5 tahun dah berlalu sejak izone dan stray kids berpisah. Stray kids cuba mencari izone di merata tempat malangnya gagal. Mereka tak menjangkakan bahawa izone masih berada di korea cuma bukan di seoul. Chan, han, hyunjin, minho dan seungmin berusaha memberi kasih sayang yang cukup untuk anak-anak walaupun tanpa seorang isteri di sisi mereka. Sama seperti chaewon, yena dan wonyoung untuk anak-anak mereka. Tanpa stray kids tahu, mereka kini bergelar ayah kepada dua orang anak. Bukan lagi seorang anak.
--------
Minju p.o.v
" JUNHO! BANGUN! Kejap lagi nak pergi sekolah! Bangun cepat!" Minju memasuki bilik yang penuh gambar kartun milik anak keduanya sebelum ke katil anaknya. Kanak-kanak 5 tahun itu masih nyenyak tidur di katil miliknya.
" Omma, adik ngantuk.. Nak tidur lagi..." Kanak-kanak itu merengek tak nak ke sekolah. Minju menggeletek anaknya sehingga junho akhirnya membuka mata juga. Tak tahan kena geletek.
" Bangun pun. Awak tu bukannya kecik lagi Lee junho. Awak dah 5 tahun. Kalau dulu, boleh omma maafkan lagi.. Kalau tak nak juga, omma kata dekat eunjin kamu tak nak kawan dengan dia lagi.." Ugut minju. Junho terdengar dan memuncungkan mulut. Dia turun dari katil dan mengambil tuala serta baju sekolah sebelum menghentak kaki masuk ke bilik air.
" Oi anak. Jangan main hentak-hentak. Runtuh apartmen nanti. Awak tu dahlah gemuk!" Sempat lagi minju menyakat junho.
" OMMA! Junho tak gemuk lah.. Tak nak kawan omma macam ni!" Junho menjawab dari dalam bilik air. Minju tergelak kecil sebelum turun dari katil junho. Baru je dia nak keluar, matanya menangkap sekeping gambar di tepi katil junho. Gambar ayahnya. Lee minho. Minju memang tunjukkan gambar tu pada anaknya dan memberitahu bahawa minho ayahnya. Bila ditanya minho kemana, dia kata suaminya itu sudah gembira bersama orang lain. Mereka mungkin masih suami isteri sebab minju tak terima apa-apa surat penceraian dari minho.
------
Chaewon p.o.v
" Omma! Haruto ambil buku kakak!" Ryujin menjerit memanggil ibunya yang menyiapkan bekala mereka di sekolah. Gadis 7 tahun itu sedang bergaduh dengan adiknya yang berumur 5 tahun. Chaewon menggelengkan kepala melayan kerenah dua anaknya itu. Dia mencuci tangan dan mengelap sebelum ke ruang tamu.
" Kenapa gaduh-gaduh ni? Kan omma dah beli buku tu seorang satu.." Tanya chaewon megambil buku di tangan haruto. Buku mewarna.
" Buku adik dah habis. Adik dah warna semua. Kakak kan kena beralah dengan adik.." Jawab haruto selamba. Ryujin mengetap bibir geram dengan adiknya. Chaewon tergelak kecil di situ.
" Memanglah kakak kena beralah dengan adik. Tapi bukan semua benda Lee haruto sayang.. Bagi balik buku kat kakak. Nanti omma beli buku baru ye.." Haruto memberi semula buku tu kepada ryujin. Ryujin mengambil bukunya dan meletakkan dalam beg. Tahun ni dia dah berumur 7 tahun. Tahun pertama dia masuk ke sekolah rendah. Haruto masih di tadika.
" Dah tu. Adik-beradik mana boleh gaduh.. Pergi sarapan. Lepas ni nak pergi sekolah.." Kata chaewon. Kedua-dua beradik itu hanya mengikut kata ibu mereka. Belum sempat chaewon nak mengikut mereka, matanya menangkan sekeping gambar. Mungkin terjatuh dari kocek salah satu anaknya. Dia mengambil gambar itu dan tersenyum. Gambar felix.
-------
Wonyoung p.o.v
" DOKTOR WONYOUNG! Doktor dahyun nak jumpa kat bilik dia. Doktor minju dengan doktor chaewon pun ada sekali." Seorang jururawat menjerit melawan kebisingan hospital yang bising dengan pesakit-pesakit. Wonyoung yang baru tiba mengangguk dan terus ke bilik ketua doktor itu. Pintu dibuka. Chaewon dan minju yang datang lebih awal sudah ada dalam bilik itu.
" Dah sampai pun wonyoung... Saya ingat kamu tak jadi datang tadi.." Tegur doktor yang tua dari mereka bertiga. Wonyoung tersenyum dan mengambil tempat duduk sebelah minju.
" Maaf lambat sikit. Anak saya buat hal sekejap tadi. Tiba-tiba tak nak pergi sekolah." Maklum wonyoung. Doktor dahyun mengangguk faham.
" Uhm.. Kenapa doktor panggil kami? Ada hal mustahak ke?" Tanya minju setelah 5 minit mereka semua mendiamkan diri. Doktor dahyun baru tersedar sesuatu. Dia mengambil salah satu fail di atas mejanya dan membuka fail itu.
" Ni. Hospital seoul memerlukan 3 doktor pakar baru kerana beberapa doktor pakar mereka telah berpindah ke tempat lain. Jadi, saya nak pindahkan kamu bertiga ke sana. Untuk pindahkan doktor lain, saya rasa kesian sikit sebab kebanyakan mereka masih ada suami dan isteri. Dan juga ada yang menjaga ibu bapa mereka di sini. Lagipun kampung halaman kamu seoul kan? Bolehlah balik sana. Macam mana?" Tanya doktor dahyun selepas menerangkan tujuannya memanggil mereka bertiga.
" Boleh je doktor. Lagipun dah lama saya tak jumpa ibu ayah saya. Anak-anak saya pun rindukan nenek dengan atuk diaorang.." Jawab wonyoung. Minju dan chaewon hanya mengangguk.
" Baguslah kalau macam tu. Minggu depan kamu akan mula bertugas kat hospital seoul. Kalau ada masalah apa-apa, bagitau saya. Saya akan bagitau ketua doktor seoul supaya kamu strat bertugas sedikit lambat. Bolehlah start kemas barang ye.." Mereka bertiga menganggukkan kepala dan meminta diri.
" Unnie, mungkin dah sampai masanya junho jumpa kakak dengan ayah dia semula. Ryujin dan haruto jumpa ayah mereka dan jeongwoo dan soobin jumpa ayah dia semula. Unnie rasa stray kids masih kenal kita ke? Agaknya diaorang ayah tunggal ataupun mungkin dah kahwin lain eh?" Tanya wonyoung bertubi-tubi.
" Entahlah... Tapi tak mungkin diaorang takde isteri baru atau tak kurang pun kekasih. Semua hensem kot.." Balas chaewon. Tangannya dimasukkan ke dalam poket baju kot yang dipakainya.
" Unnie takut juga. Takut junho pilih nak duduk dengan minho dan ibu tiri dia. Bukan dengan unnie.." Balas minju pula. Chaewon dan wonyoung memaut bahu kawan baik mereka itu. Kedua-duanya tersenyum manis.
" Kalau macam tu, jisu mesti nak duduk dengan mak dia. 3 tahun je dia dapat hidup dengan mak dia. Mesti dia rindu. Unnie jangan risaulah.. Mana orang boleh tolak kecantikan visual minju. Mesti mereka semua nak duduk dengan unnie. Yang penting unnie tu. Dah prepare mental nak duduk kembali dengan jisu dan minho?" Nama minho itu sengaja ditekankan. Minju mengangkat bahu. Mereka bersama-sama ke bilik yang terletak bersebelahan.
" Tapi kita kena bagitau izone lain tentang ni. Bagus juga kalau diaorang nak ikut sekali. Seoul, izone akan kembali!" Sempat wonyoung berkata sebelum mereka masuk ke bilik masing-masing. Wonyoung duduk di kerusinya memandang dua keping gambar yang diframe kan. Tipulah dia tak sayangkan ayen lagi. Cinta pertama tu. Walaupun dia dah sakitkan hati dia sendiri. Tapi macam manapun ayen tetap ayah kepada soobin dengan jeongwoo. Ayen layak untuk berjumpa anak-anaknya.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
YOU ARE READING
I'M SORRY FOR HURTING YOU..
AléatoireIZONE ADALAH SEKUMPULAN REMAJA PEREMPUAN YANG TERDIRI DARIPADA EUNBI, CHAEYEON, YENA, CHAEWON, MINJU, YURI, YUJIN DAN WONYOUNG. HIDUP MEREKA RIANG RIA DI UNIVERSITI SEOUL. NAMUN, SEMUANYA BERUBAH SELEPAS KEDATANGAN STRAY KIDS. HIDUP MEREKA HANCUR KE...