Yeonjun p.o.v
" Omma nak pergi mana?" Yeonjun memandang ke arah ibunya yang kelam kabut mencari sesuatu di ruang tamu rumah mereka. Yena memandang sekilas anaknya sebelum mengambil jaket yang terletak di bawah sofa.
" Omma ada kerja kejap. Jadi, omma nak keluar kejap. Tak lama pun.. Nak bincang kes baru sekejap. Jun, sarapan masih ada. Nanti tolong panaskan kalau yebin nak makan. Bubur sunoo ada dalam periuk. Appa kamu tu, sebelum pukul 12.00 kejutkan dia ye.." Pesan Yena bertubi-tubi. Yeonjun mengangguk perlahan sebelum sambung menyiapkan kerja sekolahnya apabila yena selamat meninggalkan rumah keluarga mereka.
" Kejutkan appa dulu." Katanya perlahan. Susu sunoo dibancuh dulu di dalam botol susu miliknya sebelum dibawa naik ke atas. Ke bilik ibu dan ayahnya. Sunoo masih nyenyak tidur di katilnya. Yeonjun meletakkan susu itu di tepi adiknya sebelum mengejutkan changbin.
" Appa bangun.. Dah pukul 9.00 ni. Omma kata omma keluar kejap nak selesaikan kerja sikit." Kata Yeonjun. Sedaya upaya memerlahankan suaranya supaya tak menganggu adik bongsunya yang masih tidur. Changbin mamai bangun dan mengangguk. Melihat anggukan changbin, yeonjun keluar menuju ke bilik yebin. Penuh dengan teady bear bilik adiknya yang seorang ni. Yebin yang masih nyenyak dibuai mimpi membuatkan dia tersenyum.
" Yebin sayang.. Bangun cepat.. Dah pukul 9.00 ni.. Kata nak minta abang ajarkan cara nak buat origami ikan. Nanti abang sibuk nak buat kerja sekolah kejap lagi tak boleh ajar yebin.. Bangun cepat sayang.." Yebin membuka matanya dan memeluk yeonjun di depannya. Dia masih ngantuk.
" Aik? Omma mana abang? Bukan omma ke yang selalu kejut yebin?" Soal Yebin perlahan. Yeonjun tak menjawab terlebih dahulu. Dia mencari tuala adiknya dan membaling tepat terkena yebin.
" Headshot. Omma keluar pergi kerja kejap. Kejap lagi omma balik. Hari ni omma masak pasta. Kalau adik lambat, nanti ayah habiskan... Abang tak tahu.." Yenjoun berkata sebelum tergelak jahat. Yebin membaling bantal miliknya ke arah abangnya kerana dia geram. Yeonjun tergelak puas hati melihat reaksi yebin. Dia menuju ke bilik ibu dan ayahnya semula untuk mengejutkan sunoo tapi ternganga sekejap melihat ayahnya yang sedang memandikan adiknya. Nampaknya, appa dah tunaikan janji yang dia akan jaga mereka semua baik-baik.
" Hehe.. Takpelah.. Jun pergi panaskan sarapan kejap." Yeonjun berbisik sendirian sebelum turun ke bawah semula. Umurnya baru 10 tahun tapi dia dah diajar cara buka api, tutup api dan sebagainya. Semuanya kerana dia anak sulung.
------
Yena p.o.v
" Selesai juga akhirnya.." Kes dah tamat. Akhirnya dia bleh balik rumahnya. Rindu sekejap dekat anak bongsunya kat rumah. Agaknya dia tengah buat apa sekarang? Yena berjalan ke arah keretanya dengan santai. Ketika baru nak membuka pintu keretanya, matanya menangkap satu kelibat di belakangnya. Pantas dia memandang ke belakang.
" Ha. Terkejut. Kau ni Puan Peguam, tak sedar ke kawan kau ada kat sana tadi?" Rakan satu universitinya, Haseul berada di belakangnya. Yena sebenarnya masih terkejut. Tak sangka jumpa Haseul kat sini.
" Kau buat apa kat sini? Jangan cakap lelaki yang masuk penjara tu suami kau. Nangis aku nanti.." Soal yena semula. Haseul tergelak kecil.
" Takdelah.. Aku saksi kejadian tulah.. Kau memang tak sedar aku kan? Ish.. Kawan baik betul. Jun mana? Dah lama aku tak cium pipi tembam dia tu.." Soal Haseul lagi. Yena tersenyum mengeluarkan telefon dan menunjukkan sekeping gambar.
" Ni gambar family kitaorang ambil 2 hari lepas. Sorry kau tak boleh cium pipi Jun lagi. Dia dah jadi abang. Umur dia dah 10 tahun. Yang Ni Seo Yebin. Umur dia 7 tahun. Yang ni pula Seo Sunoo, umur dia 2 tahun 3 minggu.." Kata Yena. Haseul tergelak kecil melihat gambar itu.
" Dulu last aku tengok dia kecik lagi.. Sekarang ni dah 10 tahun.. Kalau nama keluarga diaorang Seo, maknanya kau betul-betul kahwin dengan changbin dan macam cerita dongeng hidup bahagia selamaya?" Yena hanya mengangguk sebelum tergelak kecil. Harap selamanya...
" Alah ruginya.. Aku baru nak ajak kau minum luar. Tapi rasanya tak bolehlah kot.. Kau ada anak kecik kan? Okey. Bagi aku nombor kau. Bila free, kita keluar sama-sama eh.." Yena memberikan telefonnya kepada Haseul. Selepas bertukar nombor telefon, Haseul meminta diri dengan alasan dia nak jumpa tunangnya sebentar lagi.
" Haseul masih tak berubah. Kau bertunang dengan siapa? Juyeon ke? Atau orang lain?" Soal yena sendirian. Keretanya mula meninggalkan kawasan mahkamah menuju ke rumahnya. Sempat dia singgah ke kedai belikan aiskrim mint choco dengan aiskrim strawberi untuk anak-anaknya.
-------
Sementara itu, di rumah Changyen,
Author p.o.v
" Bila omma nak balik? Dah nak malam, tapi belum balik lagi..." Keluh Yebin perlahan. Penuh origami ikan atas mejanya yang dia buat tadi selepas belajar dengan yeonjun. Yeonjun hanya menggeleng melihat adiknya. Changbin berada di dapur menyiapkan makanan malam mereka. Sunoo pula sedang leka menonton kartun di Tv dengan biskut di mulut.
" Kejap lagi omma baliklah.. Omma kan peguam, ambil masa sikitlah.. Ha! Tu Omma dah balik!" Pintu rumah terbuka selepas bunyi enjin kereta hilang. Yena tersenyum melihat si kecil yang merangkak terlebih dahulu mendekati ibunya diikuti dengan kakaknya yang berlari.
" Yebin, jatuh nanti. Jangan lari-lari!" Sampuk Changbin melihat anak perempuannya berlari. Yebin hanya tersengih. Asalkan dia dapat peluk ibunya walaupun adiknya pun peluk sekali ibunya. Yena hanya tersenyum sebelum membuka jaket dan meletakkan beg tangannya di atas meja kopi. Dia mengambil tempat duduk di atas sofa ruang tamu. Penat. Plastik yang masih di tangannya diberi kepada yeonjun.
" Jun, omma beli aiskrim. Simpan dalam peti sejuk." Ucap yena. Pipi Sunoo dicium perlahan. Wangi anak bongsunya. Mesti ayah yang mandikan. Kalau abang tu, dia nak cepat je.. Kelibat Changbin di dapur diperhati. Suami mithali. Changbin banyak berubah sejak kehadiran sunoo. Dia tak banyak habiskan masa diluar sebaliknya banyak masa di rumah bersama anak-anak. Baguslah tu..
" Sayang, jom makan. Abang dah siap masak. Jun, bawa yebin basuh tangan dulu." Arah changbin. Yeonjun mengikut arahan ayahnya. Sunoo diletakkan di atas kerusinya. Yena memeluk changbin dari belakang dengan erat.
" Terima kasih sebab tunaikan janji abang dulu. Terima kasih banyak-banyak." Kata Yena perlahan. Changbin meleraikan pelukan dan menghdaap isterinya. Pipi isterinya dicium perlahan.
" Itu janji abang kan? Mestilah abang akan tunaikan. Jangan risau. Selagi abang berdaya, abang janji akau berusaha untuk keluarga kita." Balas Changbin. Mereka berpelukan lagi tanpa sedar 3 penonton yang memerhatikan mereka.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Seo's Family
Seo Changbin + Choi Yena
Seo Yeonjun, Seo Yebin, Seo Sunoo.
YOU ARE READING
I'M SORRY FOR HURTING YOU..
De TodoIZONE ADALAH SEKUMPULAN REMAJA PEREMPUAN YANG TERDIRI DARIPADA EUNBI, CHAEYEON, YENA, CHAEWON, MINJU, YURI, YUJIN DAN WONYOUNG. HIDUP MEREKA RIANG RIA DI UNIVERSITI SEOUL. NAMUN, SEMUANYA BERUBAH SELEPAS KEDATANGAN STRAY KIDS. HIDUP MEREKA HANCUR KE...