BAB 48

170 21 0
                                    

Yena p.o.v

    " Macam mana dengan yang lain? Okey ke?" Soal Changbin perlahan melihat isterinya baru sahaja habis menelefon seseorang. Yena mengangguk perlahan sebelum tersenyum senget. Rakannya semua mengalami masalah lagi.

    " Minju lari balik ke rumah nenek dia. Eun unnie kena cari bukti nak membuktikan bahawa chan tak bersalah. Chae, macam tu je lah.. Masih kemurungan menunggu felix bangun. Yeon, Han kata dia masih tak sedar lagi. Kalau dia sedar, mungkin dia akan pengsan balik lepas dengar apa yang han akan sampaikan. Yul dah selamat melarikan diri dari hyunjin. Wony, sekarang kat rumah family dia. I.n memang akan kena belasah dengan woo oppa kalau dia berani datang ke situ cari wony. Yujin, sekarang kat Jepun. Masih salah faham dengan seungmin." Ucap Yena sebelum bersandar di bahu changbin. Changbin mengusap rambut isterinya perlahan. 

     " Haih.. Kenapalah jadi macam tu sangat hidup diaorang? Tak tenteram. Takde sikap saling percaya antara ahli keluarga..." Soal sang suami perlahan. Sang isteri mengangguk sebelum mengeluh perlahan.

    " Tu lah.. Mungkin sebab diaorang trauma akibat kejadian lepas kot. Mana taknya, kalau ikutkan kitaorang semua depression lepas tahu yang kitaorang mengandung. Yujin tu siap hampir nak bunuh yuna lepas dia lahirkan yuna tau.. Chae kemurungan habis sebab kakak kembar ryujin meninggal dalam kandungan." Cerita yena. Changbin mengangguk. Dia tahu tentang kejadian tu. Malam masa mereka cari izone 5 tahun lepas, wony ada ceritakan semua tu.

    " Cakap pasal anak-anak ni kan, mana Yeonjun dengan Yebin? Dari balik tadi abang tak dengar suara riuh diaorang.." Soal Changbin. Rumah besarnya ni sunyi bila hanya tinggal mereka berdua je. Yena tersengih.

    " Diaorang kat rumah omma.. Omma kata nak habiskan masa main dengan cucu-cucu dia. Yena hantar diaorang ada sebab tau.." Kata yena sebelum tersenyum misteri. Changbin mengangkat kening bertanya kenapa. Nak buat saspen pulak isterinya ni.

    " Tunggu kejap. Yen pergi ambil suprisenya untuk abang tu." Yena berdiri dan memasuki bilik mereka. Dia keluar dengan satu kotak bewarna putih dan satu sampul surat yang juga bewarna putih.

    " Abang buka dulu sampul surat ni.. Berita gembira untuk abang dan yena." Arah sang isteri. Sang suami patuh dengan isterinya dan membuka sampul surat itu. Undangan perkahwinan. Ex boyfriend isterinya.

    " Yohan hantar masa yen kat kedai bunga. Dia kata akhirnya dia dah jumpa orang yang sayangkan dirinya lebih dari yena sayangkan dia. Bekas isteri dia yang lama tu dah tinggalkan dia sebab nak bersama lelaki lain sebab tu dia kahwin dengan orang lain. Yen dah tengok bakal isteri dia. Cantik sangat. Sekilas tengok macam bidadari dari langit tau..." Maklum yena. Changbi tersenyum. Akhirnya dia takkan ganggu yena atau changbin lagi. Yelah dah jumpa pasangan sehidup semati juga akhirnya.

    " Cantik lagi isteri abang ni.. Tu kotak apa pula?" Soal Changbin. Yena tersenyum dan menghulurkan kotak itu pada suaminya. Agak waswas changbin membuka kotak tersebut. Dia terkejut melihat gambar di dalam kotak itu. Namun buat-buat tak tahu dan mencapai dulu surat dalam kotak itu.

Hai suamiku..
Yen ada berita gembira nak kongsi ni.. Nak tahu tak apa dia? Bin orang pertama tahu selepas Chaewon tau.. Yeonjun dengan Yebin... Akan ada adik baru!! Dah hampir dua minggu dia menetap kat rahim yena. Chaewon dah check dan dia kata bayi kita sihat je. Cuma dia nasihatkan yen supaya tak banyak buat kerja berat sebab bayi masih kecil lagi.
Happy tak dengan berita ni? Kita ada ahli keluarga baru lepas ni..
Dari: Isterimu, Seo Yena.

     " Oh.. Patutlah kebelakangan ni, mengidam nak makan entah apa-apa.. Ada bawa budak rupanya.. Abang pun dah masuk seminggu kena halau tidur dengan yeonjun.. Anak kita kali ni nakal eh.." Changbin tergelak kecil sebelum mengambil gambar ultrascreen yang diberi oleh yena di dalam kotak itu. Keciknya.. Kecil sangat baby mereka ni.

I'M SORRY FOR HURTING YOU..Where stories live. Discover now