BAB 34

215 16 2
                                    

Yeji p.o.v

    " Yeji!" Langkah kaki yeji terhenti mendengar satu suara memanggilnya. Dia tersenyum sebaik sahaja menoleh. Yeonjun menghampirinya dengan laju.

   " Hai Jun. Lambat awak datang hari ni?" Tegur yeji apabila yeonjun tiba di hadapannya. Yeonjun tersengih sambil menghirup balik oksigen setelah berlari jauh sebaik sahaja nampak yeji tadi.

   " Hehehe.. Appa saya hantar saya hari ni. Omma hantar yebin ke taska. Awak pun lambat. Tak naik basikal ke?" Tanya yeonjun semula. Yeji menggeleng.

   " Hari ni omma hantar saya. Appa saya sibuk. Kejap. Bukan masa first time kita jumpa awak cakap awak tak tahu siapa ayah awak kan?" Tanya yeji kembali. Yeonjun tersengih.

   " Dulu, ya. Semalam baru saya jumpa dia balik. Dia hensem. Sama macam saya. Hehe.. Awak tahu siapa ayah saya?" Tanya yeonjun lagi. Yeji mengangguk perlahan.

   " Kalau ibu awak bernama Choi yena, ayah awak berkawan dengan ayah saya, nama ayah awak ialah Seo Changbin. Kan? Sebab nama awak Seo Yeonjun." Jawab yeji senang. Yeonjun mengangguk dengan senyuman lebar.

   " Tak peliklah awak pelajar terpandai selepas jisu. Cakap pasal jisu, mana dia eh? Tak datang ke hari ni?" Yeonjun cuba mencari kelibat jisu namun tak jumpa. Chaeryeong pun takde. Mana diaorang berdua pergi?

  " Haahlah Chaery pun takde. Tapi bukan ke sepatutnya jisu masih kat hospital. Awak tak ingat dia batuk sampai keluar darah semalam. Mustahil appa dia bagi dia pergi sekolah hari ni." Jawab yeji untuk soalan yeonjun. Sebaik sahaja dia habis jawab, chaeryeong masuk ke kelas dengan muka masam. Senyuman muncul apabila dia nampak yeji dan yeonjun.

    " Hai yeji. Yeonjun." Kata Chaeryeong perlahan. Yeji mula pelik dengan perangai kawan dia yang seorang ni.

   " Chaery, kau kenapa? Monyok je pagi ni. Tahulah jisu tak datang. Tapi kitaorang berdua kan ada untuk teman kau.." Tanya yeji. 

   " Takde. Aku tak kisah pasal jisu tak hadir. Yang aku panas nya tadi ada seorang budak kelas sebelah langgar aku. Dahlah dia bawa air oren, tak pasal-pasal buku catatan aku kena air oren dia. Tak guna betul.." Bebel chaeryeong seorang diri. Yeji dan yeonjun tergelak.

   " Alah relakslah.. Benda selalu berlaku kan. Biasalah budak-budak zaman sekarang ni.. Tak payah ambil hati sangatlah.." Balas yeji dengan senyuman manis. Dia sedar tak yang dia juga budak-budak lagi?

   " Ayat kau kan serupa macam orang tua tau. Macam PA appa kau. Siapa nama dia, Sarah eh?" Soal chaeryeong. Muka yeji yang penuh kegembiraan bertukar kepada wajah penuh dendam. Dia menggeleng laju.

   " Jangan sebut nama nenek sihir tu depan aku. Sebab dialah, adik aku makin tak sihat. Nasib dia baik sebab appa pecat dia sebelum sempat aku simbah air panas kat dia." Balas yeji geram. Yeonjun yang tak faham apa-apa hanya terpinga-pinga.

    " Sarah tu PA uncle hyunjin. Dia suka uncle hyunjin walaupun dia tahu uncle hyunjin dah ada isteri dengan anak. Nasib baik dia pergi sebelum yeji naik angin. Yeji naik angin teruk tahu. Pernah budak kelas sebelah yang terlanggar jisu masa kitaorang ke kantin kena tumbuk dengan yeji. Berlebam pipi budak tu. Tak pasal-pasal sebulan yeji kena denda bersihkan dewan sekolah.." Cerita chaeryeong sebelum tergelak. benda tu terjadi waktu tahun pertama mereka sekolah kat sini tapi dia masih lagi tak dapat lupa. Yeonjun juga tergelak.

   " Dahlah tu Han Chaeryeong.." Suara yeji yang bergetar menandakan dia malu atau marah membuatkan chaeryeong makin kuat gelak. Akhirnya yeji buat tak layan. Baik dia buat kerja sendiri dari duk melayan yeonjun dan chaeryeong.

-----

Sementara itu, Sakura Kindergarten,

Jihoon p.o.v

   " Alah bosanlah jae tak datang lagi.. Cikgu kkura, kenapa jae tak datang lagi hari ni? Bila boleh main dengan jae lagi?" Jihoon bertanya sakura dengan bibir yang sengaja dimuncungkan. Sakura tersenyum sebelum mencubit pipi jihoon.

    " Hoon yah.. Jae masih tak sihat. Kita kenalah bagi dia rehat lama sikit sampai dia sihat okey? Boleh kita mulakan pelajaran? Kerja sekolah yang miss bagi semua dah siap ke?" Tanya sakura. Yebin mengangkat tangannya.

   " Cikgu nak tanya. Betul ke yuna dengan gyu adik beradik? Kenapa kitaorang tak pernah tahu?" Tanya yebin pula. Sakura yang baru nak mencari benda yang perlu diajar hari ni terhenti. Dia memandang ke dua pelajar yang bergelar kembar tak seiras itu.

   " Apa kata Cik yuna dan encik Beomgyu terangkan sendiri?" Sakura mengangkat kening pada kedua pelajarnya itu. Beomgyu memandang kakak kembarnya yang mungkin lebih tahu darinya.

   " Cerita dia macam ni, dulu masa gyu dalam perut omma dengan yuna masih kecil, haelmonni tak suka omma. Jadi dia pisahkan omma dengan appa. Omma lari ke Jeju kot.. Dengan gyu belum lahir lagi. Bila gyu lahir, 5 tahun macam korang gyu membesar kat sana. Masa kitaorang tahu kitaorang adik beradik adalah masa hari pertama yang kitaorang berdua balik lambat. Omma dengan appa jumpa masa tu. Best kan?" Yuna bercerita sebelum tergelak kecil. Beomgyu juga gelak.

   " Wau! Kalau jeongwoo pula, omma dengan appa jumpa masa kat majlis haelmonni dengan hareboji buat. Uncle woo punya kerja. Tapi appa jeongwoo hensem lah.." Jeongwoo pula bercerita. Sakura hanya melayan. Biarlah diaorang bercerita. Semua baru pertama kali bertemu ayah masing-masing kan...

    " Daddy eunjin pun hensem. Mummy dengan daddy jumpa masa makan malam kat rumah keluarga Daddy. Eunjin jumpa abang taehyun juga. Abang pun hensem juga!" Eunjin seronok bercerita.

   " Ruto jumpa appa masa tengok kubur haelmonni. Masa tu, appa langgar haruto. Sakit.. Nasib appa minta maaf. Lepas omma jumpa appa, appa bermalam kat rumah kami. Ruto bangun tengok appa tidur kat sebelah omma. Sweet betul omma dengan appa. Kakak ryu tarik ruto cakap jangan kacau omma dengan appa. Dan sekarang, kitaorang tinggal kat mansion appa!" Riang suara haruto. Jihoon megangkat tangan pula nak berecrita.

   " Hoon dah lama kenal appa dengan kakak chaery. Tapi baru dua kali termasuk dua hari lepas hoon jumpa diaorang. Sekarang ni walaupun omma dengan appa masih tak berapa rapat, kami dah duduk satu rumah!" Senyuman jihoon melebar apabila dia dapat bercerita.

   " Giliran yebin pula! Yebin jumpa appa lepas appa nak ambil bunga ros biru yang appa belikan untuk haelmonni. Lepas tu, abang jun cakap kitaorang akan ada adik baru. Yebin tak pasti apa abang maksudkan, tapi entah kenapa otak yebin sangat cepat berfikir.." Yebin tergelak kecil mengingat peristiwa petang itu.

   " Junho last! Omma kata omma jumpa appa kali pertama kat hospital masa kakak ichu masuk hsopital sebab tak cukup rehat. Junho best jumpa appa. Tapi yang paling best jumpa kakak ichu. Dan korang semua takkan percaya! Kakak Ichu cantik sangat-sangat! Kakak ichu sama cantik dengan omma! Nombor dua dalam hati junho. Nombor satu mestilah omma." Junho bercerita sebelum jihoon mengeluh.

    " Kita semua dah cerita tapi masih tak dengar cerita jae. Hmm, agaknya jae dah jumpa appa dia ke eh?" Sakura tersenyum mendengar soalan jihoon.

   " Sabar ye semua. Nanti bila jae dah sihat, dah datang sekolah balik.. Kita suruh dia cerita. Tapi sekarang.. Keluarkan buku dulu. Kita belajar dulu. Ada yang tak dapat buat kerja yang cikgu bagi semalam tak?" Semua mengggeleng serentak. Sakura tersenyum sebelum sambung mengajar untuk hari ni. Tajuk hari ni adalah tolak.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.


I'M SORRY FOR HURTING YOU..Where stories live. Discover now