BONUS CHAPTER (CHAELIX FAMILY)

115 19 0
                                    

Author p.o.v

    " Ryu, tolong Haruto cari baju dia! Mama nak mandikan Jake ni!" Jerit Chaewon yang tak menang tangan menguruskan 2 anak lelakinya serentak. Yang seorang tu umur je dah 7 tahun, perangai masih macam budak 4 tahun lagi. Nasib anak perempuannya boleh harap.

    " Okey Mama." Balas Ryujin sebelum menolong adiknya. Sang papa di dapur sedang menyiapkan makanan untuk mereka sekeluarga. Cadangnya hari ni, mereka nak melawat mendiang ibu felix dan pergi berkelah satu keluarga. Lagipun bukannya selalu chaewon dapat cuti.. Ini pun lepas memujuk doktor Hansol berkali-kali, baru cutinya diluluskan.

    " Morning Jake papa.. Sini dekat papa.." Felix menyambut Jake dari dukungan chaewon. Chaewon mengambil alih menyiapkan makanan manakala Felix mengambil alih Jake. Dia menyikat rambut nipis anak lelakinya itu sebelum menyapu bedak di muka Jake. Terkekeh mereka berdua bermain bedak di ruang tamu.

    " Mama, papa jadi kanak-kanak main bedak dengan Jake!" Ryujin kaki report melaporkan apa yang terjadi di ruang tamu pada chaewon. Haruto yang dah siap berpakaian tergelak melihat ayah dan adiknya yang bermain bedak dua orang. Dia duduk di sisi ayahnya dan Felix menyikat rambut Haruto juga sebelum menyapu bedak di pipi tembam Haruto.

    " Eip.. Jangan main bedak. Bedak bukan murahlah.. Mahal harga bedak tu tau.. Sarapan dah siap ni.. Makan dulu, lepas tu nanti baru kita keluar sekali dengan picnic. Jake dekat mama sayang.." Jake beralih tangan lagi. Ryujin, Haruto dan Felix senyap menikmati sarapan mereka manakala Jake sedikit bising menikmati buburnya. Chaewon tergelak terhibur dengan anak bongsunya itu.

    " Mama, antara ruto, kakak dengan adik, siapa paling bising masa makan masa baby dulu? Mesti kakak kan?" Ryujin cuba menidakkan tapi chaewon mengangguk perlahan. Merah muka ryujin melihat ibunya mengangguk. 

    " Kakak kamu, kalau makan, dia nak makan sendiri. Tak nak orang suapkan. Papa dulu masa papa nak suapkan dia makan, dia siap tolak sudu sebab nak makan sendiri. Tapi kalau bagi dia makan sendiri, semua jatuh. Satu sudu bubur langsung tak masuk mulut.." Cerita Felix pengalaman dia ketika menjaga ryujin walaupun hanya sekejap sahaja.

    " Papa.. Janganlah cite.. Itu kan waktu kecik.. Memang otak tak berkembang lagi kan..." Balas Ryujin. Felix mengangguk mendengar kata-kata anaknya sebelum tertawa kecil. Chaewon mencubit Felix menghentikan gelakannya dan sambung makan sarapannya. Masa yang ada sepatutnya tidak dibazirkan dengan sia-sia.

-------

Di tempat menyimpan abu mayat,

     " Nenek, Ruto nak cakap ni.. Tolong bagi kami sekeluarga terus hidup bahagia. Walaupun Ruto tak pernah jumpa nenek, ruto tahu nenek baik. Nenek sendiri datang jumpa mama sebab nak kahwinkan mama dengan papa. Jadi, nenek sangat baik. Jadi, tolonglah berkati keluarga kami jadi Mama, papa, kakak ryu, ruto dengan jake terus hidup bahagia. Oh ye, kalau boleh, ruto nak adik seterusnya perempuan supaya boleh jadi geng kakak. Terima kasih nenek." Felix, chaewon dan Ryujin tersenyum mendengar ucapa Haruto. Tapi di akhir ayat Haruto, ketiga-tiga mereka sedikit terkejut tak percaya. Ryujin menampar lembut bahu Haruto. Haruto tersengih memandang ibu, ayah dan kakaknya. Jake hanya tergelak melihat ahli keluarganya.

     " Ne... nek...." Jake bersuara perlahan menunjukkan ke depannya. Tempat tersimpan abu milik Puan Lee. Chaewon mengangguk dan mengusap kepala anaknya yang di dalam dukungannya perlahan.

     " Ye sayang... Nenek.." Ucap Chaewon perlahan. Dia meletakkan bunga dan bercakap di dalam hati sebelum membawa Jake keluar. Jake masih kecil. Takut entah apa-apa dia nampak nanti, mimpi ngeri karang.. Mimpi ngeri okey lagi.. Kalau benda tu ikut dia? Seram... Haruto dan Ryujin juga mengikut ibu mereka meninggalkan sang ayah yang melepaskan kerinduan dengan ibu tercinta.

I'M SORRY FOR HURTING YOU..Where stories live. Discover now