BAB 29

199 17 1
                                    

Chaewon p.o.v

   " Kakak, adik bosanlah.. Omma selalu pergi kerja awal, balik lambat.. Bila kita boleh main dengan omma lagi?" Kata haruto tiba-tiba. Ryujin yang sedang menyiapkan kerja sekolahnya mengangkat muka dan tak sengaja bertemu pandangan dengan si emak yang baru balik kerja. Chaewon mengisyaratkan dia diam dan menjawab soalan adiknya.

    " Omma kan kerja untuk kita adik.. Kalau omma tak kerja, macam mana omma nak beli aiskrim favorite adik?" Balas ryujin. Dia melihat adiknya memuncungkan bibir miliknya sebelum dia ketawa kecil.

    " Haruto.. Adik.. Dengar tak ni? Lee haruto.. CHARLES LEE!!" Terus disebut nama inggeris adiknya apabila adiknya tak menyahut sedikit pun panggilannya. Haruto masih dengan gelagat tak nak melayan kakaknya itu sebelum matanya juga menangkap kelibat ibu yang sedia berdiri di pintu masuk rumah baru mereka. Tersengih dia melihat ibunya.

    " Amboi.. Banyak betul merungut bila omma takde ye?" Haruto cuma boleh ketawa je melihat ibunya. Chaewon duduk bersila di antara dua anaknya itu. 

    " Maaf ye sayang. Omma cuba untuk luangkan masa tapi tak dapat. Maaf sayang. Petang ni kita pergi jalan-jalan kat sungai han okey? Nanti kita jumpa yebin dengan yeonjun dulu sebelum lawat haelmonni." Kata chaewon lembut. Haruto menjerit keriangan manakala ryujin hanya menggeleng melihat adiknya. 

    " Tapi siapkan hw dulu. Tak siap hw, tak boleh ikut omma jalan-jalan.." Chaewon sempat berpesan sebelum menuju ke biliknya. Nak mandi dulu. Semalam dia ada shift malam. Nasib si wonyoung yang baik hati tolong tengokkan anaknya sampai mereka berdua tidur. Dan yuri yang berjiran tolong hantar mereka ke sekolah dan siapkan sarapan. Kalau tak, tak tahulah macam mana..

    " Kakak! MANA ACI! KAKAK DAH SIAP!!" Jeritan haruto membuatkan chaewon yang sedang membalas chat dengan minju terkekeh ketawa. Haih.. Nasiblah haruto.. Kakak awak dah siap. Awak masih terkial-kial lagi.. Chaewon tergelak lagi sebelum masuk ke bilik air bersama baju dan tualanya. Dia keluar selepas selesai mandi dengan berpakaian ini:

     " Omma, kami ada satu permintaan sebelum kita keluar

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

     " Omma, kami ada satu permintaan sebelum kita keluar. Boleh omma tunaikan tak?" Tanya si kecil haruto melihat ibunya yang baru keluar dari bilik air. Chaewon mengangkat kening bertanya kenapa.

    " Kami lapar omma sayang.. Last kami makan waktu rehat kat sekolah. Itupun makan roti je.. Omma nak dera kami ke?" Soal haruto. Chaewon menepuk dahinya. Tulah kau chaewon! Fokus sangat kerja. Anak-anak terabai.

    " Alahai sorrylah sayang.. Omma masak sekarang. Kamu berdua nak makan apa?" Tanya chaewon sebelum berlalu ke dapur.

   " AYAM GORENG!!" Sahut kedua-duanya serentak. Chaewon yang mendengar tergelak sekali lagi. Tak pernah nyelap ayam gorenga dari fikiran dua beradik tu. Dia mengeluarkan ayam di dalam peti ais untuk memotongnya. Bersiap sedialah ayam! Lee Chaewon akan mula bersilat di dapur.

-----

Petang itu,

    " Terima kasih jun.. Nanti cakap kat omma kamu kami beli bunga ni ye.." Kata chaewon mengambil bunga lili putih dari tangan yeonjun. Yeonjun hanya mengangguk sebelum melambai kepada keluarga Lee itu. Mereka bertiga bersama-sama memegang sekuntum bunga menuju ke satu tempat khas untuk menyimpan abu mayat yang sudah mati. Nampak menyeramkan. Itu kata-kata haruto kali pertama masa datang. Seram juga bawa haruto masa kali pertama. Budak tu masa tu masih 3 tahun. Dia boleh tengok roh berkeliaran kat situ. Nasib baik sekarang ni dah besar sikit.

    " Hai omma. Maaf chaewon dah lama tak jumpa omma. Omma mesti tak seronok sebab tak dapat jumpa cucu omma yang comel-comel kat sini . Omma, hari ni chae ada bawa cucu-cucu omma. Ni Lee Ryujin. Anak sulung chaewon. Tahun ni dia baru masuk 7 tahun. Dan ini yang comel dan gebu ni, Lee Haruto. Anak kedua chaewon. Umur dia baru 5 tahun tapi kata-katanya lagi ganas dari kakaknya." Kata chaewon memperkenalkan kedua-dua anaknya pada ibunya. Lebih tepat lagi, sang ibu mertua. 

Ryujin p.o.v

    " Kakak, haelmonni dah takde eh? Adik ingat haelmonni masih ada.." Bisik haruto perlahan di telinga ryujin. Ryujin memandang sekilas adiknya sebelum mengangguk perlahan.

   " Hmm.. Haelmonni yang ni, appa punya mak. Mak kepada omma masih ada lagi. Cuma dia yang tak nak jumpa kita. Dia tak mengaku kita cucu dia. Omma pun kena buang dari family." Cerita ryujin pula. Bunga di tangan dihulur kepada  chaewon. Haruto turut membuat benda yang sama melihat kakaknya buat sebegitu. Chaewon memandang kedua anaknya dengan senyuman sebelum mengambil bunga itu.

-----

Sementara itu, 

Felix p.o.v

     " Apa lagi hyung? Ha. Nanti lix carikan.. Cheesecake je kan? Takde benda lain? Haih.. Apahallah pulak si chaery tu nak makan cheesecake masa ni?" Bebel felix. Han di hujung talian hanya boleh tergelak. Hahaha.. Anaknya itu ikut perangai ayah dia lah.. 

    " Yelah. Bye. Ha. Kejap lagi aku hantarlah. Aku nak lawat omma aku ni." Felix terus menamatkan panggilannya. Menggeleng dia mendengar telatah rakan sehari tua darinya itu. Macam budak-budak. Kalah ayen dan seungmin.

    " Omma, lama lix tak jumpa omma." Bisik felix perlahan sebelum dia memasuki tempat itu. Namun belum apa-apa, dia dah terlanggar seorang budak lelaki dalam lingkungan 5 tahun macam tu. Seorang lagi perempuan macam kakaknya terus menolongnya. Felix turut menolong budak itu bangun semula. Senyuman manis dilemparkan.

    " Minta maaf ahjussi tak nampak tadi. Kamu okey?" Haruto memandang ke felix. Macam ku pernah nampak lelaki ni. Tapi di mana ye?? Ryujin nampak terkedu memandang felix namun dia menggeleng apabila sesuatu muncul di fikirannya.

    " Haruto okey.. Takpe ahjussi.. Sikit je ni. Haruto pun salah. Tadi tak pandang depan sebab tengok telefon kakak." Balas haruto dengan senyuman manis juga. Felix memandang ryujin yang ditunjukkan oleh haruto dan terkejut kerana muka itu seperti anak perempuannya.

    " Jom adik. Omma suruh kita tunggu kat sana dulu." Ajak ryujin. Haruto mengikut meninggalkan felix bersendirian. Felix memandang kedua beradik itu sebelum tersenyum sendiri.

   " Tak mungkinlah ryujin.. Aku dah terlampau rindu dekat dia lah tu.." Bisiknya sendiri. Sekali lagi bahunya dilanggar seseorang secara tak sengaja. Reaksinya pantas melihat orang yang dilanggarnya hilang keseimbangan. Dia memeluk erat pinggang wanita itu manakala wanita itu memegang bahunya. 

    " Felix?" Suara merdu tu. Dia kenal suara itu. Matanya dibuka dan dia melihat wajah yang dirinduinya berada dalam pelukannya. Rasa nak menangis dan gembira dalam masa yang sama. Dia dah jumpa kembali wanita yang dicintainya.

    " Chaewon...."

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
I'M SORRY FOR HURTING YOU..Where stories live. Discover now