BAB 16

280 24 0
                                    

Izone p.o.v

    " Nanti omma balik, omma belikan ryu gula-gula eh.. Jangan degil cakap appa tau.. Jaga diri sayang.." Chaewon mencium pipi ryujin perlahan. Kalaulah dia tak setuju dengan pelan mengarut eunbi yang cuti seminggu tanpa anak-anak kat perancis kan bagus.. Tapi, dia dah setuju.. Nak buat apa lagi? Nasib ada felix ( kalaulah di boleh jaga ) untuk jaga ryujin.

    " Felix, jaga dia baik-baik.. Dia lapar, bagi dia makan. Jangan bagi benda keras. Makanan dia kat almari tingkat 2. Jangan bagi dia makan makanan pedas..." Bebel chaewon pada felix. Ryujin dan felix ternganga mendengar bebelan chaewon pada mereka berdua. Tabah je lah..

    " Aduhai, macam manalah omma nak tinggalkan puteri omma ni.. Jisu yah.. Jom ikut omma nak? Jisu masuk dalam bagasi.." Minju memeluk erat puteri tunggalnya itu. Sampai idea mengarut keluar dari otaknya semata-mata tak nak berpisah dengan jisu.

    " Lee know yah.. Jangan tinggalkan jisu seorang diri. Dia laju ni. Kalau dia main-main.. jangan bagi dia dekat sangat dengan ryujin. Nanti ryujin gigit tangan dia. Kalau dia nak makan, pastikan dia tak makan mainan dia. Nah.. Kalau saya dapat tau awak tak jaga dia baik-baik.. Siap awak! Saya smack kepala awak.." Pesan minju sambil menghulurkan jisu kepada minho. Minho mengangguk dan memeluk jisu erat.

   " Perhatian kepada penumpang pesawat ke Perancis, pintu A6 sudah dibuka. Pastikan barang-barang anda tidak tertinggal." Pengunguman di lapangan terbang itu membuatkan izone pasrah. Mereka mula mengucapkan selamat tinggal kepada anak masing-masing sebelum masuk ke balai perlepasan. Sempat lagi mereka melambai sebelum hilang di sebalik dinding balai berlepas.

-----

Di dalam kapal terbang,

    " Unnie, are you sure about this? Boleh ke diaorang jaga anak-anak kita?" Dalam keadaan risau chaeyeon menyoal eunbi di sebelahnya. Eunbi tersenyum sebelum membetulkan duduknya. Yena di sebelah tingkap sudah menjenguk keluar. Tak sabar nak terbang.

    " Yeah.. Pretty sure. Tengoklah mereka jadi ayah mithali. Nanti setiap malam kita calllah mereka." Kata eunbi menenangkan chaeyeon yang risau tentang anaknya itu. Dia memandang ke tepi mereka. Chaewon, minju dan yuri yang berbual. Manakala wonyoung dan yujin di belakang seat mereka. Ini kali pertama izone naik kapal terbang, jadi semua sama gemuruhnya. France, here we come!

-----

Sementara itu, Hyunri's house,

Hyunjin p.o.v

    " Yeji yah.. Duduk sini kejap tau.. Appa nak siapkan makanan untuk kita berdua.." Hyunjin meletakkan yeji di sofa di ruang tamu sementara dia ke dapur. Peti ais diperiksa sebelum dia mengeluarkan bahan masakan. Bersedialah.. Chef hyunjin akan meletupkan rumahnya hari ni. Sedang dia memikirkan apa yang perlu dimasaknya, kakinya dipegang seseorang. Yeji di kakinya menarik seluar yang dipakainya. Aduhai, budak ni.. Macam mana laju sangat dia merangkak ke dapur ni?

    " Yeji, appa nak masak. Yeji jangan kacau okey? Duduk tepi." Hyunjin meletakkan yeji di ruang tamu semula. Muka anaknya itu mencebik nak menangis. Cepat-cepat dia mendukung semula anak perempuannya itu.

    " Aduh sayang.. Macam mana appa nak masak kalau yeji nak appa dukung? Appa lapar ni.." Hyunjin merungut sendirian. Yeji di dalam dukungannya tergelak sakan sambil bermain dengan rantai milik ayahnya.

    " Jomlah kita makan kat luar.. Esok je lah appa masak eh.. Omma kau pergi seminggu bukan sehari.." Kata hyunjin. Nasib dia tak tukar baju tadi.. Hyunjin mendukung yeji ke kafe tempat yuri bekerja untuk makan. Kafe yang paling dekat dengan rumah mereka.

    " YEJI!! Eh, bapa yeji? Mana yuri?" Hyunjin terus dihujani dengan soalan dari jaehwan sebaik sahaja dia melangkah masuk. Jaehwan menggomol pipi tembam yeji.

   " Dia bercuti jalan-jalan dengan izone kat france. Ni bawa yeji sebab dia tak nak duduk bawah.. Nak dukung 24 jam je.." Terang hyunjin sebab kenapa dia ke sini tanpa yuri. Jaehwan mengangguk-angguk tanda faham. 

    " Oh, duduklah. Order je makanan. Nanti hyung suruh chungha buat makanan untuk yeji." Kata jaehwan sambil menghulurkan buku menu. Nasib tak bayak pelanggan masa ni. Boleh dia fokus untuk suami dan anak pekerjanya itu.

 Boleh dia fokus untuk suami dan anak pekerjanya itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

-----

Han p.o.v

    " Appa say no chaeryeong! Itu appa punya kertas kerja sayang.. Kalau koyak, menangis appa nak jawab kat hareboji nanti..." Han menarik kertas kerja yang dipegang oleh chaeryeong. Bibir chaeryeong mencebik nak menangis sebelum ada tangan mendukungnya.

    " Alala.. Anak buah auntie jiyeon ni nak nangis.. Mesti appa chaer buat kan? Teruk betul appa chaer tu.." Kata kakak jisung, han jiyeon sebelum menjeling ke arah chaeryeong. Han mencebik sebelum ke arah mejanya semula sementara jiyeon membuka bekalan yang dibawanya.

    " Macam mana kau boleh ke sini?" Tanya han sebelum menandatangi kertas di hadapannya. Susah juga memegang jawatan CEO ni. Bukan dia punya syarikat je. Disebabkan nak bagi isterinya bercuti, dia turut memegang menguruskan kerja syarikat Lee. Nasib baik ibu mentuanya ada tolong sikit-sikit.

    " Helo, takkanlah melawat ke syarikat adik aku sendiri tak boleh? Lagipun, aku tau kau tak masak lagi untuk chaer.. Mati pulak budak ni kalau seminggu duduk dengan kau. Tak tau macam mana chaeyeon boleh percayakan kau.." Balas jiyeon pula sambil perlahan-lahan menyuapkan chaeryeong. Han memandang kakaknya dengan senyuman. Sejak kematian suami dan anak tunggal kakaknya dalam kemalangan beberapa bulan, kakaknya itu tak pernah keluar bilik dan murung setiap hari sehingga dia berkahwin dengan chaeyeon. Chaeryeong dilayan macam anak kandungnya sendiri. Setiap hari kalau tak jumpa, dia akan mesej atau call chaeyeon untuk tengok chaeryeong.

    " Kata tadi nak buat sangat kerja. Termenung apa kes?" Suara jiyeon menyentakkan han. Dia mencebik sedikit sebelum sambung membuat kerja yang tertangguh.

 Dia mencebik sedikit sebelum sambung membuat kerja yang tertangguh

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
I'M SORRY FOR HURTING YOU..Where stories live. Discover now