Changbin p.o.v
" Bin, balik nanti belikan omma bunga ros tau. Jangan lupa! Beli warna biru punya. Omma tak nak warna lain." Puan Seo tegas bercakap di telefon. Changbin mengeluh perlahan. Manalah nak cari bunga ros biru kat sini omma?
" Nak cari kat mana omma? Kedai bunga yang kita selalu pergi tu tutup hari ni." Tanya changbin perlahan.
" Kawan omma cakap ada satu kedai bunga baru dekat dengan Sungai Han. Kamu cari kat situlah.. Dia send gambar kat omma tentang kedai tu. Cantik betul bunga-bunga kat kedai tu.. Bunga ros biru pun ada.." Balas Puan Seo semula. Changbin meraup mukanya.
" Ha. Yelah.. Nanti bin pergi. Bin tak pasti lagi ni.. Mesyuarat full hari ni. Kalau sempat nanti bin pergi eh.." Balas changbin semula sebelum menamatkan panggilan. Dia memandang sekilas ke telefon yang diletakkan di atas meja selepas menamatkan panggilan tadi sebelum bangun dari kerusinya. Kesibukan jalan raya menjadi pemandangan dia pada hari ini. Dia mengeluh perlahan. Hidup dia nampak tak terurus walaupun dia seorang CEO. Ini semua kerana seorang perempuan. Choi Yena. Dalang yang membuat hidup dia macam ni. Apa ada kat yena sampai dia tak boleh lupakan perempuan tu? Semua perempuan yang omma kenalkan tak sama macam yena. Haih.. Macam mana dia sekarang ni?
------
Yena p.o.v
" Jun.. Tolong omma angkat pasu kecil tu. Letak kat sini.." Arah yena pada anak sulungnya yang baru selesai lunch. Balik je dari sekolah, yeonjun terus ke sini untuk tolong yena walaupun dia dah ingatkan anaknya itu supaya terus ikut ryujin balik sebab dia tumpang rumah chaewon dulu buat sementara waktu ni. Malas nak beli rumah lagi punya pasal.
" Okey omma!" Yeonjun mengikut kata-kata yena. Lelaki berumur 8 tahun itu mengangkat pasu bunga kecil yang diisi bunga tulip ke tempat yang ditunjukkan oleh yena. Walaupun ibunya bekerja sebagai seorang peguam, namun inilah yang dia suka buat bila dia takde kes nak handle dan bosan.
" Macam mana sekolah tadi? Best?" Tanya yena perlahan setelah yeonjun siap mengalihkan pasu bunga. Mereka duduk di meja kaunter kedai bunga itu. Yeonjun mengangguk kecil dengan senyuman manis.
" Best sangat omma! Jun ada kawan baru. Nama dia yeji. Nama panjang dia Hwang yeji. Dia duduk sebelah jun kat kelas dan dia baik sangat. Dia ajak jun rehat sama-sama dengan dia." Cerita yeonjun riang. Tangan yena yang sibuk menggubah bunga ros putih terhenti. Hwang yeji? Jun dah jumpa anak yuri ye?
" Ye ke? Lagi, jun ada jumpa kawan lain ke?" Tanya yena lagi. Dia sambung membuat gubahan bunga yang terhenti selepas mendengar nama yeji tadi.
" Ada dua lagi. Kawan yeji. Nama diaorang Lee Jisu dengan Han chaeryeong. Diaorang cantik betul omma.. Tapi kan. Yeji cerita yang diaorang tinggal dengan appa diaorang je. Omma diaorang menghilangkan diri masa diaorang kecil. Sedih betul hidup diaorang.." Kata yeonjun sedikit sedih. Yena tergelak. Anaknya ni tak ingat ke yang dia tinggal dengan ibu dan adik perempuan dia je? Ayah dia takde.
" Yelah sayang.. Jun jaga kedai kejap boleh? Omma nak ambil adik kejap. Patutnya dah balik dia.." Kata yena sebelum mengambil kunci keretanya. Yeonjun mengangguk. Dia tak risau pasal anaknya yang seorang ini sebab sejak kecil yeonjun dah diajar cara pertahankan diri dari penjahat. Yang dia risau yebin tu. Anak perempuannya tu penakut sangat. Kalau ditarik orang jahat, dia ikut je sebab takut.
-----
Sakura Kindergarten,
" Terima kasih cikgu.." Ucap yena sebelum mendukung yebin. Nasib anak dia ni kecik je. Kalau tak, mahu tak larat nak dukung. Yebin melambai cikgu riang sebelum melihat gula-gula lolipop di tangan.
" Siapa bagi anak omma lolipop ni?" Yena bertanya sebelum meletakkan yebin di kerusi penumpang di sebelah pemandu dan memakaikan tali pinggang keledar.
" Kawan baru adik omma! Nama dia yuna! Dia cantik macam omma.." Kata yebin riang. Yena tersenyum mendengar celoteh anaknya itu. Namun kepalanya sempat berfikir. Yuna tu anak yujin dengan seungmin kan? Maksudnya dia dah jumpa si kembar dia tu lah kan?
" Baiknya dia.. Adik belajar apa kat tadika hari ni?" Tanya yena lagi. Keretanya meluncur laju ke kedai bunganya semula. Dia masih ingat anaknya ada lagi seorang tertinggal kat kedai bunga.
" Yebin belajar tambah hari ni. Tapi yebin tak pandai nak buat. Nanti omma tolong siapkan kerja sekolah boleh?" Yena hanya mengangguk. Matanya fokus di jalan raya sehingga mereka sampai di depan kedai bunga. Yebin masuk terlebih dahulu diikuti dengan yena.
" Omma, tadi ada ahjussi nak gubaha bunga ros biru. Dia nak gubahan macam ni. Dia kata lagi 1 jam dia datang balik. Omma boleh buat ke?" Tanya yeonjun sambil menunjukkan salah satu gubahan di buku bergambar gubahan bunga. Yena memandang sebelum mengangguk.
" Senang je ni.. Jun, bawa yebin main kat luar. Nah duit. Beli aiskrim kalau penat." Arah yena. Dia duduk dan mengambil lima tangkai bunga ros biru sebelum menggubahnya. Makan masa jugalah untuk menyiapkan gubahan itu namun dia dapat siapkannya dalam masa 49 minit. Setelah siap, bunga itu diletakkan di tepi dan dia menggubah bunga lain.
" Err.. Cik? Bunga saya dah si.." Belum sempat menghabiskan kata-kata, lelaki itu terkedu melihat yena di depannya. Yena yang tersedar lelaki itu tidak menghabiskan kata-katanya mengangkat muka dan bertemu pandangan dengan lelaki itu. Dia berdiri mengejut dari kerusinya.
" Omma?" Suara yebin kedengaran. Kedua-dua anaknya masuk dan melihat yena yang masih senyap memandang lelaki itu. Terkebil-kebil mereka berdua tak faham kenapa yena dan lelaki misteri itu memandang satu sama lain tak putus.
" Changbin???!" Sebaik sahaja habis berkata, pandangannya terus gelap dan akhirnya di jatuh. Nasib sempat disambut seseorang walaupun dia tak tahu siapa yang sambut.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
YOU ARE READING
I'M SORRY FOR HURTING YOU..
RandomIZONE ADALAH SEKUMPULAN REMAJA PEREMPUAN YANG TERDIRI DARIPADA EUNBI, CHAEYEON, YENA, CHAEWON, MINJU, YURI, YUJIN DAN WONYOUNG. HIDUP MEREKA RIANG RIA DI UNIVERSITI SEOUL. NAMUN, SEMUANYA BERUBAH SELEPAS KEDATANGAN STRAY KIDS. HIDUP MEREKA HANCUR KE...