boleh tengok dari luar. Selepas bayi dah dikeluarkan dari chaeyeon, ibu kepada mereka berdua dibedah sekali lagi untuk kanser dia pulak.

    " Mana adalah adik.. Kalau adik masih ada dalam perut omma masa sekarang ni.. Mesti nanti takde adik lagi. Biarlah adik keluar sekejap. Nanti doktor masukkan adik dalam perut omma balik." Balas Chaeryeong perlahan. Mulut Jihoon membentuk huruf O dan dia mengangguk perlahan. Mereka bertiga menuju ke dewan bedah chaeyeon. Duduk di kerusi yang disediakan menunggu chaeyeon. Keluarga Han dan Chaeyeon juga turut berada di situ kecuali Jiyeon. Han memang takkan benarkan kakaknya datang ke sini.

    " Nenek Han! Nenek Lee! Hoon dah tengok adik.. Comel adik Jihoon! Kalau lelaki, mesti comel macam Hoon kan?" Kata Jihoon sebelum dirinya duduk di antara Puan Han dan Puan Lee. Mereka berdua tersenyum manis pada cucu kedua mereka itu.

    " Auntie Chaemin tak pergi universiti hari ni ke?" Soal Chaeryeong pula duduk sebelah adik kepada ibunya itu. Chaemin menggeleng sebelum tersenyum manis. Dia takde kelas hari ni. Lagipun kakaknya lagi penting dari semua kerja universiti hari ni. Han duduk di sebelah bapanya. Menunggu chaeyeon keluar. Dah hampir 2 jam dia di dalam dewan bedah.

     Pintu dewan bedah dibuka. Doktor Hansol dan wonyoung melangkah keluar. Akibat tak cukup staf, wonyoung terpaksa menjadi pembantu Doktor Hansol hari ni. Langgar peraturan dia, minju dan chaewon sekejap.

    " Doktor macam mana dengan isteri saya?" Soal Han perlahan. Wonyoung meminta diri terlebih dahulu. Tinggallah doktor Hansol dan Keluarga Chaeyeon serta Han di situ. Mereka semua menunggu khabar baik dari Doktor Hansol.

    " Puan Chaeyeon okey. Cuma dia masih perlu berehat. Kalau ikutkan, sel kanser dia masih belum pulih sepenuhnya.. Jadi dalam 2 hingga 3 bulan dia perlu ikut terapi. Untuk baby tu, buat masa sekarang memang dia akan membesar dalam tabung uji. Jangan risau. Doktor Wonyoung akan jaga baby tu baik-baik." Kata Doktor Hansol sebelum menepuk bahu Han perlahan. Macam tahu apa yang Han risau.

    " Terima kasih selamatkan isteri saya doktor. Boleh kami tengok chaeyeon?" Soal Han lagi. Doktor Hansol memandang ke arah ibu bapa Han dan chaeyeon serta anak-anak chaeyeon di situ. Dia menggeleng perlahan.

    " Buat masa sekarang hanya suami yang boleh masuk dan tengok dia. Untuk jaga dia pun.. Kamu seorang jelah boleh. Nanti bila dia dah sedar dan keadaan dia dah stabil, baru yang lain boleh tengok dia." Kata Doktor Hansol sebelum meminta diri. Mereka mengangguk faham.

    " Han pergilah tengok chaeyeon. Omma bawa balik Chaery dengan Jihoon." Arah Puan Han. Han mengangguk faham. Dia memasuki wad chaeyeon. Isterinya terbaring lemah di atas katil. Tangan chaeyeon dicapai sebelum dia mencium perlahan tangan isterinya.

     " Chaeyeon sayang.. Bangun cepat ye. Chaery dengan Hoon dah rindu ibu diaorang.. Baby pun rindu ibu dia. Bangun cepat ye.." Ucap Han perlahan sebelum mencium dahi chaeyeon. Dia duduk di kerusi di sebelah katil chaeyeon menggenggam tangan chaeyeon. Menunggu isterinya bangun.

--------

Chaeyeon p.o.v

    " Urgh... Han?" Han yang tertidur terjaga apabila mendengar suara chaeyeon. Dia tersenyum melihat isterinya dah bangun. 

    " Sayang abang dah bangun! Yeon nak apa? Nak air ke? Kejap. Abang ambilkan.." Kata Han. Dia mengambil segelas air suam dan memberikan kepada isterinya. Chaeyeon memandang ke sekeliling biliknya. Baru sedar hanya dia dan Han yang terdapat dalam bilik tu.

I'M SORRY FOR HURTING YOU..Where stories live. Discover now