BAB 11

330 26 1
                                    

Chaeyeon p.o.v

    " UNNIE!" Chaeyeon terkejut melihat seseorang tiba-tiba memeluknya sebaik sahaja pintu rumah ommanya dibuka. Adiknya lee chaemin memeluknya erat. Nasib baik si chaeryeong dalam stroller. Bukan kat tangan dia. Kalau tak, sesak nafas anaknya itu.

   " Chae, selamat kembali.." Kata Puan lee. Dia memeluk anak sulungnya erat. Rasa bersalah menyerbu dirinya ketika dia melihat anak sulungnya itu. Macam manalah agaknya dia teruskan hidup kat luar tu dengan anaknya ini?

   " Omma, mana appa?" Chaeyeon bertanya. Chaemin mendukung chaeryeong yang menangis sekejap tadi. Dia balik ni pun sebab Tuan lee tak sihat dan asyik menyebut pasal anak sulungnya ini. 24 jam asyik sebut.

    " Kat atas. Dalam bilik. Chae nak bawa chaeryeong sekali ke?" Chaeyeon mengambil dan mengambil anaknya dari tangan chaemin. Mereka bersama-sama naik ke tingkat 2 rumah itu dan membuka pintu bilik tidur omma dan appa dia. Sayu hati dia melihat seorang lelaki terbaring dengan keadaan lemah di katil itu.

   " Chae...yeon..." Lelaki itu memanggilnya lemah. Air mata chaeyeon terus mengalir. Dia mendekati Tuan lee dan mencium perlahan tangan lelaki tua itu. Chaeryeong diletakkan di sebelah tempat Tuan lee. Tuan lee dah duduk dari baringnya tadi. Dia memandang cucunya yang memandangnya dari tadi.

   " Appa ni chaeryeong. Cucu appa." Tuan lee mengusap rambut chaeryeong yang nipis sebelum tersenyum melihat mata bulat chaeryeong.

Puan lee p.o.v

    Pintu ditutup menyedarkan dia dari angannya. Dia memandang ke biliknya. Chaeyeon keluar dengan chaeryeong. Dengan senyuman dan mata yang masih bersisa air mata.

   " Chaemin.." Dia memanggil anak bongsunya dan mengisyaratkan sesuatu. Chaemin terpinga-pinga dulu sebelum dia faham. Dia mengambil anak saudaranya di dukungan chaeyeon sebelum mengisyaratkan pada omma mereka. Chayeon membuat muka tak faham sebelum duduk di depan Puan lee.

   " Omma, kenapa ni? Ada apa-apa nak bincang dengan chae ke?" Dia memandang ommanya. Dari tadi muka puan lee macam tu. Seorang maid datang menatang dulang yang berisi dua cawan air dan menghidangkannya.

   " Macam ni chae. Omma dan appa dah bincang. Kami nak serahkan syarikat kami kat kamu. Appa kata dia dah terlalu tua untuk jaga syarikat tu lagi. Omma pula tak tahu macam mana nak jaga syarikat tu. Chaemin terlampau muda pulak. Jadi, tinggallah kamu harapan kami untuk jaga syarikat kami." Chaeyeon menelan air liur. Aku ambil bidang engineering. Bukan arkitek. Macam mana nak jaga syarikat?

   " Boleh ke chae jaga syarikat tu? Chae tak pandai.." Balas chaeyeon pula. Puan lee tersenyum nipis.

    " Chae, omma dengan appa percayakan kamu. Kami yakin untuk kamu jaga syarikat kami." Balas puan lee kembali. Chaeyeon tersenyum pahit. Belum sempat dia nak jawab, suara chaeryeong membuatkan dia mencari anaknya.

Chaeyeon p.o.v

    " Kenapa chaeryeong nangis?" Tanya chaeyeon kepada adiknya. Chaemin hanya tersengih sambil mengangkat bahu. Chaeyeon mengambil anaknya itu

   " Hmm... Lapar ni.." Kata chaeyeon. Dia mengambil botol susu milik chaeryeong di dalam sebuah beg. 

    " Unnie terima ke apa yang omma cakap tu?" Tanya chaemin dengan sengihan. Chaeyeon mencubit lengan adiknya.

   " Hmm.. Dah tau lah ni.." Balas chaeyeon sebelum dia tergelak bersama adiknya itu. Puan lee memandang mereka dari jauh.

-----

Wonyoung p.o.v

   " Dah faham lah ayen? Nak saya ulang balik ke?" Tanya wonyoung. Dah 2 kali dia terangkan sebab lelaki kat depan dia ni tak faham. Dah tau tak boleh masuk kelas sains, dia masuk juga. Inilah akibatnya.. Soobin pun dah selamat tidur dekat tilam nipis berdekatan mereka berdua.

   " Dah. Jadi jantung ada dua bahagianlah kan? Satu bawa darah beroksigen. Yang kedua bawa darah terdioksigen?" Tanya jeongin. Wonyoung mengangguk sebelum membuka buku latih tubi. Satu muka surat ditunjukkan kepada jeongin.

   " Ayen, awak buat kerja ni dengan muka surat belaknag untuk pastikan awak betul-betul faham okey? Kalau tak faham juga.. Kita kena ulang semula pelajaran hari ni.." Kata wonyoung lagi. Jeongin mengangguk sebelum memandang buku di hadapannya. Wonyoung memandang sebelum telefonnya berbunyi. Ada mesej dari abangnya

Wooyoung Oppa.

 Adik, malam ni dinner sama-sama. Lama tak dinner dengan adik abang.

Okey. Soobin?

Bawa sekali lah. Kita makan kat kedai biasa je. Bukan restoran 5 star.

Okey. Pukul berapa?

9.00 macam tu. Nanti abang escape meyuarat dengan appa. Buat apa ada pembantu kan..

Yelah.. Jumpa malam nanti..

      " Siapa? Boyfriend ke?" Tanya jeongin. Wonyoung leka membalas mesej dengan lelaki yang tak dikenalinya itu. Wonyoung menggeleng.

   " Abang saya. Saya mana ada boyfriend.. " Kata wonyoung. Ayat terakhir dia sedikit perlahan. Jeongin mengalihkan pandangan ke muka wonyoung. Buku latihan ditutup. Sebab satu dia dah siap. Dua, ada soalan yang perlu dia tanya wonyoung.

   " Serius lah awak takde boyfriend? Maksud saya tak mungkin semua pelajar universiti tak sukakan awak. Awak kan cantik.. Lainlah kalau mereka tak suka awak sebab soobin." Kata jeongin. Wonyoung mengangkat muka dari telefonnya. Apa maksud lelaki ni?

   " Apa maksud awak ayen? Awak nak salahkan soobin ke semuanya jadi macam ni?!" Suara wonyoung dah tinggi. Namun, dia masih duduk di kerusinya.

   " Saya nak cakap kat awak yang soobin tak pernah salah dalam hal ni! Ni semuanya salah awak! Kalau awak tak muncul dalam hidup saya beberapa tahun lepas, semuanya takkan jadi macam ni. Saya akan masih ada ramai kawan. Saya duduk dengan family saya! Tapi, sebab awak! Semuanya hancur, yang jeongin!" Disebabkan suara wonyoung yang agak kuat, soobin terjaga. Dia cepat-cepat mendapatkan soobin dan menenagkannya.

   " Saya nak balik." Kata wonyoung. Anaknya diletakkan di bawah sebentar apabila soobin berhenti nangis. Semua barang termasuk buku-bukunya dikemas. Jeongyeon yang muncul entah dari mana disalam sebelum dia membawa soobin balik. Jeongyeon senyap memerhati.

------

jeongin p.o.v

   " Ayen, apa ayen cakap lagi? Ayen tahukan dia sayang soobin.. Kenapa cakap macam salah soobin dia takde kekasih?" Jeongyeon mengeluh. Tak faham orang betullah adik dia ni.. Salah ajaran aku ke?

   " Ayen..." Jeongin tak meneruskan kata-katanya. Ada sebuah buku diambil. Tertulis ' MY DIARY'. Setahu dia dia tak pernah ada diari dan jeongyeon noona benci menulis diari. Jadi, mungkin milik wonyoung? Kenapa dia tinggalkan? Oh, dia kelam kabut tadi.. Diari bewarna putih itu dibelek-belek. Cantik diari ni..

 Cantik diari ni

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
I'M SORRY FOR HURTING YOU..Where stories live. Discover now