BAB 60

149 24 0
                                    

Felix p.o.v

    " Hyung.. Nah. Teruk betul mengidam yena unnie.. Sampai sanggup kau datang sini untuk brownies.." Kata Felix perlahan sebelum menyerahkan beg kertas berisi bekas brownie yang dimasak olehnya. Chaewon takde kat rumah. Masih di hospital. Haruto dan Ryujin pula bersama dengan kawan-kawan diaorang yang lain sekarang ni.

     " Entahlah... Agaknya baby tu tahu ayah dia nak jaga dia, jadi dia demand macam-macam yang abang dengan kakak dia tak dapat sebelum ni. Chaewon macam mana?" Soal Changbin pula. Chaewon sama-sama mengandung seperti yena. Tapi kandungnya muda sebulan dari yena.

    " Chaewon? Hehehe.. Dua hari dia demand nak makan mangga muda tapi tak jumpa-jumpa. Lix kena tidur dengan anak-anak sebab dia loya bau badan Lix." Cerita Felix pula. Changbin tersengih. Masalah yang sama nampaknya.

    " Chan hyung lagi teruk. Eunbi noona tinggal dengan family dia.. Dia tinggal seorang diri. Sebab Eunbi noona tak boleh dengar suara dia. Terpaksalah mereka berdua mesej je kalau rindu." Sambung lelaki berambut blonde itu lagi. Changbin tergelak kecil. 

     " Chae dah balik.. Oh, Changbin oppa?" Chaewon yang baru balik dari hospital tersenyum manis melihat changbin dan beg kertas di tangan changbin. Dia tergelak kecil.

    " Yen unnie dah kata dah.. Memang betullah changbin oppa sanggup datang ke sini semata-mata nak minta Lix buatkan Brownies.." Kata Chaewon perlahan. Changbin menggaru kepalanya yang tak gatal mendengar kata-kata chaewon tadi.

    " Hehe.. Oh ye, hyung nak balik dulu Lix! Mengamuk yena nanti kalau tak dapat makan brownies ni.. Bye, Lix.. Bye Chaewon..." Mereka berdua melambai kembali dengan senyuman manis sehingga changbin selamat keluar dari rumah mereka. Chaewon menghela nafas perlahan sebelum memandang Felix tajam.

    " Jadi mangga muda?" Soal Chaewon perlahan. Mukanya berubah dari senyuman semanis madu ke muka sedingin peti sejuk. Felix tersenyum dan menggosok kepala isterinya perlahan. Comel betul isteri dia kalau pasal makanan.

    " Mestilah ada. 10 biji lagi.. Tapi kena makan sebelum haruto balik.. Nanti dia rompak mangga yang appa dia belikan untuk omma dia." Balas Felix. Dah maklum yang puteranya amat menyukai mangga. Makin masam mangga tu, makin dia suka makan.

    " By the way, saya lupa nak cakap dekat changbin hyung yang saya tak masak brownies tu. Ryujin yang buat brownies tu semalam." 

-------

Rumah Changyen,

Changbin p.o.v

    " Kenapa rasa lain brownies Felix ni? Entah-entah abang beli? Malas nak jumpa Felix jadi abang beli.. Kan? Baik mengaku sekarang!" Yena menyoal changbin selepas merasai satu potong brownies yang dimasak oleh felix itu.

    " Mana ada.. Betul-betul saya minta kat dia brownies dan dia bagi kat saya bekas tu.. Saya sumpah sayang.. Percyakanlah suami awak yang hensem ni..." Yena menjulingkan mata. Hensemlah sangat.. Tapi hensem jugalah.. Suami dia kan?

    " Yelah.. Yena percaya. Mungkin Felix ubah resepi sikit kot.. Bila Yeonjun dengan Yebin nak balik?" Soal Yena. Anaknya rindu dekat kakak dengan abang dia tu. Baru je changbin nak menjawab, pintu rumah dibuka. Yeonjun masuk bersama yebin di sebelahnya. Dah habis bermain dengan kawan-kawan lah tu..

     " Omma! Kami dah balik.. Auntie Eunbi hantar balik tadi. Auntie minju bagi omma kek coklat. Dia kata abang yeonju kata omma teringin nak makan kek coklat.." Bisik yebin perlahan namun sayangnya yeonjun mendengar kata-katanya. Pantas dia menarik adiknya dan menutup mulut Yebin.

    " Ish.. yebin ni gurau je omma.. Omma makanlah kek tu eh.. Jun nak bawa adik naik atas. Mulut celupar punya adik.. Kan abang dah kata jangan bagitahu omma.. Ish.. Kalau abang gigit adik ni boleh tak?" Terkekeh Yebin ketawa mendengar kata-kata abangnya. Yena hanya melihat sebelum menggeleng perlahan sambil tertawa kecil.

I'M SORRY FOR HURTING YOU..Where stories live. Discover now