BAB 51

175 24 1
                                    

Minju p.o.v

   " Omma ni rumah siapa? Cantiknya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

   " Omma ni rumah siapa? Cantiknya..." Soal Junho perlahan semasa minju membuka pintu rumah itu menggunakan segugus kunci di tangannya. Nasib baik minju tak letak handbag dia ke tepi selepas nampak ibu dan kakak minho di dalam rumah minho. Kalau tak, susah mereka nak buat apa-apa. Kunci ni memang selalu dibawa dalam handbag miliknya kalau ada apa-apa emergency.

    " Ni? Hmm.. Rumah siapa ye? Omma pun tak tahu. Ichu tahu?" Soal Minju main-main bertanya pada Jisu. Muka Jisu dan Junho serentak bertukar pucat. Mereka fikir ibu mereka mencuri kunci dan memecah masuk rumah orang.

    " Omma! Ni salah lah.. Mana boleh pecah masuk rumah orang! Omma.. Nanti orang tu datang kita masuk penjaralah.." Kata Jisu sedikit takut. Minju tergelak melihat anak-anaknya. Sekurang-kurangnya dia rasa terhibur sikit. Sembuh sikit sakit hatinya kepada suaminya yang tak guna tu.

    " Taklah sayang.. Ni rumah nenek omma. Ataupun moyang kamu berdua sayang. Rumah ni milik omma. Nenek omma bagi kat omma sehari sebelum dia tinggalkan omma.. Rumah ni satu-satunya harta nenek omma yang tinggal. Tanah dan barang kemas nenek omma semua dah dijual oleh anak-anak dia. Ni jelah satu-satunya kenangan omma dengan moyang kamu berdua." Kata minju memandang sekeliling ruang tamu rumah itu. Maish lagi sama macam dulu. Tak berubah. Gambar nenek masih tergantung cantik. Gambar dia dan neneknya juga masih ada.

    " Comelnya omma dulu. Pipi tembam... Eh, siapa budak lelaki sebelah omma ni?" Soal Junho memegang salah satu gambar yang diletak dalam frame. Dia menunjukkan pada ibunya. Minju tersenyum senget.

    " Budak ni ke? Oh, ini sepupu omma. Nama dia Lee minho. Dia sepupu omma merangkap ayah kamu berdua." Balas minju perlahan. Mereka berdua memang agak rapat dulu sebagai sepupu. Namun sejak apa yang minho lakukan kepadanya, buat dia semakin menjauhi sepupunya itu sendiri.

    " Jadi dulu omma dengan appa sepupu lah?" Soal Junho lagi. Minju mengangguk dan tergelak kecil. Rambut anaknya diusap perlahan.

   " Omma dengan appa selama-lamanya sepupu sayang.. Tapi sekarang hubungan kami dah tambah sebagai suami isteri. Tapi kami masih sepupu." Kata Minju perlahan. Kedua-dua anaknya mengangguk faham.

" Kalau kamu nak tahu lagi, sebenarnya omma dengan appa sepupu tiri. Atuk omma kahwin dua. Yang pertama dengan nenek appa kamu. Yang kedua dengan nenek omma. Dari nenek omma, ada banyak anak. Dari nenek appa kamu, ada dua orang anak je. Nenek kamu dan adik dia lagi seorang." Cerita minju lagi serba ringkas tentang keluarganya.

" Jadi, omma kita nak duduk sini sampai appa datang jumpa kita kat sini ke?" Soal Jisu perlahan. Minju tersenyum dan terdiam. Tak nak menjawab soalan si anak sulung.

" Jom kita bersihkan rumah eh.. Lama kita nak duduk ni.. Banyak betul habuk. Nanti asyik bersin je. Ichu, ambik penyapu dengan mop kat stor bawah tangga tu. Adik tolong omma buka kain yang tutup perabot ni eh?" Junho mengangguk dan mengikut arahan minju. Jisu memuncungkan bibir. Tahu ibunya sengaja menukar topik namun dia masih mengikut arahan si ibu.

I'M SORRY FOR HURTING YOU..Where stories live. Discover now