BAB 9

374 25 1
                                    

Chaewon p.o.v

    " Aduhai... Hujan pulak. Macam mana nak jemput ryujin ni? Ryu... Maafkanlah omma." Keluh chaewon perlahan. Telefonnya habis bateri pulak. Kalau tak, dia boleh minta mina unnie ambilkan ryujin. Ketika hujan masih lebat, dan chaewon mengomel tak habis-habis, sebuah kereta mewah berhenti betul-betul kat depan bas. Dia tau pemilik kereta itu. Kan jumpa hari ni... Cuma tak bertegur sapa je..

   " Hei, chaewon. Nak naik ke? Hujan masih lebat ni.. Nanti lambat nak ambil ryujin." Ajak felix. Senyuman manis ditunjukkan khas untuk chaewon. Chaewon langsung tak memandangnya. Sikit pun tak. 

    " Tak payah. Nanti boleh ambil ryujin lepas hujan berhenti." Jawab chaewon memandang buku-buku medik di tangannya. 

    " Tengok keadaan ni. Macam lambat je hujan nak berhenti. Nak tunggu pukul 10.00 malam ke baru nak jemput ryujin?" Tanya felix lagi. Chaewon memandang titik-titik hujan yang masih lebat ke bumi. Dia mengeluh sebelum memandang felix. Dia bangun dari duduknya dan masuk ke kereta felix. Bajunya sedikit basah kerana terkena tempias hujan.

   " Ok. Let's go.." Kereta felix memecut ke tadika ryujin. Tak payah tanya dia tahu ke tidak. Sah-sah lah lelaki ni tau tempat dia. Takkan dia tahu nama ryujin tapi tak tahu mana tadika ryujin? Suasana dalam kereta sangat bosan. Felix asyik mencuri pandang ke chaewon. Chaewon melayan perasaannya sendiri.

   " Ehem... Berapa umur ryujin sekarang?" Tanya felix tiba-tiba. Chaewon tersentak. Terkejut apabila felix bercakap. Dahlah guna deep voice dia..

    " Tak masuk ujian pun umur ryujin. Tak payah tau.." Jawab chaewon selamba. Dia pun tak pasti felix tau ke tidak umur ryujin dah nak masuk 2 tahun tak lama lagi.

   " Saja. Pengetahuan am kan.." Jawab felix kembali. Dia tergelak kecil. Chaewon ni serius sangat bila dengan dia. Padahal macam lah dia tak tahu chaewon tu happy go lucky je hidup dia. Dalam tak sedar, mereka dah sampai kat depan tadika ryujin. Belum sempat chaewon nak keluar, suara felix menahannya. 

    " Kamu tunggu kat sini chaewon. Biar saya ambil ryujin. Mana kad ryujin?" Felix menyambar payung di seat belakang. Chaewon dibiarkan  terpaku apabila dia merampas kad ryujin dari tangan chaewon. Chaewon memamdang gerak geri felix ke tadika ryujin.

Felix p.o.v

     " Ye, encik nak ambil siapa?" Tanya seorang perempuan yang kelihatan sedikit tua dari felix. Perempuan tu nampak macam penjaga tadika ni sebab ada seorang budak lelaki di dalam dakapannya. Felix mencari ryujin dan menjumpai ryujin sedang menggigit biskut menggunakan gusinya. Dia takde gigi lagi..

   " Ryujin. Ni kad.." Perempuan itu mengambil kad itu dan membacanya. Dia tersenyum manis. Ni bakal bapa ryujin atau memang bapa ryujin? Tapi, chaewon tak pernah bagitau pun.. Pandai budak ni berahsia ye..

   " Oh... Ayah ryujin ye.. Kejap eh. Kim ryujin!!" Ryujin memandang belakang dan memandang cikgunya dan juga felix. Dahinya berkerut memandang felix.

   " Appa ryujin ambil hari ni..." Kata prempuan itu. Makin berkerut dahi ryujin. Ryujin mana ada appa lah cikgu.. Cikgu mendukungnya dan mengambil beg yang mengandungi keperluannya sebelum menyerahkan dia ke felix. Sebaik sahaja didukung olehfelix, ryujin tersenyum nampak omma nya di dalam kereta melambai kepadanya.

    " Terima kasih cikgu..." Felix mengambil kad ryujin dan beg ryujin sebelum masuk semula ke dalam kereta. Hujan masih lebat. Ryujin diserahkan kepada chaewon sebaik sahaja mereka masuk ke kereta. Chaewon tersenyum lebar memandang anak perempuannya. Felix memandu pulak ke rumah chaewon. Tak jauh pun...

    " Chaewon. Nah.. Be careful." Felix menghulurkan payung kuningnya kepada chaewon. Chaewon menyambut sebelum dia dan ryujin menggunakan payung itu masuk ke rumah. Felix menuggu sehingga chaewon mengunci pintu baru dia bertolak ke rumahnya.

-------

Minju p.o.v

     " Dia dah sampai dah? Lajunya..." Ngomel minju melihat keibat minho yang sedang berlatih menari seorang diri. Wooseok tak guna betul! Masa ni lah dia nak pindah ke itali. Sambung belajar kat sana. Tak pasal-pasal aku kena menari dengan mamat kurang siuman ni kat majlis prom uni 3 minggu lagi.

    " Minju, nak duduk kat luar tu sampai tahun depan ke?" Suara minho menyentakkan minju. Minju memasamkan muka sebelum masuk ke practice room itu. Salah wooseok pun tau dia tak suka menari ni dan dia seret minju masuk juga. Akhirnya, menari dengan mamat ni.

   " Minju, minho... Kamu boleh mula bila kamu bersedia. Saya akan menilai hari ni." Entah dari mana miss park,guru tarian di universiti ini masuk dan duduk bersandarkan cermin di hadapan mereka. Dia kena memastikan tarian ni bagus untuk majlis nanti. Minju meletakkan beg nya dan menuju ke posisinya. Nasib sebelum dia ke sini tadi, dia dah tukar baju ke baju tarian. Kalau tak mengamuk miss park nanti. Miss kim memasang lagu mereka iaitu lagu psycho dari redvelvet.

* bayangkan minju yang perempuan dan yang lelaki tu minho*

     Setelah selesai, mereka tersenyum apabila ternampak miss park mengukir senyuman manis. Maknanya tarian mereka bagus lah tu.

   " Bagus minju. Tak sia-sia wooseok paksa kamu. Minho , kamu pun sesuai untuk minju bagi tarian ini. Tahniah kamu berdua. Harap makin bagus untuk akan datang. Saya pergi dulu.." Miss park meninggalkan dua pelajar itu di dalam dance practice room. Minju mencapai botol air dan mengeuknya sebelum matanya beralih kepada jam. Alamak.. Kena jemput jisu ni.. Dia mencapai beg dan keluar namun suara minho menahannya.

    " Bye, minju..." Bye, minho. Jawabnya dalam hati sebelum keluar. Tzuyu unnie ambil dia hari ni. 

 

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


I'M SORRY FOR HURTING YOU..Where stories live. Discover now