BONUS CHAPTER (MINMIN FAMILY)

130 25 0
                                    

Minho p.o.v

    " Macam mana omma kamu boleh pengsan dalam bilik air ni?" Soal Minho perlahan pada dua anaknya. Jisu dan Junho serentak mengangkat bahu tak tahu. Mereka dengar macam ada sesuatu jatuh dalam bilik air. Ingatkan apalah, sekali omma mereka.

    " Mungkin omma pengsan sebab penat sangat kot.. Badan omma panas ni.." Kata Junho pula. Kain yang dibasahkan diletakkan di atas dahi minju perlahan. 

     " Ichu dah telefon auntie chae. Auntie chae kata omma kena banyak berehat sampai demam tu reda. Dan nampaknya macam appa lah yang kena masak, kena jaga kami semua untuk hari ni.." Kata Jisu. Itulah yang paling menakutkan minho, setakat masak okey lagi.. Macam mana kalau...

    " HUWAA!!!" Baru nak cakap, Sunghoon dah bangun. Aduhai.. Kenapa tak tidur sampai mak awak sihat je sayang appa ni? Pantas Sunghoon dibawa keluar dari bilik kerana tak nak kacau minju berehat. Jisu dan Junho turut berlalu keluar selepas memastikan posisi ibu mereka selesa.

       " Appa, Nak botol susu Junho. Pandai-pandailah appa buat susu eh.." Jisu jahat berkata sebelum menghulurkan botol susu sunghoon. Adiknya ditarik masuk ke bilik mereka. Minho memerhati anak-anaknya sebelum menghela nafas. Sehari je minho. Untuk hari ni je kau kena jaga sunghoon. Berusahalah...

    " Sunghoon sayang, adik duduk bawah dulu eh.. Appa nak buat susu untuk sunghoon.." Seperti memahami sunghoon senyap duduk di kawasan ruang tamu. Minho pantas berlalu ke dapur menuang air panas dan menyiapkan susu sunghoon. Nasib dia memang dah belajar cara nak buat susu bayi. Dia pantas ke depan semula namun panik melihat anaknya tiada di tempat dia letak anaknya tadi. Aduh dia memang lupa anaknya dah pandai merangkak.

     " SUNGHOON! SUNGHOON!" Jeritnya sambil mata meliar mencari anaknya. Dia melihat ke bawah meja dan disemua tempat sehingga keluar rumah. Baru ternampak anaknya. Menggigit ekor salah seekor kucingnya. Sunghoon appa!

     " Doongie no!" Arahnya sebelum mendukung sunghoon sebelum sempat kucing oren itu mencakar anaknya kerana kesakitan. Doongie mendengus marah sebelum berlalu mencari rakan kucingnya yang lain. Minho menghela nafas lega. Nasib anaknya tak dicakar, kalau tak mengamuk minju melihat anak bongsunya tercedera.

    " Ni, appa ada bawa susu sunghoon. Yang kamu pergi gigit ekor doongie tu kenapa? Tak pasal-pasal nanti luka karang.." Bebel Minho perlahan. Dia duduk di sofa ruang tamu sambil memberi anaknya minum susu. Perlahan-lahan mata Sunghoon terlelap semula. Minho menghela nafas lega sebelum menutup matanya juga.

Jisu p.o.v

    " Kakak nak turun kejap. Nak tengok appa dengan adik." Kata Jisu pada Junho sebelum meninggalkan bilik mereka berdua. Junho tanpa memandang hanya mengangguk. Tak terfikir pun sebenarnya kakakya nak buat seidkit kejahatan.

     Jisu turun ke bawah dan sedikit pelik melihat keadaan sedikit sunyi sepi. Adiknya dan ayahnya kedua-duanya tidur. Perlahan dia tersenyum jahat. Adiknya didukung dan dibawa masuk ke dalam biliknya dan bilik Junho. Junho hanya senyap melihat sunghoon tidur. Dia ke bawah semula untuk menyepahkan kawasan ruang tamu. Buat macam rumah baru dimasuki pencuri.

    " Hehehe.. Good luck appa.."

--------

Beberapa jam kemudian,

Minho p.o.v

     " Urgh.. Sakitnya badan.. Aduhai kenapa rumah bersepah ni? Mesti budak berdua tu main tak kemas. Aduhai Jisu, Junho. Nasib appa sayang." Keluh Minho. Perlahan-lahan dia mengemas segala barang yang bersepah di ruang tamu dan dapur itu. Selesai mengemas, dia duduk semula di sofa yang menjadi tempat tidurnya.

     " Huh.. penat juga takde omma kan Sunghoon?" Minho memandang ke tepinya namun kelam kabut apabila anaknya takde di sisinya. Baru teringat anak bongsunya itu. Dia menuju ke sangkar kucing-kucingnya. Risau kalau anaknya mengacau lagi kucing-kucingnya. Namun, sunghoon tiada berdekatan dengan kucing-kucingnya. Kelam kabut Minho mencari lagi anaknya.

Minju p.o.v

    " Sakitnya kepala ni.. Apa ni?" Tuala basah yang diletakkan di dahinya diletakkan di atas meja sebelah katil. Berdenyut kepalanya akibat pening tadi. Kali terakhir dia di alam bilik air, dan sekarang ni atas katilnya. Mesti Minho pindahkan. Dia memandang ke katil bayi untuk melihat anaknya tapi sunghoon tiada di situ.

     " Dengan Minho agaknya.." Ucapnya sendirian. Apabila melalui bilik anak-anaknya, dia mendengar suara Jisu dan Junho ketawa. Entah apalah yang kelakar tu. Tengok video kot. Dia truun ke bawah dan mengerutkan dahi melihat Minho yang mencari sesuatu dengan kelam kabut. Baru dia nak bertanya, minh terlebih dahulu nampaknya. Serta merta pucat muka suaminya.

     " Abang kenapa? Baby mana?" Soal Minju perlahan. Minho mendiamkan diri. Memikirkan apa yang perlu dia jawab pada isterinya sedangkan dia sendiri tak tahu kat mana anak bongsu mereka berdua.

      " Omma cari Sunghoon ke?" Suara Jisu kedengaran. Minho dan Minju serentak memandang ke arah anak sulung mereka yang dengan selambanya mendukung adik keduanya itu. Junho di sebelah tersengih menampakkan giginya.

      " Kakak Ichu sabotaj appa. Dia bawa Sunghoon naik masa appa tertidur dengan sunghoon kat bawah. Lepas tu dia sengaja sepahkan rumah buat macam ada pencuri masuk dan culik Sunghoon." Junho memberitahu kejahatan kakaknya itu. Jisu mencubit lengan junho perlahan. Minju tergelak sebelum mengambil sunghoon dari dukungan jisu.

    " Ichu buat lagi sekali macam tu, Duit belanja seminggu appa potong." Ugut Minho. Jisu hanya tergelak kecil. Alah.. Appa tak nak bagi duit tak kisah, Jisu boleh minta kat omma. Kata gadis itu dalam hatinya.

     " Laparlah omma.. Jom makan sama-sama omma." Ajak Junho perlahan. Mereka nak menunggu minju jaga je sebab untuk makan bersama-sama satu keluarga. Itu peraturan keluarga Lee ini.

    " Okey. Jom makan sama-sama.." Balas Minju perlahan sebelum menuju ke dapur. SUnghoon didudukkan di kerusi miliknya. Sunghoon dah boleh mula makan. Tapi benda yang lembut-lembut jelah. Giginya baru nak tumbuh. Minho mengambilkan nasi untuk semua ahli keluarganya sementara minju menyiapkan makanan sunghoon.

      " Ichu harap keluarga kita akan bertahan selama-lamanya macam ni. Boleh omma? Appa?" Minju dan MInho memandang Jisu sebelum memandang sesama sendiri. Minho meletakkan mangkuk berisi nasi di depan Jisu sebelum mencium dahi puteri tunggalnya itu.

     " Mestilah boleh sayang. Itu wajib. Kita mesti bersama-sama selama-lamanya.."

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Lee's Family

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Lee's Family

Lee Minho + Kim Minju

Lee Jisu, Lee Junho, Lee Sunghoon

I'M SORRY FOR HURTING YOU..Where stories live. Discover now