Chaewon p.o.v
" Kenapa ni? Apa jadi?" Chaewon terpinga-pinga menyoal sebaik sahaja ternampak beberapa doktor kejar mengejar seperti ada sesuatu dahsyat berlaku. Pernah macam ni dulu berlaku. Masa ada kemalangan yang teruk. Takkanlah ada kemalangan teruk lagi?
" Ada sebuah lori terbabas berlanggar dengan beberapa kereta dan merempuh pejabat pos yang dekat dengan pejabat pos. Banyak orang yang mengalami kecederaan teruk dan ada yang perlu dikejarkan dengan cepat dengan dewan bedah." Beritahu minju. Dia menuju ke ruangan trauma. Ada kanak-kanak, ada dewasa dan ada orang tua sekali. Tapi yang paling mengejutkan dia sendiri ialah yang terbaring di salah sebuah katil denga belumuran darah.
" Pembedahan kali ni kau tak boleh ikut, chae.. Ingat peraturan kita kan?" Soal minju perlahan. Chaewon hanya mengangguk perlahan. Memang mereka ada peraturan. Kalau salah seorang ahli keluarga atau kenalan mereka perlu dibedah dengan segera, mereka takkan ikut. Dan salah seorang yang terlibat dalam kemalangan itu ialah suami chaewon sendiri. Memang dia takkan ikut pembedahan kali ni.
" Baik pergi ambil ryujin dengan haruto. Bawa diaorang ke sini." Nasihat wonyoung sebelum mengikut minju ke dalam dewan bedah. Chaewon mengambil telefon di dalam poket sebelum menelefon nombor seseorang. Nombor telefon cikgu sakura.
Chaewon: Helo cikgu. Saya ibu haruto. Saya nak ambil dia sekarang.
Sakura: Sekarang ye? Okey nanti saya bagitahu dia.
Chaewon: Terima kasih cikgu." Ambil ryu dulu." Chaewon mengingatkan dirinya sebelum membuka kot putih yang dipakainya. Kot itu digantungkan di kerusi biliknya dan dia mencapai baju tebalnya. Kunci kereta dan dompet turut diambil sebelum dia bertolak ke Seoul Primary School.
-------
Haruto p.o.v
" Kakak!" Suara kecil haruto menjerit sebaik sahaja nampak kakaknya keluar dari kereta ibunya. Ryujin tersenyum sebelum mengambil beg sekolah haruto. Mereka berdua bersama-sama masuk ke kereta chaewon.
" Hai sayang.. Seronok belajar ke? Sorry omma terpaksa ambil sekarang. Jangan marah omma eh.." Haruto tersenyum dan mengangguk. Dia mengambil tempat di sebelah chaewon manakala ryujin duduk di bahagian belakang.
" Tak kacau pun. Kitaorang tengah rehat masa cikgu bagitahu omma nak ambil. Haruto dah belajar semua benda hari ni. Siap ada kerja rumah lagi.." Cerita Haruto seronok. Chaewon tersenyum. Baguslah kamu gembira sayang...
" Omma, kenapa tiba-tiba omma jemput awal ni? Kenapa appa tak ikut sekali?" Tanya ryujin. Sejak tadi kepalanya tergiang-giang soalan tu, namun masih belum dapat peluang untuk bertanya lagi. Lagipun, jalan yang mereka lalu ni bukan jalan menuju ke rumah mereka. Mereka nak ke mana?
" Appa kemalangan. Kena langgar dengan lori dekat dengan pejabat pos. Sekarang ni appa kamu kat dewan bedah. Sebab tu omma kena bawa kamu berdua ke sana." Cerita chaewon. Haruto memandang ryujin, ryujin memandang haruto kembali.
" Omma takut kalau ini kali terakhir kitaorang jumpa appa ke?" Soal haruto perlahan. Ryujin mencubit lengan adiknya. Apa tanya soalan macam tu? Muka chaewon pun berubah sedikit namun dia masih cuba tersenyum. Kereta itu sunyi sepanjang jalan menuju ke hospital. Ryujin ataupun haruto tak nak bersuara. Takut ayat mereka melukakan hati si ibu.
Di hospital,
Chaewon p.o.v
" Encik tahan sikit ye.. Saya nak sapu antibiotik ni. Pedih sikitlah.." Perlahan-lahan ubat antibiotik disapu pada seorang lelaki yang menjadi salah satu mengsa kemalangan teruk itu juga. Lelaki itu sedaya upaya menahan kesakitan pada lukanya. Nasib tak teruk sangat. Dia nampak ada seorang perempuan kena bawa masuk dalam dewan bedah sebab matanya dimasuki kaca. Kesian tengok. Lebih-lebih lagi melihat seorang budak lelaki menangis tak henti menunggu dia keluar. Puas jururawat memujuknya untuk berehat, tapi dia masih lagi di situ.
YOU ARE READING
I'M SORRY FOR HURTING YOU..
RandomIZONE ADALAH SEKUMPULAN REMAJA PEREMPUAN YANG TERDIRI DARIPADA EUNBI, CHAEYEON, YENA, CHAEWON, MINJU, YURI, YUJIN DAN WONYOUNG. HIDUP MEREKA RIANG RIA DI UNIVERSITI SEOUL. NAMUN, SEMUANYA BERUBAH SELEPAS KEDATANGAN STRAY KIDS. HIDUP MEREKA HANCUR KE...