BONUS CHAPTER (HANCHAE FAMILY)

102 17 1
                                    

Author p.o.v

     " APPA!! BANGUN! KATA NAK AMBIK OMMA KAT AIRPORT! Nanti omma kena tunggu lama appa kat airport! Appa! Bangun!!" Mata Han terpisat-pisat terbuka melihat 2 anaknya melompat di atas katil. Aduhai.. Nasib anaknya yang paling bongsu masih kecil lagi. Kalau tak, yang tu pun join sekali main lompat-lompat.

    " Yelah.. Masih awal lagi. Flight omma kamu sampai pukul 3.45 nanti kan..." Balas Han semula. Matanya cuba ditutup namun tak berjaya kerana Jihoon menghempap tubuhnya dengan kuat. Aduh.. Senak perut ni rasa.. Dahlah badan Jihoon bukan main tembam dia..

    " Appa! Tengok jam sekarang! Dah pukul 3.15 lah.. Ke airport dah lebih kurang 30 minit.. Omma merajuk tinggalkan appa nanti macam mana?" Balas Chaeryeong pula. Han terkejut dan terus matanya terbuka luas. Dia mengambil jam loceng dan matanya terbeliak sekali lagi melihat pukul berapa.

    " Kenapa tak kejutkan appa awal lagi?!" Bebel Han sebelum masuk ke bilik air bersama tualanya. Chaeryeong dan Jihoon memandang sesama mereka sebelum tergelak besar. Gelakan mereka membuatkan si bongsu yang masih tertidur terjaga. Rengekan si bongsu membuatkan chaeryeong mendapatkan adik bongsunya itu.

    " Alahai.. Heesung kami dah bangun ye.. Sayang Heesung jangan nangis eh.. Omma balik hari ni.." Pujuk Chaeryeong perlahan. Han Heesung, anak bongsu Jisung dan chaeyeon. Dia lahir lebih awal dari jangkaan dan membuatkan badannya sangat kecil berbanding rakannya yang lain. Tahun ni dia berumur 2 tahun, tapi badannya seperti menunjukkan bahawa dia baru 1 tahun lebih. Sangat kecil. Dia lebih mengikut wajah ibunya berbanding ayahnya.

    " Adik.. Omma balik hari ni.. Adik mesti gembira kan?" Soal Jihoon pula. Heesung masih merengek dengan suara kecil. Jihoon pula sibuk mengusap pipi lembut adiknya. Han keluar dari bilik air tersenyum melihat anak-anaknya itu. Hubungan adik beradik mereka rapat. Tak macam hubungan dia dengan Jiyeon. Sampai sekarang masih bergaduh lagi.

     " Sini appa pegang Heesung. Chaery dengan Hoon pergi siap." Arah Han. Mereka berdua mengangguk pantas. Tubuh kecil Heesung bertukar tangan. Han membawa Heesung ke ruang tamu di bawah. Dia menyiapkan susu Heesung sementara tunggu chaeryeong dan Jihoon bersiap. 

--------

Lapangan Terbang,

Han p.o.v

     " Hai Chaery.. Tunggu Auntie Chaeyeon eh?" Chaeryeong yang ditegur oleh Yeji dari belakang sedikit tersentak. Yeji tergelak kecil. Yeji mendukung Niki di tangannya sementara Heesung didukung oleh Han. Jihoon dan Hyunjae yang berjumpa bergembira dua orang. Chaeryeong dan Yeji pun mula bercerita tentang persekolahan mereka pada akan datang.

    " Lama lah Hyung tunggu? Tadi, Yul telefon kata flight diaorang delay sekejap akibat cuaca yang tak mengizinkan. Lama juga, dah nak hampir pukul 6.00 pun masih tak sampai lagi.." Keluh Hyunjin perlahan. Pipi Heesung dicubit perlahan. Han hanya mengangguk. Mereka sampai kat sini pukul 3.50. Tengok flight chaeyeon dengan yuri delay, mereka jalan-jalan dulu sekita bandar Seoul. Lepas tu balik ke sini dalam pukul 5.00 balik. Hampir 1 jam jugalah tunggu kat sini.

    " PAPA! TU MAMA DAH BALIK!" Jerit Hyunjae dengan suara kuat. Chaeyeon dan Yuri baru tiba dari penerbangan dari Jepun. Mereka tersenyum melihat ahli keluarga mereka yang telah lama menunggu. Chaeyeon dan Yuri cepat berjalan menuju ke keluarga masing-masing.

    " Heesung sayang! Omma rindu Heesung tiga hari ni tau.. Heesung rindu omma tak?" Soal Chaeyeon pada Bayinya yang mungkin masih tidak boleh faham dan bercakap lagi seperti ibunya. Heesung hanya tersenyum cantik memeluk ibunya. Chaeryeong dan Jihoon turut memeluk ibu mereka. Sekejap je sebelum meleraikan pelukan semula.

    " Kenapa lama sangat? Tak telefon abang pun kata flight delay ke apa?" Soal Han sebelum mencium pipi chaeyeon. Chaeyeon tersenyum sebelum menunjukkan telefonnya yang kehabisan bateri. Han mengangguk faham. Mereka menuju ke kereta Han yang diparkir tak jauh dari lapangan terbang. Chaeryeong membawa beg milik ibunya.

    " Kita balik rumah omma dengan appa ye.. Semalam omma ajak makan kat rumah dia, tapi yeon takde kan, jadi cancel ke hari ni lah.. Jiyeon noona dah selama lahirkan bayi perempuan 2 hari lepas." Kata Han sebelum memandu. Chaeyeon hanya mengangguk. Tak nak menyambung lebih pasal Jiyeon. Suaminya tak suka. Anak-anak pun kurang suka dengan mak cik mereka sendiri.

--------

Han's Family house,

Chaeyeon p.o.v

     " Sampai pun.. Omma ingatkan flight kamu batal hari ni. Kalau batal, terpaksalah omma cancel kan juga makan-makan hari ni.." Kata Puan Han melihat anak dan menantunya bersama cucu-cucunya masuk ke dalam rumah mereka. Jiyeon di ruang tamu senyap tak bersuara dengan muka masamnya sambil mendodoi bayinya.

     " Takdelah omma.. Cuaca je kurang elok sikit. Dalam flight tadi pun menakutkan kejap. Ni hah.. Ada sikit hadiah untuk baby tu.. Siapa nama dia?" Balas Chaeyeon perlahan menghulurkan kotak berbalut itu. Puan Han menyambut sebelum tersenyum dan meletakkan di tepi tilam Jiyeon.

     " Nama dia tak penting pun untuk kau. Jangan sibuk pasal akulah.. Sibuk pasal baby cacat kau tu je..." Han nak memarahi kakaknya, tapi dihalang oleh chaeyeon. Emosi Jiyeon masih tak stabil lagi lepas lahirkan anaknya itu. Baik jangan kacau. Dia tahu kenapa Heesung dipanggil cacat. Semuanya sebab Heesung membesar lebih lama di dalam tabung uji berbanding di dalam perut ibunya.

     " Bukan baby auntie ke yang akan cacat? Yelah.. Adik kami dapat sepenuhnya kasih sayang omma dengan appa, baby auntie tu mungkin akan dapat kasih sayang kurang sebab auntie lebih suka masuk campur urusan keluarga kami dari ambil tahu hal keluarga auntie..." Balas Chaeryeong selamba. Tak suka orang bercakap buruk pasal ibunya dan adiknya.

     " Chaery.. Dah tu. Jom omma.. Kita makan kat dapur ye omma.. Yeon dah lapar sangat ni.." Kata Chaeyeon manja. Puan Han hanya mengangguk dan tersenyum cantik. Chaeryeong sedikit tak suka dengan sifat ibunya. Chaeyeon sangat memaafkan orang lain. Dia lembut dah hati dia tak keras. Sebab tu appa cepat dimaaafkan oleh omma.

    " Jom Hoon, Heesung.. Jangan layan orang cacat ni. Cacat kasih sayang." Perli Chaeryeong selamba sebelum mendukung Heesung dan menarik Jihoon pergi dari situ. Han juga melemparkan senyuman jahat sebelum turut pergi. Well, anaknya pun sama sifat sepertinya. Tak sukakan kakaknya. Itu yang dia sayang Chaeryeong sangat-sangat. Sayang sangat sifat pemaaf tu jatuh kepada Jihoon. Kalaulah Jihoon pun sama sepertinya dan Chaeryeong.. Kan bagus.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Han's Family

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Han's Family

Han Jisung+ Lee Chaeyeon

Han Chaeryeong, Han Jihoon, Han Heesung.

I'M SORRY FOR HURTING YOU..Where stories live. Discover now