BAB 18

255 23 0
                                    

Felix p.o.v

     " Aduh, macam mana aku nak bagi tau chaewon ni.. Mesti dia mengamuk dengar ryujin masih hospital sebab demam panas." Gumam felix seorang diri. Telefon di tangan dikerling perlahan. Belum sempat dia nak menelefon chaewon, telefon itu berbunyi dahulu. Tepat pada masanya. Kim chaewon menelefonnya. Mesti baru dapat tahu tu.

Chaewon: Yah Lee felix! Macam mana ryujin boleh masuk hospital hah? Awak ni pandai tak jaga ryujin? Seumur hidup dia dengan saya, masa dia lahir je kat hospital. Masa lahir je. Macam mana boleh masuk lagi ni? Awak biar dia main kat luar sampai accident ke?
Felix: Ish.. Sabarlah. Saya nak bagi tau awka serang saya macam peluru berpandu.
Chaewon. Okey, sorry. Kenapa ryu masuk hospital?
Felix: Badan dia panas. Pagi ni saya kejut dia tak bangun bangun. Saya takut saya terus bawa dia ke sini. Doktor kata air dalam badan dia sangat sikit dan dia terpaksa ditahan kat wad.
Chaewon :  Oh.. Saya ingat serius sangat tadi. Macam mana ryu?
Felix: Okey sikit.. Badan dia dah kurang panas. Tapi masih belum sedar. Nanti dah sedar, saya bagi tau awak okey.
Chaewon: Okey. Saya pergi dulu. Bye..
Felix: Bye..

     Sebaik sahaja menamatkan panggilan, felix terus masuk ke wad yang menempatkan ryujin. Disebabkan hospital ni milik keluarga minho dan dia pula salah satu sahabat baik minho, dia diberi layanan istimewa. Anaknya mendapat bilik VVIP.

     Dia mendekati katil anaknya dan mengeluh rambut ryujin lembut. Ryujin masih tak sedarkan diri lagi. Biarlah dia berehat dulu.

    " Haih.. Sayang. Kenapa pulak kamu boleh demam sampai pengsan ni? Nasib baik appa tak kena kejar dengan omma kamu tau. Kalau tak mati appa.." Keluh felix. Dia akan duduk kat sini sampai anaknya sedar. Kalau tak tidur pun takpe. Dia akan jaga puteri nya. Cukup lah dulu dia kehilangan chaewon dan ryujin. Dia tak nak kehilangan lagi.

   " Ergh.. " Satu suara terdengar dari katil milik ryujin. Anaknya itu dah bangun. Mata bulatnya merenung felix sebelum dia memandang sekelilingnya.

   " Anak appa dah bangun? Maaf sayang. Appa patut jaga ryu dengan baik. Forgive me darling? Ryu nak apa? Nak susu? " Ryujin yang seperti memahami mengangguk kan kepalanya. Felix mencapai beg ryujin sebelum mengambil satu botol yang dah diisi dengan susu ryujin sebelum memberi kepada anaknya.

--------
Minho p.o.v

    " Minho? Kenapa kamu bawa dia ni ke ssini? Siapa dia?" Dengan nada suara pelik, Prof ivy bertanya. Matanya memandang jisu yang nyenyak tidur di dalam dukungan minho. Minho tersengih.

    " Ni anak saya lah Prof. Mama dia takde. Lepas tu, babysitter dia cuti hari ni. Sebab tu saya bawa dia ke sini.. Dia takkan menganggu Prof. Dia tidur je ni.." Balas minho selamba. Prof ivy mengangguk faham sebelum meneruskan pelajaran mereka. Walaupun ada kedengaran rengekab dari jisu, sekurang-kurangnya da tak menangis teruk sangat.

  " Okey class. Setakat ni je pembelajaran kita hari ni. Kalau ada apa-apa soalan, kamu boleh tanya melalui WhatsApp atau terus jumpa saya. Kamu boleh bersurai. Kecuali kamu minho. Saya nak cakap sesuatu dengan kamu." Kata Prof ivy. Minho yang tengah mengemas barangnya mengangguk perlahan. Dia bangun dan menuju ke Prof ivy sebaik sahaja kelas itu kosong.

   " Kamu ada hubungan dengan minju ke? Saya tahu itu Kim jisu. Anak minju. Dia pernah bawa anaknya ke sekolah sebab yang sama. Kamu ada hubungan dengan dia atau kamu culik anak dia?" Tanya Prof ivy perlahan. Minho menggeleng.

    " Saya tak culik anak dia Prof. Ini anak saya juga. Mana boleh seorang anak lahir tanpa bapa kan? Saya yang buat benda mengarut tu kat minju. Lepas tu lari tanpa tahu minju mengandung. Bila saya balik sini baru saya tahu minju mengandung. Masa tu rasa macam menyesal buat semua tu kat dia. Tapi menyesal pun takde guna sebab jisu ni dah lahir dah pun. Saya ambil keputusan untuk kahwin dengan minju dan besarkan jisu. Nasib baik minju terima saya. Sekurang-kurangnya takdelah beku sangat hati dia.. " Terang minho panjang lebar. Prof ivy mengangguk faham.

   " Saya tak rasa dia mampu terima kamu terus. Tapi apa apapun tahniah sebab dah jadi bapa. Jadi sebenarnya jisu ni nama dia Lee jisu kan? Bukannya Kim jisu? " Tanya Prof ivy semula. Minho mengangguk kan kepalanya.

    " Dia ikut surname saya Lee." jelas minho. Prof ivy terpaksa meminta diri walaupun dia masih nak bincang sesuatu. Dia ada hal tak dapat nak elakkan. Minho berjalan ke arah barang-barang dia dan jisu di tempat duduknya.

    " Jisu dah bangun? Nak susu tak? Appa buat susu kejap eh.. " Jisu hanya minum susu tepung. Dia dah tak minum susu badan. Tu yang minju cakap.

    " Jom kita balik eh.. Appa dah takde kelas lagi. Appa pun penat. Nanti kat rumah jisu tidur kat katil jisu." Kata minho. Dia membawa barangnya dah barang jisu ke kereta yang terletak di parkir universiti.

    Setelah semua barang dimasukkan ke dalam kereta, dia meletakkan jisu di kerusi bayi yang dimiliki nya sebelum bergerak ke arah rumah minju yang kini merupakan rumahnya juga.

    " Sabar eh sayang. 3 hari lagi nanti omma balik. Lepas tu jisu boleh lepaskan rindu kat omma. Dan appa mungkin akan diketepikan oleh Princess appa ni.." Sempat lagi hidung jisu dicuit sebelum kereta itu bergerak meninggalkan perkarangan universiti.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

I'M SORRY FOR HURTING YOU..Where stories live. Discover now