IZONE ADALAH SEKUMPULAN REMAJA PEREMPUAN YANG TERDIRI DARIPADA EUNBI, CHAEYEON, YENA, CHAEWON, MINJU, YURI, YUJIN DAN WONYOUNG. HIDUP MEREKA RIANG RIA DI UNIVERSITI SEOUL. NAMUN, SEMUANYA BERUBAH SELEPAS KEDATANGAN STRAY KIDS. HIDUP MEREKA HANCUR KE...
" Aik? Siapa datang malam-malam buta ni?" Minju soal sendirian sambil mengelap tangannya di kain di atas kabinet dapur. Jisu yang sedang tidur di katil bayi di ruang tamu dipandang sebelum dia membuka pintu. Dia terkejut melihat seorang wanita yang berada di hadapn rumahnya.
" Tzuyu unnie! Kenapa tak cakap nak datang? Karang kalau minju tidur awal macam mana?" Minju berkata sambil memeluk kakak angkatnya itu setelah tzuyu masuk ke rumahnya. Tzuyu tersenyum manis. Entah kenapa tiba-tiba dia rindu kat minju dan jisu. Dialah orang yang jaga minju lepas puan kim dan tuan kim membuang minju dari hidup mereka. Dari minju mengidam makan entah apa-apa sampailah lahir jisu. Dia ada ajak minju tinggal bersamanya tapi minju lebih selesa tinggal di rumah yang abangnya belikan untuk dia. Rumah kecil je.
" Saja. Nak buat suprise. Minju masak apa?" Tanya tzuyu. Dia tak nak menganggu jisu yang sedang lena tidur. Baby kan.. Kerjanya tidur je lah.. Takkan nak main telefon pulak? Pelik betul..
" Masak makanan.." Jawab minju selamba sebelum memotong lobak merah di atas papan pemotong. Tzuyu mengetuk perlahan kepala minju. Dia ni.. Loya buruk pula...
" Tahulah awak tu masak makanan. Takkan lah masak batu dengan kayu pulak..." Tzuyu menjeling minju. Minju tersengih sebelum memasukkan lobak ke dalam pengisar.
" Nak buat bubur sayur untuk jisu. Untuk minju, makan tteobokki je lah.." Balas minju sebelum mengisar lobak merah. Tzuyu memerhati. Minju memang pandai masak. Ada je resipi baru yang nak dicuba. Tapi, lepas minju sambung balik belajar, dia makin kurang nak cuba memasak ni. Katanya sibuk. Pelajar mediklah katakan...
" Minju, unnie tengok minju makin kuruslah.. Unnie faham minju sibuk. Tapi, tolonglah jaga diri juga. Kalau nanti minju masuk hospital sebab kekurangan zat macam mana? Mesti jisu rindu mak dia.." Kata tzuyu. Minju tersengih kecil sambil meletakkan kuali yang berisi tteobokki. Bubur jisu masih dimasak selepas dikisar tadi. Tzuyu mengeluarkan satu bekas makanan dari beg yang dibawanya.
" Nah, unnie ada buat bibimbap sebelum datang sini. Keluarkan. Boleh makan sama-sama.." Minju mengangguk dan mengeluarkan bibimbap dari bekas itu. Makan malam dia dan tzuyu unnie malam ni mewah juga walaupun tak semewah mana..
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Tteobokki cheese
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.